omniture

Intermarine, LLC Secara Rasmi Buka Pusat Operasi di Industrial Terminal, Houston Ship Channel

Intermarine, LLC
2014-03-14 17:42 138

HOUSTON, 14 Mac 2014 /PRNewswire/ -- Pada hari Isnin, Intermarine, LLC ("Intermarine") dengan rasminya membuka Pusat Operasi canggihnya di Industrial Terminal, terminal am yang menerajui di Houston Ship Channel. Bangunan penting ini merupakan satu-satunya bangunan pejabat Ship Channel seumpamanya dan turut menempatkan keseluruhan pasukan teknikal, operasi, trafik dan juga terminal Intermarine.

Foto - http://photos.prnewswire.com/prnh/20140313/DA83177-a

Foto - http://photos.prnewswire.com/prnh/20140313/DA83177-b

Pusat Operasi ini terletak di 14035 Industrial Road di Houston, Texas dan turut merupakan bangunan lima tingkat dengan keluasan 13,311 kaki persegi, hanya 200 kaki jauhnya daripada Houston Ship Channel. Tingkat empat bangunan ini menempatkan pusat pelanggan yang dilengkapi dengan tingkap yang lebar serta peralatan audio visual premium, dan dari situ para pelanggan boleh meninjau kesemua dok utama kami. "Tujuannya adalah supaya para pelanggan kami boleh memantau pemuatan atau pemunggahan kargo mereka dari ruangan yang selesa. Kami turut menggalakkan para pelanggan untuk meninjau kapal tersebut. Namun, dalam keadaan cuaca dan masa tertentu, mereka boleh melihat keadaan secara dekat menerusi bangunan kami. Apabila keadaan cuaca adalah sesuai, orang ramai juga boleh berkunjung ke dek tinjauan di tingkat kelima. Ia memberi kemudahan pandangan yang jelas serta menyeluruh dari Beltway hinggalah ke pusat bandar Houston," jelas Mark Johnson, Naib Presiden, Bahagian Jualan dan Pemasaran Global.

"Pusat Operasi baharu ini membolehkan kami untuk meneruskan perancangan kami untuk terus berkembang maju. Namun, apa yang lebih penting ialah menempatkan pasukan operasi, teknikal, kapten pelabuhan dan juga trafik di satu lokasi berpusat. Penempatan pasukan tersebut secara lebih dekat dengan kargo pelanggan kami akan menjadikan segala proses kami dijalankan dengan lebih cekap. Kami boleh bertindak dengan lebih pantas, jika perlu, dan mampu melakukan kemas kini masa sebenar berkaitan sebarang aktiviti di Industrial Terminal. Pusat ini juga mengukuhkan lagi komitmen kami untuk menyediakan sumber terbaik kepada pasukan kami bagi memenuhi segala keperluan pelanggan kami," Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif, Al Stanley berkata lagi.

"Pusat Operasi ini juga terbuka kepada semua kumpulan industri dan perniagaan Houston untuk acara khas. Kami telah pun menjadualkan beberapa acara industri dan perniagaan serta mengalu-alukan kedatangan semua untuk melihat sendiri ruangan tersendiri di East Houston ini," kata Melinda Liles, Pengarah Pemasaran dan juga Komunikasi Korporat.

Latar Belakang Industrial Terminal:
Dibangunkan oleh Intermarine, Industrial Terminal merupakan pelabuhan kargo projek terbesar di Amerika Syarikat. Berpusat di kawasan seluas 95 ekar bersebelahan dengan Houston Ship Channel, Industrial Terminal ditubuhkan untuk menyediakan kemudahan yang maksimum bagi mengendalikan projek serta kargo am menerusi pelbagai laluan perdagangan. Perkhidmatan utama Industrial Terminal termasuk: tiga dermaga air dalam, terminal tongkang 457 meter dengan sokongan rel, kapasiti susun atur kargo dengan gudang yang dilindungi, perkhidmatan penghantaran ITEX, perkhidmatan pembungkusan eksport IPACK, kemasukan terus kapal ke rel dan juga penerimaan pada hari Sabtu.

Latar Belakang Intermarine LLC:
Intermarine merupakan peneraju global daripada segi pengangkutan kargo am dan projek. Setelah ditubuhkan pada tahun 1990, syarikat ini, menerusi syarikat subsidiarinya serta rangkaian 18 pejabat di seluruh dunia, mengawal armada antarabangsa bagi lebih 45 kapal dengan kapasiti mengangkat sehingga 800 tan metrik. Intermarine turut menyediakan perkhidmatan pengangkutan lautan dan logistik marin berserta pelayaran biasa di Amerika, Afrika Barat, Eropah, Asia serta Timur Tengah dan juga pelayaran dorongan ke Australia dan beberapa pelabuhan antarabangsa lain. Syarikat ini mengendalikan armada berat A.S. yang terbesar serta mengawal Industrial Terminal, terminal kargo projek terbesar di Amerika Syarikat. Bagi mendapatkan maklumat lanjut, sila layari www.intermarineusa.com.

Maklumat Perhubungan

Bagi mendapatkan maklumat lanjut dan permintaan untuk menemu ramah, sila hubungi:

Melinda Liles
Pengarah Pemasaran dan Komunikasi Korporat
Intermarine, LLC
Talian: +1.281.885.3684
E-mel: Melinda.Liles@intermarineusa.com

Source: Intermarine, LLC
Keywords: Maritime/Shipbuilding Transportation Corporate Expansion