omniture

"Lawatan Ziarah" - Air China Rancang untuk Merasmikan Perkhidmatan Beijing-Yangon, Chengdu-Kunming-Yangon

Air China
2014-03-14 11:28 204

BEIJING, 14 Mac 2014 /PRNewswire/ -- Air China merancang untuk merasmikan perkhidmatan Beijing-Yangon dan Chengdu-Kunming-Yangon pada 30 Mac ini. Perjalanan ke Yangon yang terkenal sebagai bandar ziarah, "Bandar Damai" serta mempunyai keajaiban ketimuran tersendiri ini lebih mudah dilakukan menerusi perkhidmatan yang disediakan ini.

Logo - http://photos.prnewswire.com/prnh/20080625/CNW017LOGO

Pada penghujung tahun 2013, Air China memperkenalkan perkhidmatan tanpa henti dari Beijing ke Chiang Mai serta Siem Reap, manakala pada tahun 2014 pula, syarikat penerbangan ini meneruskan "Lawatan Ziarah" yang disediakan. Bagi para pelancong yang merancang untuk melawat tempat yang agak terpencil, Yangon merupakan pilihan yang paling tepat. Lokasi ini sangat tenang, puitis dan turut mempunyai rahsia tersendiri serta damai dengan barisan pagoda yang memenuhi bandar ini. Aktiviti berjalan-jalan di sekitar Yangon membawa anda mengimbau sejarah bandar ini. Setiap keunikan yang dimilikinya menjadikan Yangon antara lokasi yang perlu dilawati oleh para pengunjung.

Memandangkan keadaan di Myanmar telah mulai stabil, para pengunjung yang hadir untuk melancong atau bagi tujuan perniagaan didapati semakin meningkat. Statistik menunjukkan dalam tempoh tiga tahun, bermula pada tahun 2010 hingga 2012, para pengunjung penerbangan yang datang dari China ke Yangon mula meningkat pada kadar 30.1%, manakala pada bulan Januari hingga Julai 2013, para pengunjung turut meningkat dengan kadar 23.1% tahun demi tahun. Pengenalan kepada dua perkhidmatan ini iaitu Beijing-Yangon dan Chengdu-Kunming-Yangon bukan sahaja mampu memenuhi kehendak pelancong dan pengunjung perniagaan dari China, malahan turut menawarkan pilihan transit tambahan melalui Beijing untuk para pelancong Asia Tenggara yang mahu melakukan perjalanan ke Jepun, Korea Selatan, Eropah dan juga Amerika. Tambahan pula, ia turut menambah baik rangkaian laluan global Air China menerusi habnya di Beijing serta memantapkan peranan Chengdu sebagai hab serantau Air China dan ini memudahkan perjalanan dilakukan antara barat daya China serta pelbagai negara di seluruh dunia.

Perkhidmatan CA715/6 Beijing-Yangon Air China empat kali seminggu akan beroperasi pada hari Isnin/Rabu/Jumaat/Ahad menerusi B737-800. Penerbangan keluar akan berlepas dari Beijing pada pukul 7:30 petang dan dijangka tiba di Yangon pada pukul 10:50 malam waktu tempatan. Penerbangan balik akan berlepas dari Yangon pada pukul 11:50 malam waktu tempatan dan tiba di Beijing pada pukul 05:50 pagi waktu Beijing.

Perkhidmatan harian CA905/6 Chengdu-Kunming-Yangon Air China pula beroperasi pada hari Isnin hingga Ahad menerusi A320. Penerbangan keluar akan berlepas dari Chengdu pada pukul 08:25 pagi waktu Beijing dan dijangka tiba di Kunming pada pukul 09:40 pagi, berlepas dari Kunming pada pukul 10:45 pagi dan tiba di Yangon pada pukul 11:15 pagi waktu tempatan. Penerbangan balik akan berlepas dari Yangon pada pukul 12:15 tengah hari waktu tempatan, dijangka tiba di Kunming pada pukul 04:00 petang waktu tempatan, berlepas dari Kunming pada pukul 05:05 petang dan dijangka tiba di Chengdu pada pukul 06:15 petang.

Source: Air China
Keywords: Airlines/Aviation Leisure/Travel/Hotels Passenger Aviation Transportation Travel New products/services