omniture

CONEXPO CON/AGG 2023: XCMG Machinery Perkenal Strategi Jenama AS Baharunya

XCMG Machinery
2023-03-21 08:32 34
  • Syarikat Mengumumkan Slogan Global Baharunya "Kukuh untuk Berjaya"

LAS VEGAS, 21 Mac 2023 /PRNewswire/ -- XCMG Machinery (SHE: 000425; the "XCMG"), pengeluar jentera pembinaan ketiga terbesar di dunia, telah mengeluarkan strategi jenama baharunya untuk pasaran AS di CONEXPO-CON/AGG 2023, yang berlangsung mulai 14 hingga 18 Mac di Pusat Konvensyen Las Vegas.

CONEXPO CON/AGG 2023: XCMG Machinery Perkenal Strategi Jenama AS Baharunya.
CONEXPO CON/AGG 2023: XCMG Machinery Perkenal Strategi Jenama AS Baharunya.

Strategi AS baharu syarikat ini diterajui oleh slogan global baharu, "Kukuh untuk Berjaya" ("Solid to Succeed") serta matlamat dan falsafah syarikat yang baharu. XCMG menyasarkan untuk menggunakan strategi baharu bagi membentuk budaya baharu dalam syarikat dan dalam masa yang sama menerima trend baharu yang menyasarkan segmen pasaran baharu.

Di bawah strategi baharu ini untuk pasaran AS, syarikat ini akan memfokuskan kepada lima bidang utama sebagai asas untuk mencapai kejayaan: pengantarabangsaan, produk canggih, khidmat pelanggan, pembangunan hijau dan pembangunan pintar. 

Kuadran terakhir dalam strategi baharu XCMG untuk pasaran AS melibatkan cita-cita syarikat sebagai sebuah unit keseluruhan. XCMG berusaha untuk mengukuhkan kedudukannya sebagai "Teman Memperkasa Sedia Berkhidmat untuk Anda" ("Empowering Companion at Your Service"), menunjukkan dedikasinya kepada pelanggannya sambil memberi pandangan mendalam menggunakan pandangan jauh industrinya. Syarikat ini bermatlamat untuk menawarkan perkhidmatan kepada semua pelanggannya sebagai satu unit kolektif yang boleh diharapkan oleh pelanggannya.

Slogan baharu, "Kukuh untuk Berjaya," menunjukkan komitmen syarikat untuk bertindak tanpa henti dalam responsnya kepada pelanggannya, dengan matlamat utama masa henti sifar untuk mereka sebagai rakan kongsi utama.

XCMG juga telah mengemas kini misinya untuk merangkumkan "Keresponsifan dan Nilai." Syarikat ini menumpukan perhatiannya agar sentiasa responsif, proaktif dan mencipta nilai luar biasa secara berterusan untuk pelanggan dari perspektif kualiti, perkhidmatan dan juga teknologi.

XCMG memilih slogan baharu sebagai cara untuk mendemonstrasikan skala globalnya digandingkan dengan dedikasi untuk menyetempatkan operasinya. Slogan berpandangan jauh ini juga menekankan sejauh mana syarikat memberi respons dengan aktif kepada semua trend teknologi yang berharga sebagai sebahagian daripada misinya untuk menawarkan perkhidmatan kepada pelanggan dengan efektif. Di samping itu, slogan ini menunjukkan sikap mengutamakan pelanggan oleh syarikat dan respons pantas kepada keperluan pasaran dengan cara yang bertanggungjawab terhadap alam sekitar. Syarikat ini akan mengutamakan produk berkualiti tinggi dan kawalan risiko ketika ia berusaha untuk berkembang dengan pantas sebagai sebuah syarikat bertaraf dunia.

Pada skala global, kejayaan syarikat ini sehingga kini tidak boleh dinafikan lagi. Selain menjadi pengeluar jentera pembinaan ketiga terbesar di dunia, XCMG ialah pembuat kren bergerak yang terbesar di dunia dan telah menjadi pengeluar peralatan asli (OEM) terbesar China selama 34 tahun berturut-turut. Syarikat ini turut menyuntik 5% daripada hasil kendaliannya setiap tahun ke dalam penyelidikan dan pembangunan, bagi meneruskan inovasi secara berterusan.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi https://xcmg-usa.com/.

 

Source: XCMG Machinery
Related Stocks:
Shenzhen:000425
Keywords: Auto Machine Tools, Metalworking and metallurgy Machinery Mining/Metals Railroads and Intermodal Transportation Transportation New products/services