omniture

Kongres Dunia Mudah Alih 2014 GSMA Memecahkan Rekod Terdahulu

GSMA
2014-03-01 00:38 152

-- Dengan Lebih 85,000 Pengunjung, Kehadiran Meningkat Sebanyak 18 Peratus Berbanding Kongres Dunia Mudah Alih 2013

BARCELONA, Sepanyol, 28 Februari 2014 /PRNewswire/ -- GSMA hari ini melaporkan yang lebih 85,000* pelawat dari 201 negara menghadiri Kongres Dunia Mudah Alih 2014, lalu mencatatkan satu lagi rekod baharu untuk acara terunggul industri mudah alih itu. Selain lebih 80,000 pengunjung di Kongres Dunia Mudah Alih di Fira Gran Via, lebih 5,000 orang terlibat dalam pelbagai program rakan kongsi di Fira Montjuic. 

"Jika dilihat daripada apa-apa segi, Kongres Dunia Mudah Alih 2014 ialah satu kejayaan cemerlang dan kami berterima kasih kepada para pengunjung, para pempamer, penaja dan juga rakan kongsi kami kerana sokongan berterusan mereka," kata John Hoffman, Ketua Pegawai Eksekutif GSMA Ltd. "Selain bilangan pengunjung dan syarikat yang menyertai, perkembangan berterusan acara ini bagi memberi perhatian kepada sektor industri bersempadanan yang penting menunjukkan betapa mudah alih semakin merebak dalam kehidupan seharian kita serta bagaimana ia menjadi semakin bersepadu dengan semua benda yang kita lakukan. Menjadi sebahagian daripada industri yang begitu dinamik dan menguja ini sangat memuaskan hati."

Kongres Dunia Mudah Alih mencatatkan rekod tambahan, dengan lebih 1,800 syarikat pempamer menunjukkan produk dan perkhidmatan canggih di serata ruang pameran dan hospitaliti seluas 98,000 meter persegi bersih. Lebih 3,800 media antarabangsa dan juruanalisis industri menghadiri acara itu bagi melaporkan banyak pengumuman industri signifikan yang telah dibuat semasa Kongres itu. Analisis ekonomi bebas awal menunjukkan yang Kongres Dunia Mudah Alih 2014 pasti telah menyumbang sebanyak lebih €356 juta dan juga 7,220 kerja separuh masa kepada ekonomi tempatan.

Persidangan dan pameran selama empat hari itu menarik kedatangan golongan eksekutif daripada pengendali mudah alih, syarikat perisian, penyedia peralatan, dan juga syarikat Internet terbesar dan paling berpengaruh di dunia serta syarikat daripada sektor perindustrian seperti automotif, kewangan dan juga penjagaan kesihatan, di samping delegasi kerajaan dari seluruh dunia. Lebih 50 peratus daripada pengunjung Kongres Dunia Mudah Alih tahun ini memegang jawatan tahap Ketua, termasuk lebih 4,500 Ketua Pegawai Eksekutif manakala 18 peratus daripada pengunjung pameran tahun 2014 ini terdiri daripada wanita.

Ketua Pegawai Eksekutif yang Menerajui Menaiki Pentas semasa Kongres Dunia Mudah Alih
Program persidangan Kongres Dunia Mudah Alih memaparkan pembentangan dasar Mobile World Live daripada Mark Zuckerberg, Pengasas, dan Ketua Pegawai Eksekutif, Facebook dan Virginia Rometty, Pengerusi, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif, IBM. Ketua pegawai eksekutif dan eksekutif kanan daripada syarikat termasuklah Alcatel-Lucent, América Móvil, Bitcoin Foundation, Cisco, Citigroup, Connecthings, EMC Corporation, Etisalat Group, Ford Motor Company, Isis, Jasper Wireless, Kakao Corp., KDDI, Lookout, Millicom, NTT DOCOMO, Raspberry Pi Foundation, Shazam Entertainment, Shhmooze, SingTel, SK Planet, Tele2 Group, Viacom International Media Networks dan juga WhatsApp turut menyertai program dasar ini.

Kehadiran yang Memecahkan Rekod ke Program Kementerian GSMA
Program Kementerian GSMA sekali lagi mencatatkan kehadiran yang memecahkan rekod, dengan delegasi kerajaan dari 160 negara dan organisasi antara kerajaan bertemu di Barcelona, termasuk 74 menteri. Program Kementerian ini mengumpulkan bersama kerajaan, pengawal selia dan juga pemimpin industri bagi membincangkan isu kawal selia tertentu yang membentuk pembangunan mudah alih di seluruh dunia. Ooredoo dan Tata Consultancy Services ialah Penaja Rasmi untuk Program Kementerian GSMA 2014.

Kehidupan Terhubung Mula Matang
Bandar Terhubung, salah satu daripada tarikan popular di Kongres Dunia Mudah Alih, menarik seramai 17,000 pelawat dalam masa empat hari. Bandar Terhubung, yang dipersembahkan bersama rakan kongsi pengendali, AT&T, Deutsche Telekom, KT dan Vodafone, menunjukkan penyelesaian terhubung mudah alih untuk pelbagai perkhidmatan, seperti pendidikan, kesihatan, peruncitan, pengangkutan, bandar pintar dan banyak lagi. Antara sorotan menarik daripada Bandar Terhubung itu ialah pasukan pemain bola keranjang yang terhubung daripada PABA (Pays d'Aix Basket Asptt) yang memakai pakaian sukan pengesanan pintar terkini daripada Cityzen Sciences yang digandingkan bersama jalur lebar mudah alih bagi memantau dan turut mengoptimumkan prestasi pasukan serta pengurusan data, di samping berus gigi elektrik interaktif Oral-B dengan keterhubungan Bluetooth 4.0, yang diperkenalkan di Kongres Dunia Mudah Alih.

