-- Aplikasi Android Dictionary.com yang popular kini mempunyai Kamus Pelajar yang lengkap dengan alatan bantuan untuk menguasai perbendaharaan kata yang amat penting bagi mencapai kejayaan pada peringkat sekolah mahupun bidang profesional
OAKLAND, California, 7 Mac 2014 /PRNewswire/ -- "Jika anda mahu mengatasi pesaing anda," menurut Harvard Business Review pada tahun 2012, penguasaan bahasa Inggeris global "bukan lagi satu pilihan". Pada masa kini, Dictionary.com mampu membantu para pelajar dan penutur yang ingin menguasai bahasa Inggeris untuk membuat pilihan yang lebih mudah dengan tambahan Kamus Pelajar pada aplikasi Android Dictionary.com yang diiktiraf ramai. Walaupun harga kamus pelajar lain boleh mencecah sehingga $29.99, Dictionary.com adalah percuma dan diintegrasikan ke dalam kamus lengkap Android yang menyediakan kandungan, alat bantuan dan petua terbaik untuk menguasai bahasa Inggeris.
"Jika ada satu alat bantuan yang penting untuk para pelajar ESL, alat bantuan itu semestinya kamus yang andal, lengkap serta mudah digunakan dan mampu membantu mereka mencapai kejayaan cemerlang," kata Michele Turner, Ketua Pegawai Eksekutif Dictionary.com. "Tambahan Kamus Pelajar kami ke dalam aplikasi Dictionary.com menjadikannya lebih menyeluruh, dengan 2 juta definisi, perkataan sinonim dan juga antonim, fungsi sebutan audio serta penterjemah yang menyediakan bantuan terjemahan tanpa had secara percuma yang melibatkan bahasa Inggeris dan 30 bahasa lain."
Kepentingan bahasa Inggeris dalam bidang perniagaan tidak dapat dinafikan lagi dan kira-kira 1.75 bilion individu – satu daripada empat individu – mampu bertutur dalam bahasa Inggeris yang paling asas. Diiktiraf sebagai bahasa global untuk perniagaan, bahasa Inggeris digunakan oleh hampir 565 juta individu di Internet. Harvard Business Review melaporkan terdapat pertambahan bilangan perniagaan yang menekankan kepentingan bahasa Inggeris sebagai bahasa korporat umum, termasuklah Airbus, Daimler-Chrysler, Fast Retailing, Nokia, Renault, Samsung, SAP, Technicolor dan juga Microsoft Beijing.
Kamus Pelajar diintegrasikan ke dalam aplikasi Dictionary.com dan telah pun dimuat turun sebanyak 80 juta kali. Ini merupakan alat bantuan pembelajaran yang penting, sama ada untuk para pelajar yang mahu memperbaiki markah ujian atau meningkatkan peluang mereka untuk memasuki kolej idaman mereka; pekerja yang menyasarkan kemajuan kerjaya yang lebih pantas; atau eksekutif yang bersemangat untuk memasuki pasaran bahasa Inggeris. Daripada syarikat yang menyediakan definisi untuk lebih 3.6 bilion perkataan yang dicari setiap tahun, Kamus Pelajar baharu ini dilengkapi dengan ciri-ciri seperti:
Dengan adanya Kamus Pelajar ini, aplikasi Dictionary.com mempunyai semua alat bantuan yang diperlukan bagi membantu para pelajar memasuki kolej idaman masing-masing, menjalani temu duga dengan baik dan turut mendapatkan pekerjaan yang diingini. Di samping membantu seseorang untuk melancong, menghadiri mesyuarat perniagaan mahupun mengadakan perbualan biasa, aplikasi Dictionary.com juga amat sesuai untuk menyediakan diri bagi menempuh peperiksaan universiti seperti CAT, GRE serta GMAT.
Aplikasi Dictionary.com yang telah dikemas kini boleh dimuat turun di: https://play.google.com/store/apps/details?id=com.dictionary
Latar belakang Dictionary.com
Dictionary.com, syarikat IAC (NASDAQ; IACI) merupakan sumber dalam talian dan mudah alih yang definitif serta menerajui di dunia untuk apa jua yang berkaitan dengan perbendaharaan kata. Kami menyediakan akses yang andal kepada berjuta-juta definisi, perkataan sinonim, sebutan audio, ayat contoh, terjemahan serta bantuan ejaan menerusi perkhidmatan kami di Dictionary.com, Thesaurus.com dan juga Reference.com kepada lebih 50 juta pengguna bulanan di seluruh dunia. Aplikasi mudah alih kami yang menerajui bagi tujuan rujukan dan pendidikan telah dimuat turun lebih 80 juta kali.
Maklumat Perhubungan Media Dictionary.com:
Mark de la Vina
Consort Partners
E-mel: dictionary@consortpartners.com
Tel: +1 415-282-4795