omniture

Jongkong monohabluran jenis-n 210mm pertama dikeluarkan daripada barisan pengeluaran di Kilang Qinghai Trina Solar

Trina Solar Energy Development Pte. Ltd.
2023-03-14 16:34 40

SINGAPURA, 14 Mac 2023 /PRNewswire/ -- Pada pertengahan Februari, jongkong monohabluran jenis-n 210mm pertama dikeluarkan daripada barisan pengeluaran di Kilang Qinghai Trina Solar di barat laut China, menandakan kemajuan yang penting dalam Fasa I kilang ini. Kilang ini menyasarkan untuk menjadi taman karbon-sifar yang pertama di Qinghai.

The first 210mm n-type monocrystalline ingot rolled off the production line at Trina Solar’s Qinghai Factory
The first 210mm n-type monocrystalline ingot rolled off the production line at Trina Solar’s Qinghai Factory

Pembinaan projek Qiinghai jongkong monohabluran 20GW bermula pada 1 Julai tahun lalu. Lebih kurang lapan bulan kemudian relau monohabluran pertama dinyalakan untuk pengkalsinan pada 10 Februari dan ditauliahkan secara rasmi dua hari kemudian. Pada petang 17 Februari, jongkong monohabluran pertama dikeluarkan daripada barisan pengeluaran, sekali lagi menunjukkan keupayaan Trina dalam memastikan projek penting berjalan dalam masa yang singkat.

Jongkong monohabluran jenis-n 210mm digunakan terutamanya untuk menjamin kapasiti pengeluaran dan kualiti modul jenis-n Trina Solar. Jongkong monohabluran jenis-n 210mm yang keluar daripada barisan pengeluaran berukuran 3800mm panjang dan seberat 542kg, yang berada di peringkat yang terkemuka di dunia dari segi teknologi, kualiti dan skala pengeluaran.

Trina Solar sentiasa mengekalkan standard yang tinggi dan syarat-syarat yang ketat dalam pembuatan. Bilangan partikel bersaiz 0.5 µm atau lebih besar bagi setiap meter padu udara dalam bengkel silikon monohabluran adalah kurang daripada 100,000 manakala bilangan partikel bersaiz 0.5 µm atau lebih besar bagi setiap meter padu udara di kawasan penyediaan bahan adalah kurang daripada 10,000, jauh melebihi piawaian industri.

Memandangkan kilang Qinghai meliputi hampir keseluruhan rantaian pembuatan PV, ia akan menjadi salah satu daripada kilang-kilang utama Trina Solar bagi memastikan bekalan bahan-bahan utama untuk modul jenis-n 210mm Trina Solar dan mencipta nilai yang lebih besar untuk pelanggan dalam era jenis-n. Dinaik taraf baru-baru ini, modul 605W and 695W jenis-n Ace Mix of Vertex boleh digunakan dalam pelbagai jenis persekitaran yang rumit seperti rupa bumi bergunung-ganang, permukaan air, padang pasir dan Gobi. Penyelesaian senario-penuh jenis-n Trina Solar akan seterusnya membantu pengguna memperoleh manfaat yang besar dalam banyak persekitaran.

Trina Solar komited untuk membina Taman Perindustrian Karbon-Sifar pertama yang menampilkan operasi bersepadu Sumber-Grid-Beban-Storan di Qinghai berdasarkan kepada konsep pembangunan hijau dan karbon-rendah. Syarikat ini akan mengintegrasikan kelebihannya dalam teknologi dan industri dengan kelebihan Qinghai dalam sumber dan lokasi, berharap dapat mengintegrasikan tenaga solar karbon-sifar dan storan tenaga di Qinghai dan seterusnya membina sistem tenaga karbon-sifar yang stabil dan mesra alam.

www.trinasolar.com

Source: Trina Solar Energy Development Pte. Ltd.
Keywords: Alternative Energies Environmental Products & Services Green Technology Oil/Energy Utilities