Pengalaman NFC di Kongres Dunia Mudah Alih
Acara tahun 2014 ini memaparkan Pengalaman NFC yang diperluas, dengan menawarkan pelbagai perkhidmatan untuk para pengunjung dengan peranti yang dibolehkan NFC, seperti akses tapak dengan Lencana NFC, katering dan perangkaian, akses kepada maklumat acara dan juga bahan boleh muat turun lain, serta demonstrasi produk dan perkhidmatan NFC terkini, antara lainnya. Sepuluh ribu pengunjung menggunakan Lencana NFC manakala hampir 51,000 urus niaga NFC dibuat di seluruh Fira Gran Via. Berdasarkan kejayaan Lencana NFC pada tahun 2013, para pelanggan Bouygues Telecom, Bharti Airtel, Dialog, Etisalat, KT Corp., Orange, Tata dan Telstra boleh melancarkan lagi kemasukan mereka ke Kongres Dunia Mudah Alih dengan menyertai percubaan dengan menggunakan maklumat pengendali mudah alih mereka bagi mengesahkan identiti mereka.

Kongres Dunia Mudah Alih Kembali di Montjuic
Pada tahun ini, Kongres Dunia Mudah Alih mempunyai sebilangan acara yang diterajui rakan kongsi di Fira Montjuic, yang menarik kedatangan lebih 5,000 pengunjung. Montjuic mengacarakan mPowered Industries, dengan pembentangan dasar daripada syarikat seperti BBC, Marriott International, Procter & Gamble serta Walmart, dan juga persidangan industri menegak daripada ECHAlliance, EyeforTravel, Mobile Media Summit dan juga NAB Show; the WIPJam serta GSMA DEVCON dan HACKATHON; serta 4 Years From Now (4YFN), acara inovasi dan keusahawanan mudah alih yang dicipta oleh Pusat Dunia Mudah Alih.

Kongres Dunia Mudah Alih: Acara Neutral Karbon
Kongres Dunia Mudah Alih 2014 akan menjadi acara perdagangan terbesar dunia yang diperakui bebas daripada jejak karbon. GSMA sedang dalam proses untuk memperakui Kongres Dunia Mudah Alih sebagai neutral karbon melalui standard PAS 2060 yang diiktiraf pada peringkat antarabangsa. Bagi mencapai keneutralan karbon, GSMA melakukan beberapa aktiviti bagi mengurangkan jejak karbon di Kongres Dunia Mudah Alih dan telah membeli kredit karbon bagi menyeimbangkan sebarang pembebasan gas yang tertinggal, membiayai projek termasuk projek kuasa hidro di China, projek tenaga angin di India dan juga projek tenaga geoterma di Kenya.

Kongres Dunia Mudah Alih 2015
Kongres Dunia Mudah Alih 2015 akan diadakan pada 2 hingga 5 Mac 2015 di Fira Gran Via.

"Satu lagi minggu yang cukup hebat telah berlalu di Pusat Dunia Mudah Alih, Barcelona. Bagi pihak GSMA, kami berterima kasih kepada bandar Barcelona, bandar Hospitalet, Generalitat de Catalunya, Fira de Barcelona dan semua rakan kongsi Barcelona kami, untuk sokongan berterusan mereka yang kuat. Saya juga ingin menyampaikan setinggi-tinggi penghargaan saya kepada banyak pihak lain yang membantu untuk menjayakan acara kami, termasuk angkatan polis, pengendali perkhidmatan pengangkutan termasuk bas, teksi, Metro dan juga kereta api serta hotel dan restoran serata Barcelona. Kami tidak sabar-sabar lagi mahu kembali pada tahun depan dan membina lagi kejayaan kita bersama," simpul Hoffman.

Kongres Dunia Mudah Alih ialah acara penting untuk Pusat Dunia Mudah Alih, yang akan diacarakan di Barcelona mulai tahun 2013 hingga tahun 2018. Pusat Dunia Mudah Alih merangkumi program dan aktiviti yang dijalankan sepanjang tahun serta akan memberi manfaat kepada bukan sahaja warga Barcelona, Catalonia dan juga Sepanyol, tetapi juga industri mudah alih seluruh dunia. Bagi maklumat lanjut tentang Pusat Dunia Mudah Alih, lawati www.mobileworldcapital.com.

Bagi maklumat lanjut tentang Kongres Dunia Mudah Alih 2014, sila lawati www.mobileworldcongress.com.

Nota kepada editor: *Angka ini mewakili bilangan pengunjung individu di acara itu, termasuk delegasi, pempamer, kontraktor dan juga media; ia tidak mewakili jumlah bilangan penyertaan ke acara itu.

Latar belakang GSMA

GSMA mewakili kepentingan pengendali mudah alih seluruh dunia. Merentasi lebih 220 negara, GSMA menyatukan hampir 800 daripada pengendali mudah alih dunia dengan lebih 230 syarikat dalam ekosistem mudah alih lebih luas, termasuk pembuat telefon bimbit, syarikat perisian, penyedia peralatan dan syarikat Internet, serta organisasi dalam sektor perindustrian seperti perkhidmatan kewangan, penjagaan kesihatan, media, pengangkutan dan juga kemudahan awam. GSMA turut menganjurkan acara yang menerajui industri seperti Kongres Dunia Mudah Alih dan Ekspo Asia Mudah Alih.

Bagi maklumat lanjut, sila lawati laman web korporat GSMA di www.gsma.com atau Mobile World Live, gerbang dalam talian bagi industri komunikasi mudah alih di www.mobileworldlive.com.

Source: GSMA
Related Links:
Keywords: Telecommunications Telecommunications Carriers and Services Telecommunications Equipment Trade show news