omniture

GCL System Integration Bawakan TOPCon Inovasi Jenis-N dan Produk BIPV Terkini ke PV EXPO 2023

GCLSI
2023-03-28 15:04 27

SUZHOU, China, 28 Mac 2023 /PRNewswire/ -- GCL System Integration Technology Co., Ltd. ("GCL SI" atau "Syarikat") (Shenzhen:002506), sebuah syarikat fotovolta (PV) yang terkemuka di China, mengumumkan pelancaran inovasi solarnya yang terkini, modul TOPCon jenis-N dan BIPV (GCL SPV), yang diperkenalkan buat julung kalinya di PV EXPO 2023, pameran terbesar Jepun untuk industri PV yang telahpun diadakan di Tokyo Big Sight mulai 15 hingga 17 Mac. Di reruai tersebut, GCL SI memperkenalkan kepada para pengunjung dari seluruh dunia bagaimana rangkaian tawaran baharunya yang disepadukan dengan teknologi solar termaju memangkinkan pembangunan industri PV dan membantu Jepun mempercepatkan langkah ke arah sasaran penyahkarbonannya.

"Di GCL SI, kami berbangga menjadi penginovasi yang terkemuka dalam bidang tenaga boleh baharu, sentiasa menerobos sempadan industri PV melalui rangkaian penyelesaian canggih kami yang pelbagai. Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, kami beruntung kerana dapat mempamerkan produk kami di PV EXPO, yang membolehkan kami memperkenalkan pencapaian teknologi kami untuk memudahkan peralihan tenaga global. Selepas mengharungi detik-detik yang penuh kegelisahan akibat pandemik, kami teruja untuk kembali ke dewan pameran acara perdagangan ulung Asia ini untuk sektor solar sekali lagi dan berhubung semula dengan rakan-rakan lama mahupun baharu. Kali ini, kami teruja untuk membawa produk terkini kami, termasuk modul TOPCon dan BIPV (GCL SPV) yang menunjukkan komitmen kami yang tidak berbelah bahagi untuk memacu teknologi mampan ke hadapan," kata Thomas Zhang, Presiden GCL SI.

Modul Solar TOPCon

Tatkala industri solar menerima modul jenis-N atas kelebihannya, GCL SI menggiatkan usaha penyelidikan dan pembangunannya untuk mengeluarkan produk generasi baharu yang memenuhi kehendak pasaran yang berkembang pesat. Membawakan kecekapan penukaran luar biasa iaitu lebih 22.5%, TOPCon jenis-N GCL SI ialah modul monohabluran dwimuka yang direka bentuk untuk menyampaikan keandalan dan prestasi unggul sambil mengurangkan LID dan LeTID

Tahun ini, Syarikat ini memperkenalkan rancangan untuk pangkalan pembuatan di China yang dikhususkan untuk mengeluarkan sel solar TOPCon berkecekapan tinggi 20GW yang akan dilengkapi dengan peralatan pengeluaran automatik terunggul serta kemudahan-kemudahan didigitalkan dan pintar yang meningkatkan keupayaan R&D serta pengeluaran GCL SI dalam membangunkan sel PV berkecekapan tinggi.

Dengan pangkalan pembuatan baharu, GCL SI turut merangka pelan hala tuju produk yang jelas serta rancangan pengeluaran besar-besaran untuk modul solar TOPCon jenis-N baik yang berkesan kos mahupun berprestasi tinggi. Pangkalan tersebut turut berfungsi sebagai batu loncatan yang melaluinya GCL SI menyasarkan untuk mempertajam lagi kelebihan daya saing sinergistiknya dalam rantaian perindustrian huluan dan mengukuhkan kepimpinannya dalam pembangunan generasi teknologi PV yang terkini.

Modul Solar BIPV

Produk fotovolta bersepadu-bangunan (BIPV) dilihat sebagai penyelesaian karbon-rendah dan mampan bagi mencapai keneutralan karbon. Para arkitek semakin tertarik kepada BIPV sebagai penyelesaian hijau berkos rendah yang dapat menjana faedah-faedah ekonomi jangka panjang untuk pelabur sambil menawarkan nilai estetik tersuai yang melengkapkan sebarang gaya seni bina. Di acara tersebut, GCL SI mempamerkan modul BIPV, modul solar dwimuka yang dicipta untuk menawarkan ciri keselamatan penetap standard dan jangka hayat panjang yang membawakan keandalan serta prestasi yang utama dalam industri.

BIPV didatangkan dengan jaminan produk 12-tahun dan jaminan output kuasa linear 25-30-tahun serta mencapai Kedudukan-A dalam ujian ketakterbakaran komponen kalis api bahan binaan. Di samping itu, ia menampilkan perlindungan lampau-suhu dan rintangan air yang sangat baik, bagi memastikan prestasi optimum dalam sebarang keadaan cuaca. Struktur dipermudah pada sistem ini mengurangkan perbelanjaan untuk menggantikan bahagian, dengan fungsi pembersihan automatik meminimumkan usaha penyelenggaraan untuk pengguna.

"Penciptaan kedua-dua produk ini menyuntik momentum baharu ke dalam inovasi syarikat kami tatkala kami mencari penyelesaian baharu untuk memperkasa dunia mencapai matlamat karbon sifar-bersih. Memandang ke hadapan, kami akan terus memperkukuh kapasiti R&D kami, memperluaskan kehadiran global kami untuk menjadikan produk solar kami yang premium dan berprestasi tinggi lebih mudah dicapai oleh pengguna di seluruh dunia," kata Thomas Zhang.

Source: GCLSI
Related Stocks:
Shenzhen:002506
Keywords: Alternative Energies Computer/Electronics Electrical Utilities Electronic Components Environmental Products & Services Green Technology Oil/Energy Utilities New products/services Trade show news