omniture

Schlafender Hase(R) Melangkah Setapak Lagi Dengan Text Verification Tool 7.0

Schlafender Hase GmbH
2014-03-17 16:00 119

FRANKFURT, Jerman, 17 Mac 2014 /PRNewswire/ --

Gaya baharu dan antara muka pengguna grafik yang ringkas merupakan antara ciri utama yang dimiliki versi baharu Text Verification Tool® (TVT) oleh Schlafender Hase® GmbH. Para pelanggan bukan sahaja dapat memanfaatkan bacaan pruf TVT yang berkualiti, malahan juga dapat menikmati Bar Alat Wizard TVT yang menunjukkan perkembangan bacaan pruf yang sedang dilakukan. "Para pengguna dapat mengesan tugasan mereka dengan mudah apabila meneliti garis masa yang dipaparkan pada bahagian atas skrin," kata Frank Hessler, Pengarah Urusan Pembangunan Perisian.

Di samping itu, TVT 7.0 kini turut menyertakan ciri pembandingan imej yang membolehkan para pengguna untuk membuat perbandingan grafik antara dokumen. "Aplikasi baharu ini dapat memadankan dan turut membandingkan grafik secara automatik agar para pengguna dapat menyemak sama ada gambar tersebut adalah bersesuaian," jelas Willie Schnaubelt, Pengarah Urusan Bahagian Jualan.

Templat TVT 7.0 juga telah dikemas kini agar selaras dengan piawaian peraturan terkini (SPL, QRD dan juga senarai pengecualian ANSM) serta mampu membandingkan format asal HWP Korea.

Di samping kesemua ciri baharu serta pindaan bagi TVT 7.0 ini, Schlafender Hase® masih mengutamakan ciri yang ringkas untuk para pelanggannya. "Seperti versi terdahulu, terdapat hanya satu laporan berkaitan semua sisihan dan ketidaktekalan bagi hasil akhir. Laporan keseluruhan yang tunggal bagi bacaan pruf ini boleh didapati hanya dengan satu klik," jelas Frank Hessler.

Latar Belakang Text Verification Tool® (TVT) oleh Schlafender Hase® GmbH:

TVT merupakan aplikasi perisian yang mudah untuk dipasang serta digunakan yang mampu membandingkan antara kandungan teks dan grafik secara automatik bagi versi akhir yang disusun atur bersama dokumen manuskrip asal. Ia meringkaskan proses bacaan pruf dan turut memastikan versi cetakan akhir adalah serupa dengan manuskrip asal yang telah diluluskan. Pada masa kini, TVT digunakan oleh 180 syarikat, termasuklah syarikat farmaseutikal yang menerajui dunia. Pasaran yang disasarkan ialah bidang kawal selia lain seperti industri kimia dan juga makanan. Ibu pejabat Schlafender Hase® terletak di Frankfurt, Jerman.

Hubungi:
Willie Schnaubelt, Pengarah Urusan
willie.schnaubelt@sh-p.de
http://www.text-verification.com
Talian: +49-69-2444-8112

Sumber: Schlafender Hase GmbH

Source: Schlafender Hase GmbH
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Mobile Entertainment Publishing/Information Service New products/services