omniture

BuildTech Asia 2023 akan fokus pada Pendigitalisan, Bangunan Pintar & Pembinaan serta Kemampanan

Constellar
2023-03-23 09:51 117

SINGAPURA, 23 Mac 2023 /PRNewswire/ -- BuildTech Asia (BTA), platform yang utama untuk industri bangunan dan pembinaan Asia Pasifik, kembali untuk edisi ke-12nya mulai 28 – 30 Mac 2023. Sebuah acara Constellar, tema BTA pada tahun ini ialah "Mentransformasikan Alam Bina Masa Depan", dipersembahkan bersama 48 persatuan dan rakan kongsi industri tempatan dan serantau. BTA 2023 akan menampilkan lebih 100 pempamer di lapangan dari 15 negara dan wilayah (hampir 40% pengembangan daripada tahun lalu) dan barisan ekstensif persidangan, medan ujian (sandbox) serta pelancaran produk untuk melengkapkan dan mengentalkan sektor ini dengan lebih baik.


Negara-negara dan wilayah-wilayah yang mengambil bahagian termasuk Singapura, Australia, Kemboja, Tanah Besar China, Finland, Jerman, Hong Kong, India, Israel, Jepun, Korea, Malaysia, Poland, Sweden, Taiwan dan AS.

Pelancaran Rasmi Skim Penyedia Perkhidmatan Kongsi (SSP) BCA – STAS

Tetamu Kehormat Menteri Negara Kanan untuk Kementerian Komunikasi dan Maklumat & Kementerian Pembangunan Negara En. Tan Kiat How akan merasmikan pembukaan BTA 2023 dengan ucapan pembukaan dan pelancaran rasmi Daftaran Perkhidmatan Kongsi Specialists Trade Alliance of Singapore (STAS), satu pencapaian penting dalam komitmen STAS untuk mendigitalkan sektor Alam Bina.

Penerimaan Pemodelan Maklumat Bangunan (BIM) dan Penghantaran Digital Bersepadu (IDD) merupakan pengupaya utama transformasi dalam sektor Alam Bina. Ia merupakan tulang belakang digital yang menghubungkan pihak berkepentingan projek dalam seluruh kitar hayat bangunan. Daftaran Perkhidmatan Kongsi memenuhi keperluan perolehan BIM dan IDD pihak berkepentingan, terutamanya PKS, dalam perjalanan pendigitalisan mereka. Usaha perintis telahpun berjaya dan Daftaran Perkhidmatan Kongsi akan ditingkatkan bagi melaksanakan semakan kualiti yang lebih ketat dan dibuka untuk pendaftaran awam mulai suku ketiga tahun 2023.

Mengalami Alam Bina Masa Depan secara peribadi

BTA 2023 akan menyelami tiga dimensi teknologi dan penyelesaian baru muncul yang membawa impak ke atas industri-industri hari ini - Pendigitalisan, Pembinaan Pintar (Robotik & Automasi) & Pembinaan Hijau (Kemampanan). Bagi mendemonstrasikan penggunaan teknologi dan penyelesaian baharu dengan lebih baik, BTA 2023 telah menyusun atur dan akan memperkenalkan dua zon pengalaman baharu:

  • Zon Pengalaman Pembinaan Pintar, dikuasakan oleh Tractors Singapore Limited (TSL), wakil jualan peralatan utama di Singapura yang mengedarkan barisan penuh mesin dan enjin Cat® seperti Mesin Pengorek 320 dan Pemampat Tanah Bergetar CS11GC;
  • Zon Pengalaman Robotik & Automasi, membawakan PKS Singapura seperti Doog International, yang akan mempamerkan robot bergerak berautonomi mereka yang mesra pengguna dan amat boleh diskala seperti "THOUZER", kereta robotik serba guna dengan kapasiti muatan 120kg, kapasiti menunda 300kg dan dilengkapi dengan Teknologi Follow-Me and Memory Trace®, dibangunkan untuk menavigasi tapak kerja pembinaan yang mencabar dan melaksanakan tugas berulang secara automatik.

BTA 2023 akan turut mengalu-alukan syarikat-syarikat baharu yang menawarkan penyelesaian, peralatan dan jentera terkini mereka untuk sektor ini:

  • Knauf Plasterboard Ptd Ltd: salah satu penyedia sistem dan penyelesaian pembinaan kering yang terkemuka di dunia
  • Liugong Machinery Co., Ltd: pengeluar peralatan pembinaan ke-10 terbesar mengikut bahagian pasaran global dan pengeluar jentera angkut beroda yang terbesar di dunia
  • Pee Huan Pte Ltd: pengedar sah untuk jenama HELI Forklift dan mempunyai pengalaman selama lebih 20 tahun dalam industri pengendalian bahan
  • Sany South East Asia Pte Ltd: pengeluar peralatan berat ke-3 terbesar secara global dan salah satu pembekal terkemuka Singapura yang menawarkan penjualan, perkhidmatan dan penyelesaian teknikal dalam industri kren
  • SquareDog Robotics Limited: yang akan mempamerkan SQD-Robo Patrol, robotnya yang berkesan kos dan berbilang fungsi yang menyediakan perkhidmatan rondaan keselamatan 24/7 untuk gudang

BTA 2023 akan turut menyaksikan kembalinya penggiat-penggiat industri utama seperti Buildo Engineering Pte Ltd, Lingjack Digital Pte Ltd, PDS International Pte Ltd dan SPC Industries Sdn Bhd, yang berharap dapat mempamerkan sejauh mana peralatan dan penyelesaian terkini mereka dapat memenuhi keperluan bangunan dan pembinaan yang semakin berkembang.

