omniture

AVEVA Mengeluarkan Applikasi Mudah Alih Pertamanya untuk Penilaian Rekaan Loji

AVEVA
2014-03-14 20:48 217

CAMBRIDGE, England, 14 Mac 2014 /PRNewswire/ --

AVEVA E3D Insight kini boleh didapati untuk penggunaan komersil

AVEVA hari ini mengumumkan yang AVEVA E3D Insight kini boleh didapati secara komersil untuk para pembuat keputusan projek dalam industri kuasa, loji pemprosesan dan juga perlombongan. Applikasi Windows 8.1 ini membolehkan para pengguna mudah alih memberi komen dan turut meluluskan rekaan AVEVA Everything3D (AVEVA E3D) melalui peranti tablet. Dibangunkan dengan kolaborasi bersama Microsoft, AVEVA E3D Insight menunjukkan AVEVA berkomitmen untuk menjangka dan memenuhi keperluan pelanggan yang berubah-ubah dengan menawarkan kemampuan untuk memeriksa, memberi komen serta meluluskan rekaan pada bila-bila masa, dari mana-mana sahaja di dunia.

(Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20120619/538079)
(Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20140314/674458)

AVEVA E3D Insight melancarkan penilaian rekaan dan juga proses kelulusan bagi menyokong amalan perniagaan cermat. Ia memaksimumkan kecekapan projek dengan menyediakan akses terus dan selamat bagi para pengguna berdaftar kepada model rekaan AVEVA E3D yang sedang aktif, tanpa mengira di mana lokasi mereka sedang berada, 24 jam sehari.

"Selama ini, kita telah melihat bagaimana banyak syarikat-syarikat telah berhempas-pulas untuk cuba bekerjasama dengan berkesan merentasi rantaian bekalan mereka," kata Bruce Douglas, Naib Presiden Kanan Strategi dan Pemasaran Produk, AVEVA. "AVEVA E3D Insight telah mengatasi cabaran ini dengan menyediakan platform mudah alih yang inovatif dan intuitif pada tablet dan komputer riba dengan fungsi skrin sentuh yang berhubung terus dengan model rekaan serta komuniti perekanya. Jangkauan dan juga kecekapan kolaborasi yang ditambah baik ini, yang dibawakan oleh AVEVA E3D Insight ialah komponen yang penting untuk revolusi rekaan AVEVA, inisiatif untuk pembinaan cermat. Maklum balas awal daripada penilaian pelanggan, termasuk WorleyParsons dan Technip, serta pertemuan dengan pengguna telah menunjukkan kesejajaran yang mantap dengan keperluan industri."

Walaupun sebelum ia dikeluarkan ke dalam pasaran komersil secara sepenuhnya, AVEVA E3D Insight sudah pun merangkul anugerah teknologi UK yang paling diidamkan, iaitu Inovasi Teknologi Terbaik Tahunan, walaupun dengan persaingan sengit daripada banyak syarikat teknologi UK yang menerajui.

AVEVA E3D Insight membolehkan para pengguna yang sering bergerak dari satu tempat ke satu tempat lain untuk:

  • Membayangkan – Pengguna boleh melihat model AVEVA E3D dan maklumat berkaitannya dengan pantas dan jelas.
  • Memeriksa – Pengguna boleh memeriksa, memanipulasi dan mengukur model untuk memeriksa isu-isu yang boleh menimbulkan konflik seperti percanggahan objek, jangkauan akses dan jika ianya tidak mematuhi standard rekaan.
  • Memberi komen – Pengguna boleh berhubung secara terus dengan pasukan rekaan projek dan turut meninggalkan rekod maklum balas kekal dalam pangkalan data AVEVA E3D itu sendiri. Keputusan penting direkodkan tanpa pengguna terpaksa mengumpul semak komen yang berbilang.
  • Meluluskan – Pengguna berdaftar boleh menetapkan status model mengikut tahap kelulusan yang telah dikonfigurasi terlebih dahulu.

Bagi maklumat lanjut dan untuk memuat turun kertas kajian perniagaan yang berkaitan, lawati laman web 'The Future of Plant Design'.

Atau anda juga boleh menghubungi AVEVA di futureofplantdesign@aveva.com atau +44(0)1223-556655 untuk maklumat lanjut.

Bagi aset media, sila lawati Bilik Akhbar AVEVA http://www.aveva.com/press/AVEVA-E3D-Insight

Ikuti AVEVA di twitter @avevagroup
Tonton AVEVA di YouTube http://www.youtube.com/avevagroup
Bagi kisah pelanggan, baca AVEVA World Magazine di http://www.aveva.com/Media-Centre/AWM

Latar belakang AVEVA

AVEVA ialah peneraju daripada segi penyelesaian rekaan kejuruteraan dan pengurusan maklumat untuk industri loji, kuasa dan juga marin. Selama lebih 45 tahun ia telah memberikan penyelesaian perisian yang kritikal dalam perniagaan kepada para pengendali pemilik, kontraktor reka bentuk serta pembina kapal seluruh dunia. Bagi maklumat lanjut, sila lawati http://www.aveva.com/ednotes.

Hak cipta 2014 AVEVA Solutions Limited. Hak cipta terpelihara. AVEVA Solutions Limited dimiliki oleh AVEVA Group plc. AVEVA, logo AVEVA serta nama produk AVEVA ialah tanda dagangan atau tanda dagangan berdaftar AVEVA Group plc atau syarikat subsidiarinya di United Kingdom dan juga negara lain. Jenama dan nama produk lain ialah tanda dagangan syarikat masing-masing.

SUMBER  AVEVA

Source: AVEVA
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Consumer Electronics Mobile Entertainment New products/services