omniture

FxPro Diiktiraf sebagai Penyedia Perkhidmatan FX Terbaik di Anugerah Pengurusan Harta London

FxPro
2014-03-14 18:20 95

LONDON, 14 Mac 2014 /PRNewswire/ --

FxPro Group Ltd (FxPro) telah berjaya merangkul Anugerah Pengurusan Harta London bagi Penyedia Perkhidmatan FX Terbaik dalam majlis yang diadakan di Guildhall, London pada 12 Mac 2014. Anugerah tersebut disampaikan bersempena kejayaan demi kejayaan yang berjaya diraih pada tahun 2013 apabila FXPro telah berjaya menerima pelbagai anugerah berprestij atas usahanya menjadi broker Agensi Model FX sepenuhnya menerusi platform Metatrader 4 dan juga cTrader. Bermula dari saat itu, ia telah menghasilkan alatan dagangan forex yang mengagumkan termasuk FxPro Quant, FxPro Library serta FxPro SuperTrader. Ia turut diiringi dengan kejayaannya sebagai penyedia forex dalam talian yang menerajui bagi tahun 2014.

"Ini merupakan pencapaian hebat apabila dicalonkan sebagai Penyedia Perkhidmatan FX Terbaik dan turut meraih anugerah ini di COLWMA. Pengiktirafan ini merupakan langkah penting bagi memacu FX sebagai aset yang diiktiraf sepenuhnya. Kemudahan yang kami sediakan adalah bertujuan untuk menyediakan perkhidmatan yang lebih mudah diakses bagi tujuan pelaburan," kata Charalambos Psimolophitis, Ketua Pegawai Eksekutif FxPro.

Anugerah Pengurusan Harta London bersifat tersendiri kerana para penerima dipilih berdasarkan undian daripada orang awam secara dalam talian di wealthmanagementguideuk.com. Bilangan undian yang mencatat rekod telah dibuat pada tahun ini. 

"Tahniah diucapkan kepada FxPro atas Anugerah Penyedia Perkhidmatan FX Terbaik ini. Kemudahan dagangan inovatif, terutamanya platform pelaburan FxPro SuperTrader telah berjaya mendapatkan undian paling banyak. Ini merupakan pencapaian yang amat dibanggakan kerana berjaya mendahului nama besar lain dalam industri pengurusan harta ini," kata Stephen Pinner, Pengarah Urusan Goodacre UK.

Nota kepada Pihak Media

Latar Belakang FxPro

FxPro merupakan Agensi Model FX sepenuhnya yang memenangi anugerah dan turut mempunyai kepentingan yang benar-benar selari dengan para pelanggannya. FxPro menyediakan perkhidmatan untuk para pelanggan di seluruh dunia dengan alatan dagangan canggih serta bermatlamat untuk menjadi penyedia yang menerajui daripada segi penyelesaian FX bagi perdagangan algoritma.

FxPro UK Limited telah disahkan dan dikawal selia oleh Lembaga Tertib Kewangan (sebelum ini dikenali sebagai Lembaga Perkhidmatan Kewangan) (no. pendaftaran 509956). FxPro Financial Services Limited pula telah disahkan dan dikawal selia oleh Suruhanjaya Bursa dan Keselamatan Cyprus (no. lesen 078/07).

FxPro SuperTrader hanya boleh didapati untuk para pelanggan FxPro Financial Services Limited.

http://www.fxpro.co.uk

Amaran Risiko

Perdagangan CFD melibatkan risiko kerugian yang tinggi.

Maklumat Perhubungan Media

Bahagian Perhubungan Media

FxPro
+44(0)20-7776-9720
E-mel: pr@fxpro.com

Sumber: FxPro

Source: FxPro
Related Links:
Keywords: Banking/Financial Service Awards