omniture

JA Solar Bekalkan 7.8MW Modul Mono Lengkap Berkecekapan Tinggi kepada British Solar Renewables

JA Solar Holdings Co., Ltd.
2014-03-03 07:00 127

SHANGHAI, 3 Mac 2014 /PRNewswire/ -- JA Solar Holdings Co., Ltd. (Nasdaq: JASO) ("JA Solar" atau "Syarikat"), salah satu pengeluar terbesar dunia bagi produk kuasa suria berprestasi tinggi, hari ini mengumumkan ia akan membekalkan 7.8MW modul suria mono lengkap berkecekapan tinggi kepada British Solar Renewables, syarikat pemaju projek berskala besar yang boleh diperbaharui dan berpangkalan di U.K. untuk kegunaan ladang suria 7.8MW di bahagian barat daya United Kingdom. Penghantaran bagi modul JAM6R 270W Jenis-P dalam format 60-sel dijangkakan selesai menjelang suku pertama tahun 2014.

Kerjasama terkini ini juga adalah berikutan daripada penghantaran modul 30MW JA Solar kepada empat projek berpangkalan darat British Solar Renewables pada tahun 2013.

"Kemampuan JA Solar untuk menyediakan produk suria berkecekapan tinggi sambil menepati tarikh akhir yang ketat merupakan faktor utama yang membolehkan kami untuk mendapatkan projek ini," kata En. Baofang Jin, pengerusi eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif JA Solar. "Kami telah membina tapak rakan kongsi yang mantap di U.K. dalam segmen skala utiliti serta kediaman dan kami telah menyaksikan permintaan yang kian meningkat untuk produk berkecekapan tinggi kami ini. Bagi tahun 2014, kami akan terus berusaha untuk menunjukkan prestasi yang mantap dalam pasaran U.K. yang pantas berkembang ini."

Ketua Pegawai Eksekutif British Solar Renewables, Angus MacDonald turut berkata, "British Solar Renewables berusaha untuk menjadi yang terbaik daripada segi proses binaan PV (fotovoltan) kami, maka ini memerlukan produk premium daripada pembekal yang paling andal. Kami amat berbesar hati dapat bekerjasama sekali lagi dengan JA Solar, yang tetap menunjukkan kepimpinan mereka daripada segi kualiti produk dan juga teknologi."

Alastair Mounsey, pengurus JA Solar UK mengulas, "Memaksimumkan pulangan menerusi pelaburan yang boleh diperbaharui bukan sahaja memerlukan sumber yang berkos rendah, malah juga hasil sepanjang hayat yang maksimum. Kami yakin output kuasa terunggul modul 270MW kami, berserta ketahanannya yang tinggi akan menjana pulangan lebih banyak untuk British Solar Renewables dalam tempoh sepanjang hayat bagi projek ini."

JA Solar akan mempamerkan modul suria mono 270W lengkap di Ecobuild London bermula pada 4 hingga 6 Mac. JA Solar akan turut memperkenalkan sel dan modul berkecekapan tinggi RECIUM serta PERCIUM format 60-sel generasi seterusnya ketika acara itu berlangsung.

 

 

 

Source: JA Solar Holdings Co., Ltd.
Related Stocks:
NASDAQ:JASO
Keywords: Alternative Energies Computer/Electronics Electrical Utilities Electronic Components Environmental Products & Services Green Technology Oil/Energy Utilities Contracts