omniture

Perdagangan Asing Dubai tahun 2013 Mencecah AED 1.329 Trilion

Kadar pertumbuhan melebihi dua kali ramalan perdagangan global WTO
Dubai Customs
2014-03-10 18:23 199

DUBAI, United Arab Emirates, 10 Mac 2014 /PRNewswire/ -- Dengan puncak baharu bagi perdagangan asing bukan minyak pada tahun 2013, pertumbuhan yang semakin meningkat bagi perdagangan asing Dubai berjaya mencecah jumlah AED 1.329 trilion, lalu mencapai peningkatan sebanyak AED 94 bilion berbanding perdagangan asing Dubai pada tahun 2012 yang berjumlah AED 1.235 trilion.

Menurut konteks ini, Putera Mahkota Dubai dan Pengerusi Majlis Eksekutif Dubai H.H. Sheikh Hamdan bin Mohammed bin Rashid Al Maktoum memuji prestasi cemerlang sektor perdagangan bukan minyak di Dubai yang menunjukkan pertumbuhan berterusan dalam kesemua sektor di Dubai serta UAE secara keseluruhannya. H.H. Sheikh Hamdan menyatakan kemajuan positif ini merupakan hasil kebijaksanaan kepimpinan Naib Presiden UAE, Perdana Menteri dan juga Pemerintah Dubai H.H. Sheikh Mohammed bin Rashid Al Maktoum, di samping tindakan susulan beliau yang tetap untuk memastikan ketersediaan kesemua unsur yang menyokong pertumbuhan progresif dan mampan bagi entiti tempatan, serantau dan juga antarabangsa yang beroperasi dari UAE.

H.H. Sheikh Hamdan menegaskan lagi Dubai sedang mengorak langkah yang besar dengan pengumuman inisiatif 'Dubai Pintar', yang bertujuan meningkatkan standard untuk memperhebat prestasi keseluruhan sektor kerajaan Dubai dan turut menggalakkan perkembangan sektor ekonomi secara khususnya. Putera Mahkota Dubai menyeru para pemimpin dan pegawai eksekutif dalam sektor kerajaan Dubai untuk tidak melepaskan setiap peluang baharu yang muncul untuk memantapkan lagi prestasi dan turut menetapkan Dubai sebagai tanda aras antarabangsa bagi pembangunan dan kemakmuran, di samping peranannya sebagai pautan penting dalam laluan perdagangan global.

Sambil memuji usaha ikhlas oleh entiti kerajaan Dubai, H.H. Sheikh Hamdan menyatakan keyakinan terhadap kemampuan mereka untuk membawa inisiatif serta idea yang jauh lebih inovatif dalam satu pasukan besar yang bekerjasama untuk mencapai matlamat yang diinspirasikan oleh wawasan H.H. Sheikh Mohammed bin Rashid dalam membentuk masa hadapan negara yang meraikan pembangunan, pemodenan dan juga kejayaan.

Perdagangan asing ini adalah seiring dengan lonjakan ekonomi baharu Dubai; berdasarkan kepelbagaian pertumbuhan yang lebih tinggi, dengan pelbagai sektor ekonomi menjadi penyumbang kadar bertumpu. Berikutan peningkatan prestasi ekonomi yang melonjak ini, perdagangan asing berjaya mencapai kadar pertumbuhan yang melebihi dua kali pertumbuhan perdagangan global sebanyak 2.5% seperti yang diramalkan oleh WTO.

Peningkatan prestasi ekonomi ini benar-benar mengukuhkan kedudukan Dubai sebagai peneraju ekonomi global. Pengiktirafan yang diberikan bagi menganjurkan Ekspo 2020 merupakan penghormatan oleh komuniti antarabangsa terhadap kemampuan ekonomi Dubai. Persiapan bagi acara tersebut, yang dianggap sebagai pameran perdagangan antarabangsa yang paling hebat serta paling mendapat perhatian dunia itu, memperlihatkan amiriah ini terus mengorak langkah memasuki peringkat seterusnya dalam peningkatan berterusan untuk mencapai prestasi serta kejayaan baharu. Ini pastinya akan menjadikan Dubai sebagai peneraju serantau serta pesaing antarabangsa yang disegani menurut semua penunjuk global, khasnya penunjuk daya saing, keyakinan serta kegembiraan.

