omniture

Playtech Lancarkan Ciri Strim Lobi Boleh Klik

Playtech
2014-03-13 16:13 221

LONDON, 13 Mac 2014 /PRNewswire/ -- Playtech, pereka antarabangsa, pembangun dan juga pelesen perisian serta perkhidmatan bagi industri perjudian dalam talian, mudah alih, TV dan darat, dengan bangganya mengumumkan pelancaran ciri Strim Lobi Boleh Klik Secara Langsung.

531552

Sebagai perintis dalam industri perjudian secara langsung, ciri Strim Lobi Boleh Klik Secara Langsung ini membolehkan para pemain untuk menyertai perjudian secara langsung daripada strim lobi masa sebenar dengan hanya satu klik. Ketika meninjau ruangan lobi, para pemain dengan serta-merta boleh melihat pengedar serta lokasi setiap meja perjudian, lalu menjadikannya mudah untuk para pemain memilih perjudian kegemaran mereka. Ketelusan sebegitu turut membuktikan kredibiliti pada pihak pemain yang mewujudkan kepercayaan dan kesetiaan.

Ciri ini juga boleh didapati menerusi ruangan peribadi Playtech serta aplikasi tempatan mudah alih. Ruangan peribadi Secara Langsung merupakan strim secara langsung tersendiri yang menunjukkan ruangan khusus pengendali dengan meja perjudian jenama mereka sendiri, lalu mewujudkan suasana untuk memperkukuh dan turut membezakan jenama mereka serta menyediakan pengalaman perjudian yang diperhebat.

Aviv Nankin, Ketua Bahagian Perjudian Secara Langsung Playtech mengulas, "Playtech sangat teruja untuk menampilkan ciri Strim Lobi Boleh Klik Secara Langsung kepada pasaran. Dalam persekitaran masa kini yang pantas, ringkasan proses bagi para pemain untuk memilih perjudian secara langsung kegemaran mereka ialah satu kemestian. Ketulenan ciri ini mewujudkan ketelusan bagi para pemain, lalu membentuk kepercayaan dan kesetiaan. Saya percaya ciri ini mampu memberikan kelebihan persaingan yang mantap kepada para pengendali kami dan seterusnya membawakan pengalaman pemain kepada peringkat seterusnya."

Latar Belakang Playtech

Playtech (http://www.playtech.com) membangunkan kandungan dan platform perisian bersepadu untuk industri perjudian dalam talian dan darat, bagi tujuan untuk bersama-sama menyediakan pelbagai perkhidmatan sokongan seperti pemasaran, pengehosan dan juga perkhidmatan CRM.

Keupayaan Kumpulan ini mampu menghasilkan perisian bersepadu atau penyelesaian siap guna, yang membolehkan para pemain mengakses terminal perjudian secara dalam talian, siaran, mudah alih atau berasaskan pelayan melalui satu akaun sahaja.

Para pemegang lesen baharu termasuklah para pengendali dalam talian sedia ada yang menaik taraf atau memperluas tawaran mereka, kumpulan kasino, entiti yang ditaja kerajaan seperti loteri dan pemain baharu yang membuat kemunculan pertama dalam industri perjudian dalam talian, terutamanya bagi pasaran yang baru dikawal selia.

Setelah ditubuhkan pada tahun 1999, Playtech disenaraikan dalam Bursa Saham London dan mempunyai lebih 3,000 kakitangan di dua belas negara. Aplikasi perjudiannya yang menerajui termasuklah kasino, poker, bingo, pertaruhan sukan, perjudian mudah alih dan sosial, perjudian kasual serta ganjil tetap.

Hubungi:
Playtech Ltd
Mor Weizer, Ketua Pegawai Eksekutif
Ron Hoffman, Ketua Pegawai Kewangan
d/a Pelham Bell Pottinger
+44(0)20-7861-3232

Adam Kay, Ketua Perhubungan Pelabur
+44(0)1624-645954

Pelham Bell Pottinger
David Rydell / Olly Scott / Guy Scarborough
+44(0)20-7861-3232

Sumber: Playtech

Logo - http://photos.prnewswire.com/prnh/20120515/531552

Source: Playtech
Related Links:
Keywords: Electronics Gaming Computer/Electronics Entertainment Gambling/Casinos Multimedia/Online/Internet New products/services