omniture

Vivanta by Taj diumumkan sebagai jenama hotel ke-3 terbaik di dunia oleh Conde Nast Traveler US pada Anugerah Pelancongan Perniagaan Tahunan ke-16 2013

Vivanta by Taj Hotels & Resorts
2014-03-06 22:30 134

MUMBAI, 6 Mac 2014 /PRNewswire/ -- Conde Nast Traveler US telah mengumumkan Vivanta by Taj sebagai hotel ke-3 terbaik di dunia pada Anugerah Pelancongan Perniagaan Tahunan kali ke-16 2013. Vivanta by Taj telah dilancarkan tiga tahun lalu oleh Taj Group. Kini, ia terdiri daripada 28 hotel dan tempat peranginan di India dan juga rantau Lautan Hindi. Jenama ini juga boleh didapati di seluruh bandar metropolitan utama serta tempat pelancongan seperti Maldives, Sri Lanka, Goa, Kerala, Rajasthan, Kashmir, tempat peranginan hutan hujan di Coorg, salah satu spa terbesar di Bekal dan juga pulau peribadi yang akan diumumkan tidak lama lagi di Langkawi.

Bagi melihat Siaran Berita Multimedia, sila klik:
http://www.multivu.com/mnr/65026-vivanta-by-taj-declared-3rd-best-in-world 

Vivanta by Taj menawarkan kemewahan percutian yang imaginatif, menyeronokkan serta bergaya. Vivanta by Taj mampu menarik ramai pengunjung kosmopolitan yang menginginkan gaya hidup yang menguja, dengan hidangan yang inovatif, ruangan yang ceria, motif yang tersendiri, avatar berlainan, serta penggunaan teknologi dan pengalaman secara pintar yang bertujuan untuk sentiasa mendapatkan perhatian, menceriakan serta menenangkan para pengunjung.

Jenama ini turut menggabungkan pendekatan bertenaga terhadap gaya hidup dengan jaminan perkhidmatan sejak lebih 100 tahun yang lalu, dengan ciri-ciri kegirangan yang tersendiri, jauh daripada hiruk-pikuk bandar serta menekankan konsep "bekerja dan beriadah sepenuhnya" yang menjadi pegangan penduduk bandar yang canggih untuk "mencapai yang terbaik dalam kehidupan".

Equation Research telah meminta beberapa pembaca Conde´ Nast Traveller yang terdiri daripada pelancong perniagaan untuk menilai hotel, jenama hotel serta syarikat penerbangan sebagai cemerlang, sangat baik, baik, sederhana atau lemah bagi pelbagai kriteria. Skor akhir (daripada 100) mewakili peratus responden yang memberikan penilaian kepada hotel, jenama hotel atau syarikat penerbangan sebagai cemerlang atau sangat baik berdasarkan jumlah respon paling rendah yang diperlukan. Lebih 79,000 kaji selidik telah dijalankan. Setiap jenama yang dikaji selidik telah diberikan skor berdasarkan bilik, perkhidmatan, kemudahan perniagaan dan juga teknologi Wi-Fi yang disediakan.

Kekal berhubung dengan Vivanta by Taj Hotels & Resorts.

Laman Web: http://www.vivantabytaj.com/

Ikuti kami menerusi Twitter: http://twitter.com/vivantabytaj

Face book: http://www.facebook.com/vivantabytaj

You Tube: http://www.youtube.com/vivantabytaj

Foursquare : http://www.foursquare.com/vivantabytaj

Bagi maklumat lanjut, sila hubungi – 

Saroja Shankaran
Saroja.shankaran@edelman.com
+91 9820079804

Takshila Chheda
Takshila.chheda@edelman.com 
+91 9920095721

SUMBER  Vivanta by Taj Hotels & Resorts

Source: Vivanta by Taj Hotels & Resorts
Keywords: Hotels and Resorts Magazines Publishing/Information Service Travel Awards