omniture

Eurail Lancarkan Tawaran Mediterranean

Eurail Group G.I.E.
2014-03-14 17:46 113

UTRECHT, Belanda, 14 Mac 2014 /PRNewswire/ --

Promosi Istimewa bagi Pas Eurail Pilihan bermula pada 15 Mac hingga 30 April 2014

Para pelancong yang menggunakan Pas Eurail kini boleh memanfaatkan promosi "Tawaran Mediterranean" yang ditawarkan dengan satu hari perjalanan percuma menerusi Pas Satu Negara Itali dan juga satu hari perjalanan percuma menerusi Pas Serantau Perancis-Itali, Perancis-Sepanyol serta Itali-Sepanyol. Tawaran ini sah bagi sebarang variasi produk ini yang dibeli dari 15 Mac hingga 30 April 2014.

Memandangkan Perancis, Itali dan juga Sepanyol terkenal sebagai antara destinasi pelancongan Eropah yang paling popular, Eurail mahu menarik minat para pelanggan bukan Eropah lagi dengan menyediakan tawaran istimewa menerusi "Tawaran Mediterranean" ini. Syarikat kereta api Perancis, Itali serta Sepanyol turut menawarkan perkhidmatan rangkaian kereta api yang luas serta moden untuk memastikan perjalanan yang selesa, tenang dan juga teratur. Di samping itu, Pas Eurail ini turut menyediakan kemudahan memilih pelbagai perjalanan mengikut hari dan tarikh dalam tempoh dua bulan kepada para pelancong.

Baru-baru ini, pada 6 Mac 2014, Eurail telah mengumumkan Perancis akan kembali menyediakan Pas Pilihan Eurail bermula pada 1 April 2014 selepas satu tahun menangguhkan perkhidmatannya. Pas Pilihan Eurail akan dilancarkan semula sebagai Pas Empat Negara sahaja. Pas Pilihan Tiga, Empat dan juga Lima Negara menerusi format terkini masih boleh didapati sehingga 31 Mac 2014, tidak termasuk perjalanan ke Perancis. Bermula pada 1 April, hanya Pas Pilihan Empat Negara yang akan ditawarkan, menjadikan Perancis sebagai antara 26 negara yang ditawarkan perjalanannya oleh Eurail.

Eurail turut menawarkan empat pilihan Pas Eurail sebagai sebahagian daripada portfolio produknya kepada para pelancong yang menetap di luar Eropah: Pas Global Eurail, sah di 24 negara ahli, Pas Pilihan Eurail, Pas Serantau Eurail serta Pas Satu Negara Eurail. Para pelancong juga masih boleh memanfaatkan tawaran "Promosi Awal" yang diumumkan sebelum ini, yang menawarkan perjalanan percuma kepada para penduduk bukan Eropah menerusi Pas Global Eurail yang boleh didapati pada 31 Mac 2014.

Pas Eurail boleh didapati daripada rangkaian Ejen Jualan Am Dibenarkan di seluruh dunia: http://www.eurailgroup.org/eurail-vendors.

Eurail Group G.I.E., organisasi yang ditubuhkan bagi tujuan pemasaran dan juga pengurusan Pas Eurail, dimiliki sepenuhnya oleh lebih tiga puluh syarikat kereta api dan perkapalan. Di samping itu, Eurail Group turut disokong oleh beberapa rakan kongsi, termasuk hotel, syarikat pengangkutan serta muzium, yang turut menawarkan perkhidmatan secara percuma atau dengan kadar harga yang dikurangkan kepada para pemilik pas ini.

Bagi maklumat lanjut:
Laman web korporat dan bilik berita Eurail Group: http://www.eurailgroup.org
E-mel: pressinfo@eurailgroup.org
Tel: +31-(0)30-7516500

Sumber: Eurail Group G.I.E.

Source: Eurail Group G.I.E.
Keywords: Railroads and Intermodal Transportation Transportation Travel New products/services