omniture

WeTransfer Lancarkan Aplikasi Mudah Alih Baharu untuk Tingkatkan Produktiviti

WeTransfer
2014-03-06 17:20 103

LONDON, 6 Mac 2014 /PRNewswire/ --

Sifat kesederhanaan dan mudah digunakan merupakan keutamaan WeTransfer.

WeTransfer, perkhidmatan pindahan fail, hari ini telah mengumumkan pelancaran aplikasi pindahan fail yang direka khas untuk menghantar imejan atau video. Aplikasi tersebut yang boleh didapati pada peranti iOS pada mulanya, merupakan langkah seterusnya dalam usaha untuk mewujudkan ekosistem WeTransfer yang akan memberi kemudahan kepada para pengguna untuk memindahkan pelbagai foto dan video beresolusi tinggi di mana sahaja mereka berada, tanpa proses pendaftaran yang rumit atau mahal. Di samping itu, aplikasi tersebut juga boleh digunakan terus tanpa penggunaan wayar atau sambungan ke komputer riba mahupun komputer meja.

(Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20140305/673741 )

Aplikasi WeTransfer membolehkan para pengguna untuk menghantar imej dan video mengikut kehendak mereka dengan hanya beberapa klik sahaja, dengan menggunakan pelbagai gerak pandu arah. Aplikasi ini turut membolehkan para pengguna untuk menghantar sehingga 10GB imej dan video daripada telefon pintar dengan hanya mengakses daftar kamera pengguna tersebut. Selain itu, para pengguna dapat memanfaatkan rangkaian 3G dan 4G serta Wi-Fi untuk memindahkan foto dan juga video secara percuma.

Jika pengguna berhasrat untuk membatalkan atau menghentikan seketika sesuatu pemindahan yang sedang berlaku, pengguna boleh melakukannya dengan mudah dan menyambung semula pada bila-bila masa memandangkan aplikasi ini menyediakan kawalan yang hebat. Bagi menghantar video dan foto, para pengguna juga boleh menggunakan buku alamat peranti mereka untuk memilih alamat e-mel dengan mudah.

Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas WeTransfer, Bas Beerens berkata: "Terdapat permintaan yang tinggi daripada 20 juta pengguna aktif bulanan kami untuk mempunyai kebolehan untuk menghantar foto dan video beresolusi tinggi daripada telefon bimbit mereka dengan kaedah yang serupa seperti versi laman web. Walau bagaimanapun, sehingga kini, teknologi yang menyediakan perkhidmatan lancar seperti itu masih lagi terhad. Kehadiran 4G dan liputan yang kian meluas di seluruh dunia memberi kami peluang untuk menghasilkan produk yang mampu menyediakan perkhidmatan yang hampir serupa dengan versi dalam talian kepada para pengguna kami."

"Imejan berkualiti tinggi, kesederhanaan serta estetika terus menjadi keutamaan WeTransfer dan ini diperlihatkan menerusi model pengiklanan kami secara dalam talian dan kini, menerusi aplikasi tersebut. Dengan kemunculan aplikasi ini, para pengguna boleh terus memindahkan foto dan video dengan mudah, hanya dengan beberapa klik, serta dapat melihat imejan yang hebat ketika sedang memindahkannya. Kemajuan berterusan kami terpancar menerusi kejayaan pemikiran perniagaan ini dan permintaan terhadap estetika yang berkualiti tinggi."

Muat turun aplikasi WeTransfer secara percuma di sini: http://we.tl/iosapp.
Maklumat lanjut: https://www.wetransfer.com/mobile

Nota kepada editor

Temu bual dan ulasan lanjut boleh disediakan atas permintaan.

Sumber: WeTransfer

Source: WeTransfer
Keywords: Computer/Electronics Internet Technology Multimedia/Online/Internet New products/services