-- Perjanjian Melibatkan Sokongan untuk Pasukan Lelaki dan Wanita A.S. Serta Pasukan Kebangsaan Lelaki Mexico
OAKLAND, California, 28 Februari 2014 /PRNewswire/ -- The Clorox Company telah memeterai perjanjian bersama Soccer United Marketing (SUM), unit komersil bagi Major League Soccer, sebagai rakan rasmi U.S. Soccer Federation dan Federacion Mexicana de Futbol (FMF – turut dikenali sebagai Pasukan Kebangsaan Mexico). Berdasarkan syarat perjanjian bersama SUM itu, Clorox akan menyokong kedua-dua Pasukan Kebangsaan Lelaki dan Wanita A.S. menerusi usaha jualan dan pemasaran yang menonjolkan jenama Clorox®, Kingsford®, Hidden Valley® dan juga Glad® yang dimiliki oleh syarikat itu. Ia juga akan menyokong Pasukan Lelaki Mexico di Amerika Syarikat menerusi usaha serupa melibatkan jenama Clorox®, Kingsford® serta Glad®.
"Gabungan syarikat kami dengan sukan bola sepak ini adalah wajar untuk kami kerana kami berkongsi daya tarikan yang kuat dalam kalangan pihak yang terlibat," kata Benno Dorer, naib presiden eksekutif dan ketua pegawai operasi – Strategi Pembersihan, Antarabangsa serta Korporat. "Dengan sokongan daripada peminat bola sepak dari seluruh dunia, termasuklah diri saya sendiri, kami berharap agar perkongsian ini dapat membantu kami untuk menonjolkan jenama kami melalui penyokong bola sepak yang amat setia, bersemangat dan juga berkepelbagaian."
Perkongsian tersebut melibatkan usaha jualan dan pemasaran berserta sokongan untuk kedai daripada para peruncit utama. Aktiviti yang akan dilaksanakan pada tahun ini termasuklah iklan TV untuk arang Kingsford® dan beg sampah Glad®; pembungkusan khas; cabutan bertuah bagi memenangi hadiah bernilai sehingga $25,000; iklan di dalam kedai, tawaran kupon serta pemesejan di tempat jualan.
"Inilah masa yang paling sesuai untuk mengadakan kerjasama dengan sukan bola sepak, sebelum berlangsungnya acara tahun ini di Brazil," kata David Wright, naib presiden kanan, penajaan global bagi Soccer United Marketing. "Kami amat gembira barisan produk Clorox kini menjadi sebahagian daripada pasukan bola sepak kami."
Maklumat Perhubungan: |
David Kellis |
The Clorox Company |
|
+1-510-271-2252 |
|
Sean Dennison |
|
SUM Communications |
|
+1-212-450-1223 |