omniture

John B. Veihmeyer Dilantik Sebagai Pengerusi Global KPMG

KPMG International
2014-03-01 11:08 124

NEW YORK, 1 Mac 2014 /PRNewswire/ -- KPMG International hari ini mengumumkan John B. Veihmeyer telah dilantik oleh lembaga pengarah sebagai Pengerusi Global KPMG bagi menggantikan Michael Andrew yang akan meletakkan jawatan setelah berkhidmat sebagai Pengerusi Global sejak Mei 2011.

(Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20140227/HK73333)

Baru-baru ini, Andrew telah didiagnosis dengan masalah kesihatan yang serius dan akan memberi tumpuan terhadap rawatan dan pemulihan beliau. Pada masa yang sama, beliau akan terus berkhidmat sebagai Pengerusi Bersama Kumpulan Kerja B20 Australia bagi Pencegahan Rasuah.

Veihmeyer kini berkhidmat sebagai Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif firma A.S. KPMG dan akan terus berkhidmat apabila dilantik sebagai Pengerusi Global kelak. Beliau menerima sokongan padu daripada Lembaga Pengarah manakala pelantikan beliau akan disahkan dalam mesyuarat perjumpaan rakan kongsi kanan daripada rangkaian firma KPMG serata dunia pada bulan Mac. Veihmeyer akan terus berkhidmat di New York.

Andrew berkata: "Saya ingin mengucapkan tahniah kepada John atas pelantikan beliau sebagai Pengerusi Global KPMG. Beliau merupakan pemimpin yang disegani, sahabat yang baik dan juga telah memberikan sumbangan yang banyak kepada KPMG menerusi kepimpinannya bersama firma ahli A.S. Beliau juga merupakan individu paling layak untuk memimpin rangkaian kami bagi fasa pertumbuhan penting kami yang seterusnya."

"Peluang untuk memimpin KPMG pada peringkat global ini merupakan pengiktirafan dan penghormatan buat diri saya. Saya amat berharap dapat bekerjasama dengan kalangan profesional kami yang berbakat besar dari serata dunia," ujar Veihmeyer yang telah memulakan kerjaya beliau bersama KPMG. "Tumpuan saya adalah untuk meneruskan pengukuhan reputasi global kami daripada segi kualiti dan profesionalisme, serta status kami sebagai salah satu firma terbaik di dunia untuk bekerja dan turut memulakan kerjaya."

Veihmeyer telah berkhidmat sebagai Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif bagi firma KPMG di A.S. sejak tahun 2010 lagi. Beliau kini berkhidmat sebagai Pengerusi KPMG bagi rantau Amerika dan akan meletakkan jawatan tersebut apabila dilantik sebagai Pengerusi Global kelak. Beliau juga merupakan ahli kumpulan eksekutif global KPMG dan sebelum ini pernah menyandang beberapa jawatan penting di KPMG, termasuklah sebagai Naib Pengerusi A.S., rakan pengurusan bagi operasi KPMG Washington, D.C.; serta Ketua Global bagi Pengurusan Risiko dan Pengawalseliaan.

"Bagi pihak lembaga pengarah dan ahli profesional kami, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Michael Andrew atas kemajuan yang telah dicapai di bawah kepimpinan beliau," kata Veihmeyer. "Kebolehan Michael untuk memahami peluang tersendiri dalam pasaran baharu adalah terbukti melalui keputusan beliau untuk menubuhkan pejabat beliau di Hong Kong. Di samping itu, ia juga terbukti melalui usaha berterusan beliau untuk memberi tumpuan terhadap kualiti dan integriti yang telah membantu menaikkan nama KPMG sebagai peneraju dalam pasaran yang semakin kompleks dan meluas pada peringkat global. Kami amat terhutang budi kepada beliau dan turut mengharapkan yang terbaik untuk beliau bagi rawatan serta pemulihan yang akan dijalani beliau."

Veihmeyer merupakan pemimpin yang disegani bagi isu kepelbagaian tenaga kerja, pendidikan serta memainkan peranan penting daripada segi etika dan integriti dalam kepimpinan perniagaan. Beliau telah beberapa kali dinamakan sebagai 100 Individu Paling Berpengaruh dalam Perakaunan oleh majalah Accounting Today dan turut dinamakan sebagai 100 Individu Paling Berpengaruh dalam Tadbir Urus Korporat oleh Directorship Magazine.

Pada tahun 2013, En. Veihmeyer telah dianugerahkan sebagai "Ketua Pegawai Eksekutif Paling Bertanggungjawab" oleh Corporate Responsibility Magazine. Pada tahun 2011 pula, beliau telah meraih Anugerah Kepimpinan Ketua Pegawai Eksekutif bagi Amalan Terbaik Kepelbagaian atas komitmen beliau terhadap kepelbagaian dan turut mendapat pengiktirafan atas usaha beliau untuk Keluarga Celik Huruf KPMG (KFFL), suatu inisiatif kemasyarakatan khusus untuk memerangi masalah buta huruf dalam kalangan kanak-kanak. Dalam tempoh lima tahun, KFFL telah menyumbangkan lebih 2 juta buku kepada kanak-kanak yang memerlukan serta mengubah suai perpustakaan di seluruh A.S. Veihmeyer juga merupakan anggota Rundingan Meja Bulat Perniagaan serta Majlis Penasihat Perniagaan Kolej Mendoza bagi University of Notre Dame. Beliau turut berkhidmat dalam Lembaga Pentadbir untuk Pusat Kualiti Audit (CAQ) serta sebagai ahli lembaga bagi Majlis Perniagaan A.S.-India. Kini, beliau merupakan Pengerusi Bersama bagi Ketua Pegawai Eksekutif Memerangi Kanser dan juga ahli Lembaga Pengarah bagi Jawatankuasa Mendorong Kedermawanan Korporat (CECP) serta Forum Perniagaan-Pendidikan Tinggi (BHEF).

Veihmeyer ialah siswazah dari University of Notre Dame dan tinggal bersama isteri beliau di Maryland. Beliau mempunyai tiga orang anak.

Latar Belakang KPMG

KPMG merupakan rangkaian global bagi firma perkhidmatan profesional yang menawarkan perkhidmatan Audit, Cukai dan Nasihat. Kami beroperasi di 155 negara dan turut mempunyai seramai lebih 155,000 kakitangan yang berkhidmat dalam firma ahli serata dunia. Firma ahli bebas bagi rangkaian KPMG ini bergabung dengan KPMG International Cooperative ("KPMG International"), yang merupakan suatu entiti dari Switzerland. Setiap firma ahli KPMG merupakan entiti tersendiri dan berasingan serta dikenali seperti yang demikian.

B20

Gabungan B20 mengumpulkan pemimpin perniagaan daripada negara ekonomi G20 serta memberi nasihat terhadap pandangan daripada lebih 6.5 juta syarikat kecil, sederhana dan besar. Australia merupakan Presiden semasa bagi G20.

 

Source: KPMG International
Keywords: Banking/Financial Service Personnel announcements