KUALA LUMPUR, Malaysia, 5 Mac 2014 /PRNewswire/ --
Kapasitor baharu daripada Panasonic Industrial Devices menyediakan keandalan serta kecekapan tinggi dalam jumlah yang kecil serta pakej berprofil rendah
RS Components (RS), jenama dagangan bagi Electrocomponents plc (LSE:ECM), pengedar perkhidmatan tinggi yang menerajui di dunia bagi produk elektronik dan penyelenggaraan, akan membekalkan dua kapasitor polimer Rintangan Sesiri Setara (ESR) rendah yang baharu daripada rangkaian Panasonic Industrial Devices. POSCAP™ dan OS-CON™ menawarkan penyelesaian jangka hayat yang andal, cekap dan tahan lama untuk aplikasi digital dan juga telekomunikasi, serta mampu memenuhi permintaan yang kian meningkat terhadap pengurangan tenaga dalam peralatan perindustrian serta sistem automotif.
(Logo: http://www.prnasia.com/sa/2011/05/04/20110504368830.jpg)
(Foto: http://photos.prnasia.com/prnh/20140301/8521401181-a)
POSCAP merupakan kapasitor cip yang mantap dengan anod tantalum bersinter dan katod polimer yang sangat konduktif. Impedans serta ESR yang rendah (serendah 5 miliohm) membolehkan prestasi cemerlang pada frekuensi tinggi dan pada masa yang sama, mampu mengekalkan profil yang rendah serta julat kapasitans yang tinggi. Peranti ini menawarkan ciri-ciri penyerapan bunyi yang sangat cekap dan turut menyediakan rintangan haba yang tinggi pada julat suhu yang luas antara -55 darjah Celsius dan +125 darjah Celsius.
(Foto: http://photos.prnasia.com/prnh/20140301/8521401181-b)
(Foto: http://photos.prnasia.com/prnh/20140303/8521401181-c)
OS-CON pula merupakan kapasitor aluminium mantap yang mengandungi bahan elektrolit polimer yang sangat konduktif. OS-CON menawarkan ESR rendah, kebolehan mengurangkan bunyi yang sangat baik dan juga ciri-ciri frekuensi. Di samping itu, OS-CON mempunyai jangka hayat lama yang dapat mencecah sehingga 30 tahun dan mampu beroperasi dengan cekap walaupun pada suhu yang paling rendah disebabkan elektrolit pepejalnya. OS-CON dan POSCAP amat sesuai sebagai kapasitor pelicin, sandaran serta pintasan dalam pelbagai kegunaan.
Kapasitor POSCAP dan OS-CON Panasonic boleh dipesan secara terus daripada simpanan RS bagi penghantaran pada hari yang sama.
Latar Belakang Panasonic
Jualan pelbagai produk perindustrian yang terdiri daripada kapasitor, bateri serta robot ke seluruh Eropah merupakan asas perniagaan Panasonic Industrial Europe. Kumpulan ini terdiri daripada syarikat benua Eropah, Panasonic Industrial Devices Sales Europe GmbH yang beribu pejabat di Hamburg, Panasonic Industrial Devices Sales Europe (UK) GmbH yang berpusat di London dan juga Panasonic Energy Europe NV yang ditubuhkan di Brussels. Hanya dalam tempoh dua tahun selepas penubuhannya pada 1 April 1998, syarikat ini telah berjaya memantapkan hala tujunya yang berpandukan pertumbuhan itu. Kira-kira 300 individu telah diambil bekerja dalam Bahagian Jualan, Pemasaran serta Sokongan.
Latar Belakang RS Components
RS Components dan Allied Electronics merupakan jenama dagangan bagi Electrocomponents plc, pengedar perkhidmatan tinggi yang menerajui di dunia bagi produk elektronik dan penyelenggaraan. Dengan beroperasi di 32 negara, kami menawarkan kira-kira 500,000 produk menerusi Internet, katalog dan juga di kaunter perdagangan kepada lebih satu juta pelanggan, dengan penghantaran sekitar 44,000 bungkusan sehari. Produk kami diperoleh daripada 2,500 pembekal yang menerajui, termasuk komponen elektronik, automasi dan kawalan, ujian dan juga pengukuran, komponen elektrik serta komponen mekanikal.
Electrocomponents turut disenaraikan di Bursa Saham London dan telah mencatatkan pendapatan sebanyak GBP 1.24 bilion pada tahun kewangan lalu yang berakhir pada 31 Mac 2013.
Bagi maklumat lanjut, sila layari laman web di www.rs-components.com.
RS Components
Tan Soo Chun
Pengurus Perhubungan Awam – Asia Pasifik
E-mel: soochun.tan@rs-components.com
Telefon: +65-6391-5745
Edelman Public Relations (Singapura)
Yvette Yeo
Pengurus
E-mel: yvette.yeo@edelman.com
Telefon: +65- 6347-2355
Maklumat lanjut boleh didapati menerusi pautan berikut:
@RSElectronics; @alliedelec; @designsparkRS
RS Components melalui Linkedin
http://www.linkedin.com/company/rs-components
RS Components melalui Weibo
http://e.weibo.com/u/3206377000?type=0
Pautan Berkaitan:
Electrocomponents plc
www.electrocomponents.com
RS Components
www.rs-components.com
DesignSpark
http://www.designspark.com
Sumber: RS Components