omniture

Eindhoven dan Brabant Diiktiraf di Cannes

Brainport Eindhoven & Province of Brabant
2014-03-13 16:07 210

CANNES, Perancis dan EINDHOVEN, Belanda, 13 Mac 2014 /PRNewswire/ --

Financial Times memuji rantau Belanda kerana iklim pelaburan mereka

Brainport Eindhoven dan daerah Brabant menerima beberapa anugerah hari ini semasa pesta harta tanah antarabangsa MIPIM di Cannes, kerana pemeringkatan tinggi mereka dalam kaji selidik 'fDi Bandar dan Rantau Eropah untuk Masa Hadapan' yang dikendalikan oleh Financial Times. The Times memeringkatkan Eindhoven pada kedudukan ketiga dalam keseluruhan Indeks Pelaburan Langsung Asing Eropah (indeks fDi) dan pada kedudukan pertama pada pemeringkatan untuk Eropah Barat. Menurut pihak berkuasa kewangan British, pusat rantau berteknologi tinggi Brainport ialah tempat yang sempurna untuk dilaburkan pada masa hadapan. Daerah Brabant menerima anugerah kerana kedudukan teratasnya dalam pemeringkatan rantau dengan Strategi fDi terbaik.

Datuk Bandar Rob van Gijzel dengan serta-merta menjemput pihak media dan pelabur yang hadir untuk datang menyaksikan sendiri kuasa inovatif Brainport Eindhoven secara dekat. "Syarikat dan institusi pengetahuan kami membuat penemuan luar biasa yang membantu mencari penyelesaian untuk cabaran hari esok. Semangat rintis Eindhoven boleh membantu mencipta dunia yang mampan, sesuai didiami dan juga mampu menghadapi masa hadapan; agar dapat menjadi Kalis Masa Hadapan." Dengan berbekalkan ini, pelabur berpotensi digalakkan untuk bukan sahaja menerokai kemungkinan untuk menyumbang kepada kejayaan tapak kampus serantau, syarikat permulaan, pemecut dan penyelidikan, tetapi juga untuk melabur dalam pembangunan kawasan bandar serta harta tanah.

Di Cannes, Bert Pauli -- Ahli Majlis Eksekutif Daerah Brabant -- memuji kuasa budaya kerjasama yang diamalkan Brabant. "Struktur ekonomi kita, yang sangat mementingkan kerjasama, menawarkan peluang menarik bagi para pelabur dengan keberanian dan juga wawasan. Dengan kami, mereka dapat mencari rangkaian yang melaluinya usahawan besar boleh kekal inovatif manakala pemilik perniagaan kecil-kecilan diberi peluang untuk bertumbuh."

Menteri Hal Ehwal Ekonomi Belanda, Henk Kamp memberi komen dengan menyatakan beliau sangat berpuas hati dengan gambaran yang diberi oleh The Financial Times: "Dengan Brainport Eindhoven (3), Amsterdam (9), Rotterdam (14) serta Utrecht (18), Belanda diwakili dengan baik sekali dalam tempat 25 teratas. Kolaborasi rapat antara perniagaan, institusi pendidikan dan juga kerajaan dapat menghasilkan pelaburan yang baik -- dan iklim perniagaan yang bagus di Belanda. Keupayaan kita untuk menarik para pelabur ialah faktor penentu bagi pengambilan pekerja pada masa akan datang."

Menurut ahli juri fDi Michal Kaczmarski, editor Eropah fDi Magazine, inisiatif penjagaan selepas pelaburan untuk para pelabur Brabant adalah sangat mengagumkan, serta aktiviti sokongan praktikal seperti bantuan untuk pekerja asing dan syarikat bagi mendapatkan permit dan maklumat yang diperlukan. "Usaha sebegini menawarkan para pelabur proses menapak yang lancar di rantau ini. Inilah aspek yang penting bagi tarikan FDI," kata Kaczmarski.

'Bandar dan Rantau Eropah untuk Masa Hadapan fDi' ialah senarai yang diterbitkan fDi Magazine sekali setiap dua tahun. Ia memeringkatkan bandar dan rantau dengan prospek yang terbaik untuk pelaburan asing, pembangunan ekonomi dan juga perluasan perniagaan. Kaji selidik bebas ini dijalankan oleh fDi Intelligence, pusat pengetahuan terbesar dunia dalam bidang pelaburan asing. Para penyelidik mengumpul data dari 468 bandar dan rantau di Eropah.

Nota kepada para editor:
Pusat Akhbar Bandar Eindhoven 
perscentrum@eindhoven.nl
tel: +31-40-2382193

Sumber: Brainport Eindhoven & Daerah Brabant

Source: Brainport Eindhoven & Province of Brabant
Keywords: Banking/Financial Service Real Estate Awards Trade show news