omniture

Xinhua Silk Road: SEG Solar selesaikan pemerolehan kemudahan pembuatan modul PV 2GW di Houston, Texas

Xinhua Silk Road
2023-03-20 22:00 106

HOUSTON, 20 Mac 2023 /PRNewswire/ -- SEG Solar (SEG) mengumumkan bahawa ia telah memuktamadkan pemerolehan sebuah kemudahan pembuatan di Houston, Texas, AS, yang berupaya mengeluarkan lebih daripada 2GW modul fotovolta (PV) setiap tahun.

Foto menunjukkan kilang pembuatan modul fotovolta (PV) SEG Solar di Texas, Amerika Syarikat
Foto menunjukkan kilang pembuatan modul fotovolta (PV) SEG Solar di Texas, Amerika Syarikat

Kilang tersebut mempunyai ruang pembuatan dan gudang seluas kira-kira 145,000 kaki persegi dan 16,000 kaki persegi ruang pejabat. Kemudahan tersebut akan dilengkapi dengan tiga barisan pengeluaran canggih yang akan membolehkan SEG mengeluarkan modul TOPCON dan modul PV jenis N berkecekapan tinggi dengan sel solar 182mm atau 210mm. SEG berhasrat untuk mendapatkan beberapa komponen untuk modul tersebut yang dikeluarkan di kilang berkenaan daripada pembekal tempatan. Pengeluaran di kemudahan tersebut dijangka bermula pada suku pertama tahun 2024.

Jumlah pelaburan agregat SEG dalam kemudahan itu dijangka mencecah lebih 60 juta dolar AS termasuk penambahbaikan peralatan dan kemudahan. SEG akan mula memindahkan ibu pejabat globalnya dan fungsi-fungsi sokongan pentadbiran ke kemudahan tersebut sebelum akhir tahun 2023. Kilang berkenaan dijangka mencipta sebanyak 500 peluang pekerjaan baharu di kawasan Houstan tempatan.

"SEG gembira untuk menubuhkan sebuah pangkalan pembuatan di Texas dan berharap dapat menawarkan perkhidmatan dalam pasaran AS dengan lebih banyak pengeluaran domestik," kata Naib Presiden dan dan Ketua Pegawai Undang-undang SEG Michael Eden. "Kemudahan ini akan membantu mengekalkan kebebasan tenaga karbon rendah, berpusatkan eko di AS untuk generasi-generasi akan datang."

Ditubuhkan pada tahun 2016, SEG komited untuk menyediakan penyelesaian tenaga solar yang berkesan kos dan andal dalam pasaran AS. Menjelang penghujung tahun 2024, SEG dijangka menghantar lebih daripada 2GW modul PV setiap tahun.

Pautan asal: https://en.imsilkroad.com/p/333265.html 

Source: Xinhua Silk Road
Keywords: Alternative Energies Banking/Financial Service Environmental Products & Services Green Technology Publishing/Information Service Utilities Acquisitions, mergers, takeovers