omniture

Di Dalam Aksi: Tawaran Toshiba TV kepada Pemain

Toshiba TV
2023-03-31 16:23 60

HONG KONG, 31 Mac 2023 /PRNewswire/ -- Pada tahun 2022, Toshiba TV menduduki tempat pertama dalam bahagian pasaran Jepun dan ketiga di Mesir untuk inovasi ketukangan yang konsisten.*

Toshiba TV dijadualkan untuk melancarkan produk baharu yang dilengkapi dengan panel kadar segar semula terkini: paparan natif 144Hz untuk gerakan premium.


Panel kadar segar semula yang merujuk kepada kekerapan sesebuah televisyen mengemas kini imej gerakan sesaat, memberi impak langsung kepada kelancaran dan kejelasan apa yang dipaparkan pada skrin, terutamanya kandungan bergerak pantas seperti sukan, filem aksi dan pada asasnya, permainan video.

Tidak dinafikan, model baharu yang akan datang daripada Toshiba TV, Z870, terbina dengan kadar segar semula 144Hz yang tangkas demi prestasi paparan optimum diinovasikan dengan mengambil kira pemain.

Untuk ensembel permainan berkualiti yang lengkap, model-model Toshiba TV baharu ini juga dipadatkan dalam Game Mode Pro mengagumkan, yang menjanjikan masa permainan yang imersif sepenuhnya.

Game Mode Pro merupakan peranekaan sub-ciri peningkatan corak permainan seperti Mod Kependaman Rendah Auto (ALLM) untuk sambungan peranti permainan yang lancar ke televisyen; teknologi AMD FreeSync untuk permainan tanpa gelinciran dan tanpa sentak; dan Kadar Segar Semula Boleh Ubah (VRR) untuk penyegerakan kadar segar semula yang dinamik. Ciri-ciri ini dapat menampung keperluan adegan-demi-adegan dengan yakin demi corak permainan sebenar dan pantas.

Melengkapkan struktur yang kukuh demi prestasi, Toshiba TV memberi perhatian yang sewajarnya kepada kualiti paparan asli dengan kemasukan teknologi paparan LED Mini, yang membolehkan pencahayaan belakang yang tepat, pemalapan setempat yang lebih baik, kecerahan warna yang tinggi dan kecekapan tenaga yang dipertingkat. Ciri-ciri ini dikuasakan oleh cip REGZA, pemproses imej utama Toshiba TV untuk penukaran naik (upconversion) resolusi imej yang premium, peningkatan warna serta pengoptimuman kontras.

Buat semua yang menantikan pelancaran Toshiba TV Z870, model ini djangka akan dilancarkan tidak lama lagi iaitu pada bulan Julai tahun ini. Daripada semua petunjuk, penambahan baharu kepada rangkaian utama Toshiba TV ini harus meneruskan rentetan kejayaan dalam pasaran tempatan dan antarabangsa.

*Sumber: BCN, GFK

Latar Belakang Toshiba TV

Toshiba TV memiliki sejarah pengeluaran TV selama 71 tahun. Dengan DNA yang kukuh dalam ciptaan dan idea inovatif, Toshiba TV telah mengeluarkan banyak TV dengan ciri-ciri yang pertama di dunia. Toshiba TV memberi pengalaman yang tidak dapat dilupakan dan gaya tontonan baharu kepada ramai orang di seluruh dunia melalui kualiti imejnya yang tinggi.

Untuk butiran lanjut, ikuti perkembangan Toshiba TV di FacebookInstagramTwitterYouTube.

 

Source: Toshiba TV
Keywords: Electronics Gaming Computer/Electronics Consumer Electronics Entertainment Household Products Household/Consumer/Cosmetics Internet Technology Retail Semiconductors Telecommunications New products/services Future Events