BEIJING, 4 Mac 2014 /PRNewswire/ -- Air China akan memulakan perkhidmatan penerbangan terus tanpa henti Beijing-Washington pada 10 Jun 2014, lalu menjadikan Washington sebagai destinasi Amerika Utara ke-7 yang menerima perkhidmatan Air China ini, berserta New York, Los Angeles, San Francisco, Houston, Hawaii dan juga Vancouver. Ini akan memperluas jadual penerbangan Amerika Utara bagi syarikat penerbangan ini dan turut mengukuhkan kedudukannya dalam pasaran Amerika Utara dengan menawarkan penerbangan pertukaran baharu antara ibu negara kedua-dua negara tersebut.
(Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20080625/CNW017LOGO )
Perkhidmatan penerbangan empat kali seminggu CA817/8 ini akan dijalankan pada hari Isnin, Selasa, Khamis dan juga Sabtu menerusi kapal terbang B777-300ER. Penerbangan keluar dari Beijing adalah pada jam 1:00 tengah hari dan dijangka tiba di Washington pada jam 2:35 petang waktu tempatan. Penerbangan pulang dari Washington pula adalah pada jam 4:35 petang waktu tempatan dan dijangka tiba di Beijing pada jam 6:15 petang waktu Beijing hari berikutnya.
Pusat politik Amerika Syarikat iaitu Washington merupakan tapak penting yang menempatkan Rumah Putih, Kongres, Mahkamah Agung serta pelbagai badan kerajaan lain. Berlainan dengan New York atau Chicago yang dihiasi bangunan pencakar langit dan kepadatan manusia, Washington berbangga dengan kemudahan budaya, taman serta padang rumput yang luas. Perpustakaan Kongres, Washington Opera House, Pusat Seni Persembahan John F. Kennedy serta 9 universiti seperti Universiti Georgetown turut menambahkan nilai budaya yang tinggi kepada bandar ini.
Amerika Utara merupakan pasaran penerbangan terbesar dan paling mantap di dunia, sementara China pula merupakan pasaran penerbangan yang paling meyakinkan dan pantas di dunia. Pada tahun 2012, jumlah tempat duduk dan penumpang pasaran penerbangan Sino-AS, masing-masing mencecah 4.52 juta dan 3.89 juta, meningkat sehingga 60.9% dan 85.2% berbanding tahun 2009. Pada tahun 2012 juga, Amerika Syarikat menjadi salah satu destinasi pelancongan luar negara paling menarik bagi para pelancong dari China, manakala Amerika Syarikat pula memperlihatkan kadar pertumbuhan tertinggi bagi jumlah pelancong China berbanding negara lain di serata dunia. Data yang diperoleh daripada Duta A.S. di China menunjukkan permohonan visa bukan imigran ke Amerika Syarikat pada tahun 2012 meningkat melebihi 20% berbanding tahun 2011.
Bagi memenuhi permintaan pelancong yang tinggi untuk melancong ke Amerika Syarikat dan turut meningkatkan rangkaian laluan global miliknya bersama hab di Beijing, Air China telah memperluas jejaknya dalam pasaran Amerika Syarikat. Air China juga telah menambah perkhidmatan penerbangan Beijing-New York sehingga 11 kali dalam seminggu dan dua kali sehari pula bagi penerbangan Beijing-Los Angeles serta telah memperkenalkan perkhidmatan penerbangan Beijing-Houston dan juga Beijing-Hawaii. B777-300ER, sejenis kapal terbang yang popular dalam kalangan pelancong perniagaan seluruh dunia kini memulakan operasinya bagi laluan tersebut serta akan beroperasi bagi laluan Beijing-Washington yang bakal diwujudkan. Ini bermakna, kapal terbang ini akan beroperasi bagi kesemua lima laluan ini. Perkhidmatan Kelas Pertama dan Kelas Perniagaan dilengkapi dengan tempat duduk selesa serta bar. Sistem hiburan peribadi, saluran keluar kuasa peribadi serta tandas bebas halangan boleh didapati bagi kesemua kelas perkhidmatan yang disediakan. Sistem pencahayaan mengikut suasana pula dilengkapi dengan pelbagai program pencahayaan untuk mewujudkan suasana yang menyerupai saat indah ketika matahari terbit dan terbenam.
Di samping itu, Air China turut menawarkan hidangan gourmet untuk para penumpang, Sky Cellar serta pemindahan berpandu untuk para VIP setelah mendarat. Dengan persekitaran kabin yang selesa serta layanan terbaik, Air China akan menjadi pilihan hebat bagi para pelancong China dan juga Amerika Syarikat.