omniture

WIZ.AI lancar TalkGPT, penyelesaian penglibatan pelanggan berkuasa ChatGPT pertama ASEAN untuk perniagaan

WIZ.AI
2023-04-04 10:00 163

SINGAPURA, 4 April 2023 /PRNewswire/ -- WIZ.AI, peneraju global bagi penyelesaian penglibatan pelanggan berkuasa AI, melancarkan TalkGPT, penyelesaian omnisaluran didayakan AI generatif pertama ASEAN untuk penglibatan pelanggan. Direka bentuk untuk merevolusikan jangkauan pelanggan merentas industri-industri, TalkGPT memanfaatkan model bahasa besar ChatGPT dan kepakaran setempat WIZ.AI, menyediakan pengalaman perbualan omnisaluran yang lancar.

WIZ.AI lancarkan TalkGPT, penyelesaian omnisaluran didayakan AI generatif pertama ASEAN untuk penglibatan pelanggan
WIZ.AI lancarkan TalkGPT, penyelesaian omnisaluran didayakan AI generatif pertama ASEAN untuk penglibatan pelanggan

TalkGPT ialah penyelesaian layan diri yang membolehkan pengguna mencipta, menguji dan menggunakan WIZ.AI Talkbot berkuasa ChatGPT dalam 5 minit. Kempen boleh dilaksanakan hanya dengan beberapa klik. TalkGPT menghasilkan perbualan panggilan dinamik dan mesej WhatsApp secara automatik. Komunikasi kempen yang direka bentuk kemudiannya dihantar oleh WIZ.AI Talkbot, penyelesaian utama syarikat ini yang memahami dan bertindak balas kepada respons pelanggan sama seperti ejen manusia. Penglibatan pelanggan yang dioptimumkan ini, berdasarkan amalan terbukti yang dimaklumkan oleh model bahasa ChatGPT, menghantar mesej persuasif dan bersesuaian dengan emosi. Hasilnya ialah pengalaman perbualan yang lebih menarik untuk pengguna akhir dan pelanggan.

Memandangkan ia dibina berasaskan kepada platform WIZ.AI, TalkGPT boleh berinteraksi dengan lebih 1 juta pelanggan hanya dalam 1 jam. Ini menjadikan TalkGPT sebagai penyelesaian pilihan yang berdaya maju untuk usaha pertumbuhan pelanggan berskala besar. Dengan TalkGPT, syarikat-syarikat daripada sebarang saiz boleh berinteraksi dengan pantas bersama pelanggan melalui pelbagai saluran, membawa kepada interaksi pelanggan yang tepat pada masanya dan ROI yang lebih baik. Kunci kepada kebolehcapaian TalkGPT untuk semua jenis perniagaan merupakan proses layan diri sepenuhnya untuk memikirkan, mengulangi dan melaksanakan kempen penglibatan pelanggan.

Dengan beberapa klik, TalkGPT membolehkan pengguna untuk mereka dialogf untuk perbualan pelanggan yang boleh dibantu menggunakan penyelesaian Talkbot WIZ.AI yang memahami dan memberi respons kepada respons pelanggan sama seperti ejen manusia
Dengan beberapa klik, TalkGPT membolehkan pengguna untuk mereka dialogf untuk perbualan pelanggan yang boleh dibantu menggunakan penyelesaian Talkbot WIZ.AI yang memahami dan memberi respons kepada respons pelanggan sama seperti ejen manusia

Teknologi baharu, misi sama: merevolusikan penglibatan pelanggan untuk perniagaan

"Teknologi yang digunakan mungkin berkembang dengan pesat seperti yang kita lihat pada hari ini dengan dengan ChatGPT, namun akhirnya kami masih memberi tumpuan kepada misi yang sama: menawarkan kepada perniagaan dengan cara yang inovatif untuk berinteraksi dengan pelanggan melalui AI, penyelesaian yang dapat meningkatkan kecekapan, memacu pertumbuhan dan menyampaikan pengalaman pelanggan yang dipertingkat," kongsi Jennifer Zhang, Ketua Pegawai Eksekutif dan pengasas bersama WIZ.AI. "Kini semua orang boleh menjadi CMO mereka sendiri. TalkGPT membuka kunci idea dan saluran kandungan baharu untuk mendekati pelanggan sasaran mereka."

Di Asia Tenggara, terdapat potensi pasaran yang signifikan untuk penyelesaian seperti TalkGPT, tatkala perniagaan berusaha untuk menerima pakai cara untuk berinteraksi dengan pelanggan yang lebih cekap dan berkesan kos. Dengan penyelesaian penglibatan pelanggan terkini ini yang dimasukkan ke dalam portfolionya, WIZ.AI bersedia untuk meluaskan lagi jangkauan dan impaknya di rantau ini. Ramai pelanggan WIZ.AI telahpun mengalami sehingga 40% peningkatan kadar penglibatan dan kecekapan kos 5.3x lebih tinggi daripada penyelesaian Talkbot utama WIZ.AI. Banyak perniagaan ini telah merancang untuk menggunakan produk WIZ.AI kepada unit perniagaan yang lain dan membangunkan keadaan penggunaan selanjutnya.

Kemungkinan untuk TalkGPT adalah sangat banyak, dengan keadaan penggunaan bermula daripada mempromosikan produk dan perkhidmatan hingga menghantar peringatan tepat pada masanya kepada pelanggan. Sebagai contoh, perniagaan boleh menggunakan TalkGPT untuk mengumumkan kempen promosi, pelancaran produk baharu dan inisiatif pemasaran lain. Penyelesaian ini juga boleh menghantar peringatan diperibadikan dan tepat pada masanya kepada pelanggan, mengurangkan pembayaran dan temu janji yang terlepas. Tambahan pula, TalkGPT boleh digunakan untuk menghantar kod laluan sekali sahaja yang selamat melalui panggilan telefon atau mesej, berdasarkan keutamaan pelanggan.

Latar Belakang WIZ.AI

WIZ.AI, peneraju global bagi penyelesaian penglibatan pelanggan omnisaluran berkuasa AI, merevolusikan komunikasi B2C melalui portfolio produknya yang membawa interaksi hiper-peribadi, seperti manusia kepada perniagaan daripada sebarang saiz. Produk utamanya, Talkbot, cemerlang dalam mendengar, memahami dan berkomunikasi seperti orang tempatan, dengan 95% pengguna tidak dapat membezakannya daripada komunikasi manusia. Platform canggih ini merangkumkan data panggilan tidak berstruktur, mendigitalkan dan menganalisis semua maklumat penglibatan pelanggan. Papan pemukanya menyediakan pandangan mendalam terhadap perjalanan pelanggan, membantu perniagaan mengoptimumkan penglibatan pelanggan berpandukan data dan meningkatkan pengalaman diperibadikan melalui analitik termaju. Dengan lebih 200 pelanggan merentas 13 negara, WIZ.AI memenuhi keperluan pelbagai industri; syarikat Fortune 500 dan syarikat pemula unikorn menyumbang sebanyak 60% daripada kumpulan pelanggannya.

Penambahan terkini WIZ.AI kepada rangkaian penyelesaiannya ialah TalkGPT, penyelesaian penglibatan pelanggan omnisaluran didayakan AI generatif pertama ASEAN. Ketahui lebih lanjut bagaimana perniagaan dapat memanfaatkan penyelesaian layan diri 100% ini untuk memikirkan, mengulangi dan melaksanakan kempen penglibatan pelanggan dengan pantas hanya beberapa klik sahaja.

 

Source: WIZ.AI
Keywords: Computer/Electronics Internet Technology Multimedia/Online/Internet Telecommunications New products/services