omniture

Pactera Wujudkan Usaha Sama Perkhidmatan IT Asia Pasifik dengan Jatis Group

Pactera Technology International Ltd.
2014-03-06 06:30 131

BEIJING, 6 Mac 2014 /PRNewswire/ -- Pactera Technology International Ltd. (NASDAQ: PACT), penyedia global bagi perkhidmatan perundingan dan teknologi yang beribu pejabat di China, dan Jatis Group, firma perundingan teknologi maklumat dan perisian yang menerajui di Indonesia, hari ini mengumumkan pelancaran syarikat usaha sama (JV) baharu Pactera-Jatis Indonesia (PJI).

(Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20130118/CN37843LOGO )

Dengan kelulusan operasi yang diperoleh daripada Lembaga Koordinasi Pelaburan Indonesia (BKPM), perkongsian ini memantapkan kedudukan PJI sebagai syarikat global yang menerajui di rantau ini yang memanfaatkan kekuatan kedua-dua syarikat tersebut bagi menghasilkan penyelesaian industri yang disasarkan. Pembentukan PJI ini membawakan keupayaan pembangunan berhampiran pesisiran yang dimiliki Pactera di Indonesia sebagai pelengkap kepada pusat penghantaran global miliknya yang bertempat di tanah besar China. Di samping menawarkan perkhidmatan kepada pelanggan di rantau Asia Pasifik, PJI turut berperanan sebagai pusat sehenti yang andal bagi pelbagai perniagaan di serata dunia yang mencari peluang untuk meluaskan perniagaan dalam pasaran ekonomi yang kian berkembang pesat di Asia Tenggara.

Pelanggan utama Jatis Group termasuklah institusi Asia Pasifik yang menerajui dalam sektor kewangan, telekomunikasi mudah alih, penjagaan kesihatan, pembuatan/pengedaran, Barangan Pengguna Laris (FMCG) dan juga sektor awam. Jatis Group beribu pejabat di ibu negara Indonesia, Jakarta, dan turut mempunyai cawangan lain di Singapura, Kuala Lumpur serta Manila yang menawarkan perkhidmatan kepada pelanggan dengan 80 jenama terkenal daripada firma nasional dan multinasional.

"Saya amat gembira untuk memaklumkan pelanggan kami berkenaan dengan pembentukan Pactera-Jatis Indonesia (PJI) ini. Usaha sama antara Pactera dan Jatis Group ini akan menggabungkan sinergi berkesan daripada kedua-dua syarikat bagi mengenal pasti peluang pertumbuhan di Rantau Asia Pasifik," ulas Tiak Koon Loh, Pengarah dan Ketua Pegawai Eksekutif Pactera. "Dengan PJI, serta tumpuan perniagaan Asia Selatan kami, kami kini mampu menyediakan alternatif pesisir yang terbaik daripada segi strategi kepada para pelanggan kami dengan memanfaatkan keupayaan penghantaran di Indonesia, Malaysia dan juga Filipina, di samping pusat utama kami yang sedia ada di China. Dengan pasukan berbakat yang terdiri daripada lebih 200 individu yang mantap, JV ini akan membantu Pactera dan Jatis untuk terus memperhebat dan turut membangunkan inisiatif pasaran secara bersama yang bakal membolehkan kami untuk terus bersaing dengan lebih agresif serta mencapai kejayaan yang lebih pasti dalam pasaran Asia Pasifik yang kian berkembang pesat."

Jusuf Sjariffudin, Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Jatis Group turut berkata, "Pembentukan PJI terhasil menerusi wawasan kedua-dua entiti itu bagi menambah baik perkhidmatan perundingan dan teknologi yang komprehensif di Asia Pasifik. PJI bersedia untuk menawarkan perkhidmatannya kepada pelanggan korporat multinasional dengan platform penghantaran pesisir terbaik yang membezakannya daripada pemain lain dalam industri ini. Dengan standard kualiti tertinggi, PJI menumpukan usaha terhadap mencapai keseimbangan sempurna antara perkhidmatan bernilai tinggi peribadi dan proses penghantaran cekap yang menghubungkan serta menyokong keperluan perniagaan pelanggan kami yang kian bertambah. Dalam tempoh 2 tahun, PJI menyasarkan untuk mengembangkan tenaga kerja kepada 1,000 ahli profesional teknologi berbakat."

Rantau Asia Pasifik telah lama menjadi pasaran pertumbuhan utama bagi Pactera, manakala usaha untuk meningkatkan modal insan di PJI adalah bertujuan untuk menguasai saham pasaran yang lebih besar dalam pelbagai perkhidmatan teknologi maklumat. Dengan kehadiran yang mantap di negara ekonomi utama, Pactera juga telah berkembang ke kawasan lain di rantau tersebut, termasuk Jepun dan Australia.

Latar Belakang Pactera:

Pactera Technology International Limited (NASDAQ: PACT) mempunyai ibu pejabat global yang strategik di China dan ibu pejabat serantau yang terletak di Amerika Utara, Asia Pasifik serta Eropah. Selain itu, sebagai rakan perkhidmatan perundingan dan teknologi yang andal, Pactera menyediakan perkhidmatan perundingan bertaraf dunia bagi perniagaan / IT, penyelesaian dan juga perkhidmatan sumber luar untuk pelbagai pelanggan Fortune 500 daripada beberapa industri termasuk sektor Perkhidmatan Kewangan, Teknologi, Telekomunikasi, Pelancongan dan Pengangkutan, Tenaga, Sains Hayat, Pembuatan serta Peruncitan & Pengedaran.

Bagi mendapatkan maklumat lanjut tentang Pactera, sila layari www.pactera.com.

Latar Belakang Jatis Group:

Jatis Group yang beribu pejabat di Indonesia dan mempunyai rangkaian pejabat di Singapura, Malaysia serta Filipina, merupakan firma perundingan teknologi maklumat dan perisian yang menawarkan perkhidmatan kepada para pelanggannya dalam sektor FSI, media dan telekomunikasi, penjagaan kesihatan serta FMCG (Barangan Pengguna Laris). Jatis berusaha menjadi organisasi teknologi yang menerajui daripada Indonesia dengan menyediakan penyelesaian teknologi inovatif kepada para pelanggannya di rantau Asia Pasifik.

Bagi mendapatkan maklumat lanjut tentang Jatis Group, sila layari www.jatis.com.

Bagi maklumat lanjut, sila hubungi:

Tracy Zhou
Hubungan Pelabur
Pactera Technology International Ltd.
Tel: +86-10-5987-5138
E-mel: ir@pactera.com

Source: Pactera Technology International Ltd.
Related Stocks:
NASDAQ:PACT
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Outsourcing Businesses Joint ventures Small Business Services