"Kami didorong oleh matlamat yang jelas dan berwawasan oleh H.H. Sheikh Mohammed bin Rashid Al Maktoum, Naib Presiden UAE serta Perdana Menteri dan Pemerintah Dubai berkenaan dengan keadaan ekonomi Dubai pada peringkat baharu," kata Ahmed Butti, Pengerusi Eksekutif bagi Ports, Customs and Free Zone Corporation serta Ketua Pengarah Dubai Customs. "Kami bersedia untuk membangunkan dan turut melaksanakan strategi tugas kreatif yang mampu kekal seiring dengan suatu tahap yang menjadikan Dubai berperanan penting dalam ekonomi global, dengan meningkatkan kebolehan amiriah ini untuk berhubung secara cekap dengan pasaran serantau serta antarabangsa. Berdasarkan infrastrukturnya yang maju serta kelebihan persaingan yang kian meningkat, amiriah ini akan menjadi gerbang utama kepada pasaran yang mampu diperluaskan ke seluruh dunia."

En. Butti berkata lagi: "Selari dengan peranan penting Dubai dalam perdagangan global, kami berusaha membangunkan pelbagai perkhidmatan di Dubai Customs sebagai tindak balas yang berkesan terhadap perluasan pasaran global. Pertumbuhan perdagangan asing Dubai adalah sebanyak 8% dan ini memperlihatkan kemampuannya untuk memperhebat rundingan dagangannya pada semua peringkat. Import amiriah tersebut turut memperlihatkan peningkatan sebanyak AED 74 bilion bagi mencecah AED 811 bilion pada tahun 2013 berbanding AED 737 bilion pada tahun 2012. Di samping itu, eksport dan eksport semula memperlihatkan peningkatan sebanyak AED 20 bilion dengan jumlah keseluruhan sebanyak AED 518 bilion, berbanding AED 498 bilion pada tahun lalu."

Tambahan pula, dagangan langsung Dubai bersama pasaran dunia meningkat sehingga AED 846 bilion daripada AED 808 bilion. Jumlah dagangan zon bebas Dubai mencatatkan nilai sebanyak AED 467 bilion, berbanding AED 417 bilion. Dagangan gudang kastam pula meningkat daripada AED 10 bilion kepada AED 16 bilion.

"Kami di Dubai Customs terus berusaha dengan gigih untuk menggalakkan peningkatan prestasi kami agar terus seiring dengan peranan penting Dubai dalam perdagangan global," kata En. Butti dan turut berkata, "Dubai Customs ingin menyediakan perkhidmatan terbaik kepada para peniaga dan pelabur, dengan menjimatkan masa serta tenaga ketika menjalankan urus niaga, lalu memastikan pilihan untuk menjadikan Dubai sebagai destinasi perdagangan mereka benar-benar memanfaatkan mereka. Ini juga akan meningkatkan kemampuan amiriah ini untuk terus mencapai pertumbuhan perdagangan paling mampan, yang mampu memanfaatkan prestasi ekonomi keseluruhannya dengan cekap. Pada tahun 2013, sebagai tindak balas kepada Inisiatif Kerajaan Pintar yang telah dilancarkan oleh H.H. Sheikh Mohammed bin Rashid Al Maktoum, Dubai Customs telah menjadi entiti kerajaan pertama yang berubah menjadi kerajaan pintar sepenuhnya."

Pada tahun 2013 juga, Dubai berjaya mengekalkan kepelbagaian relatif dalam pasaran luarnya. India merupakan rakan kongsi dagangan Dubai yang paling utama dengan jumlah dagangannya sebanyak AED 137 bilion yang mewakili 10% saham. China menjadi rakan kongsi kedua penting dengan jumlah dagangan sebanyak AED 135 bilion yang mewakili sekitar 10% saham. AS pula merupakan rakan kongsi dagangan ketiga penting dengan jumlah dagangan sebanyak AED 86 bilion, yang merupakan 6% saham. Arab Saudi meningkat untuk berada di tempat keempat dengan jumlah saham sebanyak 4% yang berjumlah AED 56 bilion, diikuti dengan UK dengan jumlah saham kira-kira 4% yang mewakili jumlah dagangannya sebanyak AED 54 bilion.

Daripada segi import Dubai, China mendahului senarai rakan kongsi dagangan, diikuti dengan AS dan seterusnya India. Daripada segi eksport semula pula, Arab Saudi mendahului senarai ini, diikuti dengan India serta Iraq. India, Turki dan juga Switzerland merupakan rakan kongsi Dubai yang menerajui daripada segi eksport.

Sura Manhal +971(50)3803852 - sura.manhal@dubaicustoms.ae

SUMBER: Dubai Customs

Source: Dubai Customs
Keywords: Banking/Financial Service Retail Economic news, trends, analysis Sales reports