ORLANDO, Florida dan MUMBAI, India, 28 Mac 2023 /PRNewswire/ -- Tata Communications, sebuah syarikat pendaya ekosistem digital global, hari ini membawakan JAMVEE™, sebuah aplikasi berasaskan awan dengan penyelesaian panggilan suara bersepadu yang dipermudah, yang dapat meningkatkan pengalaman dan produktiviti pekerja dengan ciri kerjasama yang mudah. Penyelesaian perniagaan yang serba lengkap ini menyediakan pengalaman panggilan dan pemesejan berkualiti tinggi kepada para pekerja yang membolehkan penglibatan dengan rakan sekerja pada rangkaian yang selamat merentas mana-mana peranti Android, iOS atau Desktop Windows. Dengan pelan yang fleksibel untuk panggilan suara dan perayauan data, JAMVEE™ merupakan penyelesaian yang cekap kos untuk keperluan kerjasama pekerja perusahaan.
JAMVEE™ direka khas untuk pengetahuan dan tenaga kerja barisan hadapan dalam perusahaan. Antara mukanya yang ringkas membolehkan pengguna mudah membuat panggilan dan bersembang dengan rakan sekerja dalam Kumpulan Pengguna Tertutup (CUG) sambil menyediakan keupayaan rakaman suara. JAMVEE™ boleh disepadukan dengan pantas dan lancar dengan aplikasi komunikasi perusahaan.
JAMVEE™, bersama-sama dengan penyelesaian eSIM MOVE™ Tata Communications, dapat memperkasakan perniagaan untuk menawarkan penyelesaian kerjasama yang paling cekap kos kepada para pekerja yang melakukan perjalanan ke luar negara yang dapat memastikan kemudahan penggunaan, panggilan suara berkualiti tinggi dan meningkatkan kecekapan pekerja.
Penyelesaian ini membolehkan suai tugas pekerja yang lebih pantas serta mematuhi peraturan ciri-ciri API pencegahan penipuan, pengesanan dan amaran bagi memastikan keselamatan perbualan yang menyeluruh. Ia juga membantu perusahaan menghapuskan limpahan kos apabila menggunakan aplikasi berskala besar dengan ciri-ciri yang luas yang memerlukan latihan pengguna dan infrastruktur teknikal yang mendalam dan terperinci.
"Bekerja secara hibrid akan kekal sebagai kaedah kerja yang biasa dan akan terus berkembang," kata Mysore Madhusudhan, Naib Presiden Eksekutif, Kerjasama dan Penyelesaian Terhubung Tata Communications. "Mana-mana organisasi dalam proses membina atau membangunkan masa depan hibrid untuk pekerja mereka akan memerlukan penyelesaian panggilan, tetapi tidak semua pekerja memerlukan rangkaian penuh alatan kerjasama yang terbenam. JAMVEE™ direka dengan mengambil kira visi ini. Ia menyediakan pelbagai perkhidmatan dan kemudahan sambil memastikan pelaburan ini menjimatkan untuk perusahaan. JAMVEE™ memberikan persediaan kerjasama yang padu, selamat dan boleh diskalakan untuk kakitangan mereka serta memastikan tenaga kerja yang terhubung secara jauh lebih cekap daripada sebelum ini."
Dibina berdasarkan kepakaran dan pengalaman Tata Communications yang terbukti dalam menyediakan dan mengurus penyelesaian penglibatan pekerja yang mengutamakan awan, JAMVEE™ membolehkan perusahaan terus mendapat manfaat daripada rakan kongsi tunggal untuk semua keperluan kerjasama mereka yang selamat. Klik di sini untuk mengetahui lebih lanjut tentang JAMVEE™.
Tata Communications ada di Enterprise Connect (reruai #200) di Gaylord Palms, Orlando, Florida dari 27 hingga 30 Mac 2023. Lawati kami untuk mengetahui bagaimana kami menerajui kerjasama global untuk perusahaan dengan menggunakan penyelesaian kami seperti JAMVEE™ dan banyak lagi.
Tentang Tata Communications
Merupakan sebahagian daripada Tata Group, Tata Communications (NSE: TATACOMM) (BSE: 500483) ialah sebuah syarikat pendaya ekosistem digital global yang memperkasakan perkembangan pesat ekonomi digital pada hari ini di lebih 190 buah negara dan wilayah. Dengan kepimpinan melalui kepercayaan, ia mendayakan transformasi digital perusahaan di seluruh dunia melalui kolaborasi dan penyelesaian terhubung, kesalinghubungan teras dan generasi seterusnya, penyelesaian pengehosan awan serta keselamatan dan perkhidmatan media. 300 daripada syarikat Fortune 500 ialah pelanggannya dan syarikat ini menghubungkan perniagaan ke 80% daripada syarikat awan gergasi di dunia. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.tatacommunications.com
Pernyataan berpandangan ke hadapan dan amaran
Perkataan dan pernyataan tertentu dalam siaran ini berkenaan Tata Communications dan prospeknya serta pernyataan lain, termasuk yang berkaitan dengan jangkaan kedudukan kewangan Tata Communications, strategi perniagaan, pembangunan masa depan operasi Tata Communications dan ekonomi umum di India, merupakan pernyataan berpandangan ke hadapan. Pernyataan sedemikian melibatkan risiko yang diketahui dan tidak diketahui, ketidakpastian dan faktor-faktor lain termasuk kewangan, kawal selia dan alam sekitar, serta faktor yang berkaitan dengan pertumbuhan industri dan unjuran trend yang boleh menyebabkan keputusan, prestasi atau pencapaian sebenar Tata Communications atau hasil industri berbeza secara material daripada yang dinyatakan atau yang tersirat dalam pernyataan berpandangan ke hadapan ini. Faktor-faktor penting yang boleh menyebabkan keputusan, prestasi atau pencapaian sebenar berbeza secara material daripada pernyataan berpandangan ke hadapan ini antaranya termasuk kegagalan meningkatkan volum trafik pada rangkaian Tata Communications; kegagalan membangunkan produk dan perkhidmatan baharu yang memenuhi permintaan pelanggan dan menjana margin yang boleh diterima; kegagalan melengkapkan ujian komersial teknologi dan sistem maklumat baharu bagi menyokong produk dan perkhidmatan baharu termasuk perkhidmatan penghantaran suara; kegagalan menstabilkan atau mengurangkan kadar pemampatan harga pada perkhidmatan komunikasi syarikat yang tertentu; kegagalan menyepadukan pengambilalihan strategik dan perubahan dasar kerajaan atau peraturan di India, khususnya perubahan yang berkaitan dengan pentadbiran industri Tata Communications; dan secara amnya, suasana ekonomi, perniagaan dan kredit di India. Faktor tambahan yang boleh menyebabkan hasil, prestasi atau pencapaian sebenar berbeza secara material daripada pernyataan berpandangan ke hadapan ini yang kebanyakannya di luar kawalan Tata Communications termasuk, tetapi tidak terhad kepada faktor risiko yang dibincangkan dalam Laporan Tahunan Tata Communications Limited.
Laporan Tahunan Tata Communications Limited boleh didapati di www.tatacommunications.com. Tata Communications tidak bertanggungjawab terhadap dan secara jelas menafikan sebarang tanggungjawab untuk mengemas kini atau meminda pernyataan berpandangan ke hadapan ini.
© 2023 Tata Communications Ltd. Hak cipta terpelihara.
TATA COMMUNICATIONS dan TATA merupakan tanda dagangan atau tanda dagangan berdaftar Tata Sons Private Limited di India dan di negara-negara tertentu.