omniture

Karnival Sukan Langit dan Bumi Antarabangsa Gunung Lushan 2014 akan Diadakan pada Akhir Oktober di Gunung Lushan, Wilayah Jiangxi

Lushan Tourism Co., Ltd.
2014-03-17 20:51 112

LUSHAN, China, 17 Mac 2014 /PRNewswire/ -- Pada 8 Mac 2014, majlis menandatangani memorandum persefahaman bagi Karnival Sukan Langit dan Bumi Antarabangsa Gunung Lushan 2014 telah diadakan bagi memuktamadkan perancangan bagi acara yang akan diadakan pada akhir Oktober ini di Gunung Lushan, wilayah Jiangxi, China. Pada acara tersebut, para pemandu dari hampir 30 negara akan turut serta dengan memandu beribu-ribu kenderaan pelbagai model dan rekaan. Para pemandu ini akan mengambil bahagian dalam beberapa siri pertandingan termasuk Cabaran Lumba Kereta Melalui Gunung Lushan, Perlumbaan Kereta Antarabangsa Tasik Poyang dan juga Pesta Muzik Khemah Tasik Poyang.

Foto - http://photos.prnewswire.com/prnh/20140317/CN83515

Jackie Toh, rakan kongsi antarabangsa bagi acara tersebut, menyerahkan bendera rakan kongsi antarabangsa kepada presiden Lushan Co., Ltd., Cui Feng. Cui menyatakan para penganjur acara berkenaan akan menggabungkan unsur budaya tradisional masyarakat Cina bersama industri sukan pemotoran. Dengan memilih Lushan, daerah yang indah dengan ciri-ciri tersendiri, acara tersebut pastinya menyerlah berbanding acara sedemikian yang pernah diadakan sebelum ini. Tambahan pula, acara berkenaan akan menampilkan Lushan sebagai pusat sukan automotif di persada antarabangsa bagi sukan pemotoran dalam tempoh yang singkat dan turut mengetengahkan wilayah Jiangxi serta Gunung Lushan.

Dengan penyertaan para pelumba terkenal dunia yang memandu kereta lumba masing-masing bagi menyahut cabaran Gunung Lushan yang megah dan indah serta melakukan perlumbaan di Tasik Poyang, musim luruh pada bulan Oktober tahun ini akan diserikan dengan acara yang amat dinanti-nantikan oleh pelbagai pihak.

Maklumat Perhubungan Media:

Yan Jingwei
+86-150-7928-8180
502748342@QQ.com

Source: Lushan Tourism Co., Ltd.
Keywords: Amusement Parks and Tourist Attractions Auto Entertainment Leisure/Travel/Hotels Sporting Events Sports Travel