omniture

CHIC 2014: Menuju Era 'OMNI Channel'

CHIC
2014-03-18 10:00 103

- Pameran Fesyen Terbesar, Paling Berpengaruh di Rantau Asia Pasifik akan diadakan di Beijing

BEIJING, 18 Mac 2014 /PRNewswire/ -- Bermula pada 26 hingga 29 Mac ini, Pameran Pakaian & Aksesori Antarabangsa China ke-22 (CHIC 2014) akan diadakan di Beijing, China bagi menyepadukan sumber berkaitan untuk pembangunan syarikat.

Foto - http://photos.prnewswire.com/prnh/20140317/CN83491

CHIC 2014 akan menempati kawasan seluas 100,000 meter persegi bagi mempamerkan lebih 1,000 jenama dari 20 negara serta rantau. Terdapat 12 dewan pameran profesional yang akan terlibat: Pakaian Lelaki, Pakaian Wanita, Pakaian Kasual, Pakaian Kanak-kanak, Pakaian Dalam, Pakaian Kulit/Bulu, Kasut, Aksesori Fesyen, Sumber berkaitan Pakaian, Dewan Luar Negara, Koleksi Pereka dan juga Zon Pameran Arah Aliran Fesyen CHIC. Ini merupakan acara tahunan pertama bagi industri fesyen China manakala mod perniagaan yang menerajui pada masa kini pula akan diberi perhatian utama. Di samping itu, pameran ini turut menyediakan lebih 70 seminar, forum, pemadanan terus dan juga pelbagai aktiviti komunikasi perdagangan lain bagi memberikan idea baharu kepada syarikat terlibat untuk membantu pembangunan jenama serta perluasan pasaran.

Sejarah panjang sistem pengeluaran jenama antarabangsa yang matang ini telah menarik perhatian pelbagai pengendali dari China. Di samping itu, beberapa jenama terkenal antarabangsa amat berharap akan beroleh rakan kongsi yang mempunyai matlamat yang serupa melalui platform yang disediakan oleh CHIC untuk bersama-sama meneroka pasaran China. Berdasarkan permintaan ini, dewan luar negara CHIC 2014 menambah baik lagi perkhidmatan pemadanan perdagangan berdasarkan asas "persidangan pemadanan perdagangan" yang diadakan sebelum ini bagi membantu memadankan syarikat yang mempunyai objektif yang serupa.

Lebih 400 jenama luar negara dari 19 negara dan rantau seperti Itali, Perancis, Jerman, UK, AS, Kanada, Korea Selatan, Austria, Turki, Jepun dan sebagainya bukan sahaja akan mempamerkan sumber antarabangsa CHIC, malah turut mencari peluang kerjasama berbilang hala melalui aktiviti yang diadakan semasa acara CHIC, seperti Majlis Makan Malam dan Seminar Pempamer Luar Negara, Seminar Pasaran China, Pameran Pereka Antarabangsa CHIC dan banyak lagi.

"Kami amat berharap dapat menghubungkan keseluruhan rantaian bekalan," kata pihak penganjur, "bermula dengan bahan mentah kepada teknologi, pemesinan, pakaian sedia pakai serta peruncitan yang seterusnya akan membantu para pengeluar untuk memudahkan setiap perhubungan di samping mengoptimumkan rantaian bekalan."

Source: CHIC
Keywords: Entertainment Fashion Retail Textiles Trade show news