omniture

Ulang Tahun ke-50 Ford Mustang Inspirasi Koleksi Lakuer Kuku OPI Edisi Terhad

OPI Products Inc.
2014-03-04 22:46 129

LOS ANGELES, 4 Mac 2014 /PRNewswire/ -- OPI Products Inc., syarikat subsidiari milik COTY Inc., serta Ford Motor Company hari ini mengumumkan kolaborasi tersendiri dengan menampilkan Ford Mustang yang ikonik. Pony car yang popular itu akan meraikan ulang tahunnya yang ke-50 pada bulan April ini dan menjadi inspirasi bagi rangkaian lakuer kuku OPI edisi terhad yang akan dilancarkan pada peringkat antarabangsa bulan Julai ini.

Foto - http://photos.prnewswire.com/prnh/20140304/LA75903

"OPI amat teruja untuk bekerjasama dengan salah satu syarikat automotif terkenal dunia bagi meraikan ulang tahun ke-50 Ford Mustang," kata Suzi Weiss-Fischmann, Pengasas Bersama dan Naib Presiden Eksekutif OPI. "Bagi wanita, kereta dan lakuer kuku merupakan cara untuk menyerlahkan keperibadian. Koleksi baharu ini akan membawakan unsur kecanggihan, kemewahan, kuasa dan juga gaya yang amat menepati cita rasa pelanggan OPI serta Mustang."

Warna utama koleksi ini, Race Red ialah penghormatan kepada salah satu warna Mustang yang paling ikonik.

"Ford Mustang memberi semangat inspirasi yang tersendiri dan kami amat teruja untuk bekerjasama dengan OPI bagi menghasilkan koleksi eksklusif yang membawakan semangat kereta ikonik kami," ujar Melanie Banker, pengurus pemasaran Mustang. "Warna merupakan cara paling tepat untuk mengekspresikan keperibadian Mustang serta keseronokan yang ditimbulkannya."

Meraikan Ikon

Ford Mustang akan menjadi ahli terbaharu bagi kelab yang sangat eksklusif – kenderaan yang terus dihasilkan selama 50 tahun. Sepanjang lima dekad yang lalu, Mustang telah berjaya meraih populariti seluruh dunia dan menjadi sebahagian daripada budaya pop dengan lebih 9.2 juta Ford Mustang telah dijual dan hampir 3,000 penampilan menerusi filem dan kaca TV – termasuk penampilan skrin besar akan datang sebagai kereta utama dalam "Need for Speed".

Gabungan gaya, prestasi dan juga kemampuan tersendiri Mustang memantapkan rangkaian kelas baharu kereta bergaya, manakala keluaran berikutnya akan menampilkan Ford Mustang yang serba baharu. Sebagai versi yang paling canggih setakat ini, Mustang 2015 akan menampilkan reka bentuk sofistikated yang serba baharu, diinspirasikan daripada warisan 50 tahun kereta itu serta dilengkapi dengan pelbagai teknologi inovatif yang baharu dan juga sistem ketersambungan.

Latar Belakang OPI

Sebagai peneraju dunia dalam industri penjagaan kuku profesional, OPI adalah komited untuk menyediakan produk serta perkhidmatan berkualiti tinggi kepada salun dan juga pelanggan mereka, di samping memberi tumpuan terhadap inovasi dan keselamatan industri. Terkenal dengan formula yang luar biasa, warna yang bergaya serta nama ikonik, lakuer OPI berpigmen tinggi adalah mewah, tahan lama dan juga tahan sumbing, lalu menawarkan keanggunan mampu milik kepada para pengguna. Kini, OPI boleh didapati di lebih 100 negara dan menawarkan rangkaian produk profesional lengkap termasuk rawatan kuku, produk kemasan, losyen, produk rias kuku/rawatan kaki, fail, alatan dan juga akrilik. Di samping itu, OPI turut menawarkan lebih 100 warna GelColor. OPI merupakan syarikat subsidiari COTY Inc (NYSE: COTY). Coty merupakan syarikat kecantikan yang menerajui pada peringkat global dengan mencatatkan pendapatan bersih sebanyak $4.6 bilion bagi tahun kewangan yang berakhir pada 30 Jun 2013. Bagi maklumat lanjut, sila layari OPI di www.opi.com. Ikuti OPI melalui Twitter @OPI_Products atau jadi peminatnya di Facebook.com/OPIproducts.

Latar Belakang Ford Motor Company

Ford Motor Company, peneraju industri automotif pada peringkat global yang berpusat di Dearborn, Michigan, mengeluarkan atau mengedarkan kenderaan di enam benua, dengan mempunyai hampir 181,000 kakitangan serta 65 kilang di seluruh dunia. Jenama automotif syarikat ini termasuklah Ford dan juga Lincoln. Syarikat ini turut menyediakan perkhidmatan kewangan menerusi Ford Motor Credit Company. Bagi mendapatkan maklumat lanjut tentang Ford dan produknya di serata dunia, sila layari http://corporate.ford.com.

Source: OPI Products Inc.
Related Stocks:
NYSE:COTY
Keywords: Auto Entertainment Fashion Retail Transportation Licensing/marketing agreements New products/services