omniture

Kemuncak Pertunjukan Motor Geneva 2014: Pameran Perdana e-Sportlimousine QUANT dengan Konsep Rangkaian Kuasa nanoFLOWCELL(R)

nanoFLOWCELL AG
2014-03-05 19:15 215

VADUZ, Liechtenstein, 5 Mac 2014 /PRNewswire/ -- "Wawasan yang menjadi realiti". Menerusi ungkapan ini, Nunzio La Vecchia memperkenalkan e-Sportlimousine QUANT baharu pada hari media di Pertunjukan Motor Geneva 2014. Pameran perdana bagi kereta pertama yang menggunakan rangkaian kuasa nanoFLOWCELL® berjaya menarik minat media antarabangsa. Teknologi rangkaian kuasa dan sistem simpanan tenaga yang revolusioner serta amat dinanti-nantikan ini mampu memberikan nafas baharu kepada bidang mobiliti elektrik.

(Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20140304/673571-a )
(Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20140304/673571-b )
(Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20140304/673571-c )
(Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20140304/673571-d )

"e-Sportlimousine QUANT merupakan kenderaan penyelidikan untuk kegunaan uji kaji sistem simpanan tenaga inovatif di jalan raya, dengan memberi tumpuan terutamanya terhadap pembangunan dan peningkatan teknologi bateri sel aliran. e-Sportlimousine QUANT bukanlah kereta pameran atau kereta konsep. Ia merupakan kereta pertama yang menggunakan nanoFLOWCELL® yang turut direka bentuk daripada peringkat asasi bagi memenuhi kesemua keperluan homologasi," menurut Nunzio La Vecchia, Pengarah Teknikal nanoFLOWCELL AG.

Bagaimana nanoFLOWCELL® berfungsi

Sel aliran menggabungkan aspek sel penumpuk elektrokimia dengan aspek sel bahan api. Elektrolit cecair disimpan di dalam dua tangki dan diedarkan menerusi sel. Terdapat membran di tengah-tengah sistem tersebut yang bertujuan untuk memisahkan kedua-dua larutan elektrolit, tetapi masih membenarkan cas elektrik untuk melaluinya dan seterusnya menghasilkan kuasa bagi memacu kenderaan tersebut.

Kelebihan nanoFLOWCELL®

"Kelebihan nanoFLOWCELL® termasuklah mempunyai ketumpatan cas yang tinggi, ketumpatan prestasi tinggi dan adalah lebih ringan berbanding sistem simpanan tenaga konvensional. Tambahan pula, ia tidak mengandungi bahan berbahaya, tiada bahagian yang bergerak dan amat cekap," jelas Nunzio La Vecchia.

nanoFLOWCELL® telah diilhamkan dan masih di bawah pembangunan aktif di makmal simulasi nanoFLOWCELL DigiLab di nanoFLOWCELL AG, Zurich, Switzerland. Keputusannya adalah amat membanggakan: Pada voltan nominal sebanyak 600 V dan arus nominal sebanyak 50 A, sistem tersebut mencapai output berterusan yang mengagumkan sebanyak 30 kW. nanoFLOWCELL® turut mempunyai prestasi berdasarkan berat yang 5 kali lebih hebat berbanding teknologi ion litium sedia ada yang memberi kuasa kepada kebanyakan kenderaan elektrik masa kini. Ini bermakna, julat pemanduan kenderaan ini adalah 5 kali lebih hebat berbanding kenderaan konvensional dengan berat yang sama.

Anda boleh mendapatkan maklumat yang lebih terperinci, foto serta video e-Sportlimousine QUANT baharu di pusat media dalam talian nanoFLOWCELL AG menerusi http://www.nanoflowcell.com

Maklumat Perhubungan Media

Presseburo nanoFLOWCELL AG
d/a waterworks PR
Volker Pulskamp-Bocking Morikestrasse 15
70178 Stuttgart
Tel.: +49(0)711/380-303-520
E-Mel: presse@nanoflowcell.com
Internet: http://www.nanoflowcell.com

Sumber: nanoFLOWCELL AG

Source: nanoFLOWCELL AG
Keywords: Auto Environmental Products & Services Transportation New products/services Trade show news