omniture

Debiopharm Group(TM) bakal Memperoleh Produk atau Syarikat untuk Memperluas Aktiviti Kemudahan Pengeluaran di Martigny (Valais, Switzerland)

Debiopharm Group
2014-03-06 20:57 88

LAUSANNE, Switzerland, 6 Mac 2014 /PRNewswire/ --

Debiopharm Group™ (Debiopharm), kumpulan syarikat biofarmaseutikal global yang berpusat di Switzerland dan aktif dalam pembangunan ubat-ubatan, penghasilan GMP untuk ubat-ubatan proprietari, diagnosis dan pelaburan, telah mengumumkan keputusannya untuk memperluas dan turut mengoptimumkan aktivitinya di Debiopharm Research & Manufacturing S.A., kemudahan pembangunan dan pengeluaran perindustrian di Martigny (Valais, Switzerland), menerusi pemerolehan syarikat atau aktiviti nilai tambah yang tinggi dalam bidang farmaseutikal, bioteknologi atau teknologi perubatan.

Debiopharm Research & Manufacturing S.A. mempunyai pengalaman dan kepakaran selama 35 tahun dalam pembangunan ubat-ubatan termasuk sintesis kimia, penambahbaikan formulasi dan juga pembuatan. Pelaburan besar telah dibuat sejak tahun 2007 bagi mengautomasikan kemudahan tersebut dan turut meningkatkan kapasiti perindustriannya. Objektifnya pada hari ini adalah untuk memperluas operasi perindustrian di Martigny dengan mengambil peluang untuk pengoptimuman dan pengeluaran, lalu menjana pendapatan dalam angka berpuluh jutaan pada setiap tahun. Kepakarannya dalam penyelidikan dan pembangunan serta pembuatan produk farmaseutikal yang sukar dihasilkan, infrastruktur moden yang digabungkan dengan pengeluaran yang mematuhi GMP berteknologi tinggi, platform logistik untuk penghantaran ke seluruh dunia, pensijilan kawal selia dan juga jaminan kualiti yang mantap serta lokasi utama di Eropah, merupakan antara ciri-ciri yang akan membolehkan objektif ini mampu dipenuhi.

"Kami ingin merapatkan jurang antara pembangunan dan perindustrian serta membekalkan produk yang dihasilkan dengan menggunakan teknologi terkini di Switzerland. Ubat-ubatan yang sukar dihasilkan, ubat-ubatan dengan rumusan yang kompleks, produk khusus biologi, peranti perubatan dan juga diagnosis premium terdapat dalam senarai permintaan kami," kata Cedric Sager, Ketua Pegawai Eksekutif Debiopharm Research & Manufacturing S.A.

Thierry Mauvernay, Wakil daripada Lembaga Debiopharm Group menjelaskan, "Dalam tempoh beberapa tahun yang lalu, kami telah membuat pelaburan yang banyak bagi mengautomasikan tapak kemudahan kami di Martigny sebaik mungkin. Berbekalkan usaha kami, kami berjaya meningkatkan produktivitinya. Harapan kami kini adalah untuk memperoleh peluang perindustrian baharu bagi mengukuhkan aktiviti kami di Valais dan turut menyokong pembangunan kami."

Pihak yang berminat dengan projek tertentu dipelawa menghubungi Sandya von der Weid di Debiopharm (sandya.vonderweid@debiopharm.com), pengurus aktiviti ini. Projek yang akan dipertimbangkan perlu berpotensi untuk dikomersilkan dengan prospek realistik untuk mencapai sasaran pendapatan tahunan dalam tempoh beberapa tahun akan datang.

Latar Belakang Debiopharm Group™

Debiopharm Group™ merupakan kumpulan biofarmaseutikal global yang berpusat di Switzerland dengan 4 syarikat yang aktif dalam pembangunan ubat-ubatan, penghasilan GMP untuk ubat-ubatan proprietari, diagnosis dan juga pelaburan.

Debiopharm Research & Manufacturing SA merupakan syarikat penyelidikan, pembangunan dan penghasilan produk farmaseutikal dengan kemudahan GMP yang mendapat pengesahan daripada pihak berkuasa kawal selia utama. Ia merupakan pusat kepakaran kimia perubatan bagi Kumpulan ini. Syarikat ini turut merupakan peneraju dunia daripada segi suntikan berasaskan asid polilaktik-ko-glikolik (PLGA).

Bagi mendapatkan maklumat lanjut tentang Debiopharm Research & Manufacturing S.A., sila layari http://www.debiopharm.com

Maklumat Perhubungan Debiopharm International SA
Christelle Tur
Penyelaras Komunikasi
christelle.tur@debiopharm.com
Tel.: +41-(0)21-321-01-11

Debiopharm Research & Manufacturing SA
Maklumat Perhubungan
Sandya Von der Weid
Pegawai Pelesenan Komersil
sandya.vonderweid@debiopharm.com

Maklumat Perhubungan Media Tambahan
Di London
Maitland
Brian Hudspith
bhudspith@maitland.co.uk
Tel.: +44-(0)20-7379-5151

Di New York
Russo Partners, LLC
Martina Schwarzkopf, Ph.D.
Eksekutif Akaun
martina.schwarzkopf@russopartnersllc.com
Tel.: +1-212-845-4292

Sumber: Debiopharm Group

Source: Debiopharm Group
Keywords: Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals Acquisitions, mergers, takeovers Corporate Expansion