Merapatkan jurang pengetahuan dan menangani cabaran industri

BTA 2023 akan turut melancarkan Forum Transformasi Alam Bina sulungnya, yang mana pemimpin dan pakar industri akan berkongsi tentang peluang kolaborasi pasca-pandemik serta trend dan dasar yang penting untuk Sektor Alam Bina. Memulakan forum dengan perbualan tidak formal tentang transformasi sektor bersama En. Heng Teck Thai, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (BuildSG Office) daripada Building and Construction Authority (BCA).

BTA turut bekerjasama dengan Asia Pacific Assistive Robotics Association (APARA), World of Safety and Health Asia (WSH Asia), Singapore Contractors Association Limited (SCAL), Association of Women in Construction (AWiCS), Singapore International Facility Management Association (SIFMA) dan pempamer-pempamer bagi menawarkan enam persidangan separuh hari dan lebih 80 sesi persidangan, pelancaran produk serta medan ujian tentang perkembangan industri yang terkini, kemajuan teknologi serta amalan terbaik untuk sektor ini.

Para peserta boleh mengharapkan perbincangan yang bernas untuk mendigitalkan operasi mereka, menggabungkan kecerdasan buatan atau AI dan robotik untuk pembinaan pintar, menerima amalan mampan, memperbaharui langkah-langkah keselamatan dan meningkatkan pengetahuan mereka dalam pengurusan kemudahan bersepadu. Sesi-sesi yang perlu diberi perhatian termasuk:

  • Kemas kini mengenai skim The Accreditation of Project Managers (APM) oleh En. Jonathan Shek, Pengerusi Society of Project Managers, bertujuan untuk meningkatkan standard amalan pengurusan projek dalam industri alam bina & pembinaan Singapura
  • Meningkatkan ketepatan pengukuran dengan pengimbasan laser 3D oleh En. Mika Honkavuori, Usahawan, RECURE
  • Mewujudkan platform persediaan data yang betul untuk mempermudah dapatan semula set data AI yang tepat oleh En. Kevin Quah, Pengasas & Ketua Pegawai Eksekutif, Tictag

Maju ke hadapan dengan usaha kemampanan

BTA 2023 juga merupakan acara pertama di Singapore EXPO untuk merintis pembuktian konsep pengukuran kemampanan di bawah Hala Tuju Kemampanan MICE Singapura bersama SACEOS untuk mengukur sisa acara dan emisi karbon. Bersama-sama Singapore EXPO, BTA akan berkoordinasi rapat dengan pempamer, pembekal dan rakan kongsinya untuk mengenal pasti pemandu dan sempadan sisa serta memberi pandangan yang boleh diambil tindakan bagi membuat keputusan bermaklumat untuk mencapai sifar bersih menjelang tahun 2050. Singapore EXPO, diurus oleh Constellar, baru-baru ini turut mengumumkan projek-projek pelaburan penting ke arah mencapai Sifar Bersih menjelang tahun 2024.

"Penggunaan perintis pembuktian konsep pengukuran kemampanan di BTA 2023 akan menawarkan kepada industri MICE Singapura dengan pandangan serta pengalaman berharga dari perspektif yang pelbagai. Ini penting terutamanya kepada Constellar baik sebagai penganjur pameran mahupun operator tempat MICE serta akan membolehkan kami memainkan peranan yang bermakna dalam ekosistem MICE yang mana kolaborasi bersama rakan kongsi merupakan satu-satunya cara untuk mencapai skala impak yang diperlukan," kata En. Jean-François Quentin, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Constellar.

BTA 2023 akan berada di Dewan 3 Singapore EXPO mulai 28-30 Mac 2023.

Latar Belakang BuildTech Asia

BuildTech Asia ialah platform unggulan Asia Pasifik untuk sektor alam bina yang mempamerkan penyelesaian pintar terkini dan teknologi produktif dalam seluruh kitar hayat bangunan. Dengan jenama-jenama antarabangsa dan serantau mempamerkan profil pameran yang paling komprehensif seperti jentera & peralatan pembinaan di lapangan, bahan binaan & penyelesaian, kemasan seni bina & kualiti, teknologi produktif, pengurusan kemudahan dan penyelesaian infrastruktur untuk membantu mempercepatkan sektor alam bina membangun dengan lebih pantas dan lebih pintar. Acara tahunan ini menyediakan gerbang ke Asia untuk berinteraksi dengan rangkaian luas pengamal, pakar teknologi, penggiat industri, pemaju, ejen serta pengedar dalam industri bangunan dan pembinaan.

Latar Belakang Constellar

Constellar menghubungkan ekosistem global yang terdiri daripada rakan kongsi acara dan pengguna melalui portfolio harta intelek (IP) yang holistik dalam industri Mesyuarat, Insentif, Konvensyen dan Pameran (MICE). Sebagai rakan rujukan Asia untuk menyusun atur acara yang inovatif dan pengalaman tempat, Constellar mengaktifkan rangkaian yang memberi impak untuk menghimpunkan pasaran, perniagaan dan pengguna global bagi mencapai pertumbuhan yang mampan. Menerusi kepakaran dan dedikasi kami, kami melabur bagi membantu anda membina hubungan yang dipercayai bersama pihak berkepentingan untuk tempoh jangka panjang dan menjalin kolaborasi rentas industri melalui penyelesaian penglibatan khalayak yang bertaraf dunia. Kunjungi constellar.co untuk maklumat lanjut.

 

Source: Constellar
Keywords: Banking/Financial Service Construction/Building New products/services Trade show news Future Events