omniture

CGTN: 50 tahun kemudian, China, Sepanyol menjalin persahabatan mendalam, mencapai kemakmuran bersama

CGTN
2023-04-04 00:09 42

BEIJING, 4 April 2023 /PRNewswire/ -- Presiden Cina Xi Jinping dan Perdana Menteri Sepanyol Pedro Sanchez membincangkan topik-topik penting berhubung keamanan dan kerjasama ekonomi global pada hari Jumaat. Kedua-duanya bersetuju bahawa China dan Sepanyol terus mendukung multilateralisme, menjaga keamanan dunia dan menghadapi pelbagai cabaran global melalui dialog dan juga kerjasama.

Sanchez melawat China sebagai sebahagian daripada ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik. Sebelum mesyuarat peringkat tinggi, beliau turut menghadiri Forum Boao untuk Asia di Wilayah Hainan, selatan China.

Sejak 50 tahun yang lalu, China dan Sepanyol telah membina jalinan persahabatan yang mendalam melalui mesyuarat peringkat tinggi yang kerap serta pertukaran sesama rakyat manakala volum dagangan antara kedua-dua negara telah menyaksikan pengembangan signifikan, hampir dua kali ganda antara tahun 2017 dan 2022 dari 32 bilion euro (kira-kira $34.8 bilion) kepada 57.7 bilion euro (kira-kira $62.9 bilion).

Mengatasi cabaran global melalui dialog dan kerjasama

Xi menyatakan harapan agar Sepanyol dapat memainkan peranan yang positif dalam menggalakkan dialog serta kerjasama China-EU dan kedua-dua pihak dapat melaksanakan dialog dan kerjasama yang komprehensif dengan semangat kemerdekaan, saling hormat-menghormati dan saling memberi manfaat.

Sepanyol sedang bersiap sedia untuk mengambil alih jawatan presiden bergilir EU pada Julai ini dan akan bertanggungjawab menyelesaikan tugas majlis dan bekerjasama dengan negara-negara anggota yang lain bagi membangunkan pendirian bersama berhubung isu-isu diplomatik.

"Perkembangan hubungan yang baik antara China dan Kesatuan Eropah menghendaki EU untuk mematuhi kemerdekaan yang strategik," kata Xi di mesyuarat pada hari Jumaat. Beliau berkata China dan EU berkongsi banyak persamaan: kedua-duanya menjunjung perintah antarabangsa dan menyokong penyelesaian yang damai terhadap pertikaian antarabangsa, agar kedua-dua pihak dapat bekerjasama untuk mengatasi cabaran global.

Sanchez bersetuju bahawa dunia pada hari ini penuh dengan ketidaktentuan dan hanya melalui kerjasamalah dunia dapat mengatasi pelbagai cabaran dengan lebih berkesan serta menggalakkan keamanan dan pembangunan dunia.

Kedua-dua pihak turut menyentuh tentang krisis Ukraine. China memberikan galakan berterusan terhadap rundingan damai dan penyelesaian politik berhubung krisis Ukraine, berharap agar pihak-pihak yang berkaitan meninggalkan mentaliti Perang Dingin dan konfrontasi kem serta meninggalkan sekatan yang melampau.

"Diharapkan agar pihak-pihak yang berkaitan dapat membina kerangka sekuriti Eropah yang seimbang, efektif dan mampan melalui dialog dan perundingan," kata Xi.

Sanchez memperkenalkan pendirian Sepanyol tentang isu berkenaan dan berbicara secara positif tentang kertas kedudukan Ukraine 12-mata China yang diterbitkan pada Februari. Beliau berkata bahawa beliau menghargai peranan membina China berhubung penyelesaian politik krisis Ukraine.

Skop yang luas untuk kolaborasi ekonomi

China komited untuk mencapai pemodenan dan penggiatan semula negara China melalui pembangunan berkualiti tinggi yang akan memberi ruang pasaran yang lebih luas dan lebih banyak peluang kerjasama kepada Sepanyol dan negara-negara lain.

Xi menegaskan kepentingan kerjasama yang saling menguntungkan, mengatakan bahawa kedua-dua negara harus merancang hubungan dua hala dari perspektif yang strategik dan jangka panjang serta menyokong satu sama lain dalam isu-isu kritikal berkaitan kepentingan teras mereka seperti kedaulatan, keselamatan dan pembangunan.

Bagi mensinergikan strategi pembangunan kedua-dua pihak, China dan Sepanyol perlu memanfaatkan potensi kerjasama, kata Xi. Beliau menambah bahawa China bersedia mengimport lebih banyak produk yang berkualiti tinggi dari Sepanyol dan diharapkan agar Sepanyol dapat menyediakan persekitaran perniagaan yang adil dan saksama untuk syarikat-syarikat Cina.

Sepanyol bersedia untuk mengekalkan komunikasi yang jujur bersama China dan mempererat kerjasama yang saling menguntungkan, terutamanya dalam bidang kenderaan elektrik, tenaga hijau dan ekonomi digital, kata Sanchez. Beliau juga berharap agar China dan Sepanyol dapat memperkukuh komunikasi dan penyelarasan berhubung isu-isu antarabangsa dan serantau seperti perubahan iklim.

Memandangkan Sepanyol akan mengambil alih jawatan presiden bergilir EU tidak lama lagi, Sanchez berkata Sepanyol akan memainkan peranan positif dalam menggalakkan dialog serta kerjasama antara China dan EU.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, perdagangan dua hala antara China dan Sepanyol telahpun mengekalkan pertumbuhan yang mantap yang menunjukkan kebingkasan dan kevitalan yang kukuh. Kini, China merupakan rakan dagangan terbesar Sepanyol di luar EU, manakala Sepanyol merupakan rakan dagangan keenam terbesar China di dalam EU.

Data rasmi menunjukkan bahawa setakat Februari 2022, jumlah pelaburan Sepanyol di China melangkaui 3.8 bilion euro dengan lebih daripada 790 syarikat ditubuhkan di China, manakala syarikat-syarikat Cina melabur sebanyak 16 bilion euro di Sepanyol dari tahun 2016 hingga 2020.

https://news.cgtn.com/news/2023-03-31/Chinese-President-Xi-Jinping-meets-Spanish-Prime-Minister-Pedro-Sanchez-1iCPo5yhr4A/index.html

 

Source: CGTN
Keywords: Computer/Electronics Multimedia/Online/Internet Publishing/Information Service Advocacy Group Opinion