SHANTOU CITY, China, 5 Mac 2014 /PRNewswire/ -- Baru-baru ini, syarikat kemudahan hotel terkenal, New Oriental Hotel Amenities Co., Ltd. ("New Oriental") memperoleh Intertek Green Leaf Mark yang dikeluarkan oleh penyedia penyelesaian keselamatan dan kualiti yang menerajui di dunia, Intertek Group ("Intertek"), serta menjadi syarikat pertama yang menerima penilaian jejak karbon Intertek bagi kemudahan hotel di China.
Isu alam sekitar telah menjadi tumpuan dunia sejak sekian lama. Memandangkan peraturan alam sekitar sering berubah di pelbagai negara, penilaian kesan produk terhadap alam sekitar dan juga pertukaran maklumat telah menjadi arah aliran. Dengan kepakaran, pengalaman dan juga rangkaian antarabangsa yang telah diwujudkan selama beratus-ratus tahun lamanya, Intertek telah menjalankan penilaian jejak karbon produk untuk New Oriental terhadap siri pakej kemudahan hotel yang dimilikinya. New Oriental, sebagai syarikat yang bertanggungjawab daripada segi sosial telah memberi komitmen untuk meningkatkan nilai alam sekitar produk dan turut berusaha untuk memudahkan komunikasi mesra dengan pembeli dan pengguna.
"Penilaian jejak karbon untuk New Oriental ini adalah berdasarkan kepada Penilaian Kitar Hayat (LCA) dan turut melibatkan keseluruhan proses penghasilan produk. Keputusan tersebut menilai jejak karbon produk, lalu membolehkan New Oriental untuk menonjolkan kesan alam sekitar bagi produknya dengan cara yang terbaik. Sementara itu, penilaian ini turut membantu syarikat ini untuk mengenal pasti faktor dan bahagian yang memberi kesan alam sekitar paling membebankan dalam proses pengekstrakan bahan mentah, sehinggalah pengeluaran, pembungkusan dan juga pengangkutan, di samping menyediakan rujukan kepada syarikat bagi menghasilkan lebih banyak produk bernilai tambah yang mesra alam sekitar," ujar Cik Zhang Li, Penolong Pengurus Alam Sekitar Hijau, Intertek China.
"Pada masa kini, penggunaan sumber dan tenaga, kesan rumah hijau serta keselamatan terhadap bahan kimia telah meningkatkan kesedaran masyarakat. Lebih ramai pengguna mula mengambil berat tentang kesan alam sekitar terhadap produk yang dibeli dan hanya mahukan produk yang lebih mesra alam sekitar. Sebagai syarikat yang terlibat dalam industri kemudahan hotel, kami menjadikan kelestarian sebagai bahagian utama dalam strategi pembangunan kami. Oleh itu, sebagai langkah penting untuk mengekalkan kelestarian ini, kami telah menjemput Jabatan Alam Sekitar Hijau Intertek bagi menjalankan penilaian jejak karbon pada siri pakej kemudahan hotel kami. Menerusi penilaian dan beberapa langkah proaktif untuk mengurangkan kesan terhadap alam sekitar, kami akan terus menghasilkan produk bernilai tambah yang mesra alam sekitar serta memberikan sumbangan penting kepada perlindungan serta kelestarian alam sekitar."
Ricky Tse
+86-754-8880-3304
rickytse@neworiental.hk