omniture

RS Components Menandatangani Perjanjian Global Eksklusif dengan Red Pitaya untuk Mengedarkan Alat Pengukuran dan Ujian Sumber Terbuka Baharu Revolusioner

RS Components
2014-03-18 11:00 163

Persetujuan dengan RS akan membolehkan syarikat permulaan ujian dan pengukuran itu menyediakan peralatan pengukuran sumber terbuka mampu milik kepada pasaran massa; teknologi Red Pitaya tersendiri menyediakan antara muka pengguna ringkas, boleh diakses oleh semua

KUALA LUMPUR, Malaysia, 18 Mac 2014 /PRNewswire/ -- RS Components (RS), jenama dagangan Electrocomponents plc (LSE:ECM), pengedar dengan perkhidmatan tinggi yang menerajui dunia untuk produk elektronik dan penyelenggaraan, telah menandatangani persetujuan eksklusif dengan Red Pitaya, peserta baharu yang penting dalam bidang ujian dan pengukuran, bagi mengedarkan produk pertama syarikat muda itu yang memecah kebiasaan: platform kawalan dan peralatan terbuka papan tunggal, yang boleh menggantikan banyak peralatan makmal yang mahal pada harga kurang USD$500.

(Logo: http://www.prnasia.com/sa/2011/05/04/20110504368830.jpg )

Red Pitaya telah menyaksikan sokongan yang hebat daripada komuniti kejuruteraan yang lebih luas, berikutan kempen pembiayaan Kickstarter, apabila sasarannya telah dicapai melebihi lima kali jumlah sebelumnya. Minat yang awal dalam Red Pitaya ini adalah disebabkan oleh pendekatan ekosistem tersendiri, dengan menggabungkan platform perkakas berasaskan Xilinx dengan repositori aplikasi dalam talian sumber terbuka yang mempunyai penjana bentuk gelombang, osiloskop serta penganalisis spektrum.

Ekosistem Red Pitaya terdiri daripada:

  • Alat bersaiz kad kredit yang boleh dikonfigurasi semula dan melakukan pemprosesan isyarat pada sistem atas cip (SoC) berasaskan Xilinx Zynq™ yang turut disertakan. Ini menggabungkan ciri boleh program perisian teras berganda ARM Cortex™-A9 MPCore dengan ciri boleh program perkakasan FPGA, untuk menyediakan prestasi sistem yang tiada tandingan. Peralatan ini mempunyai dua port I/O analog RF, empat port I/O analog kelebaran jalur lebih rendah, serta 16 port I/O digital kegunaan am. Ia menyokong Ethernet dan termasuklah slot Micro SD;
  • Pasar awan Bazaar, set aplikasi pengukuran dan ujian sumber terbuka yang peralatan di luar kotak awalnya termasuklah osiloskop, penganalisis spektrum, dan juga penjana bentuk gelombang sembarangan, yang boleh diakses dengan kebanyakan pelayar Web daripada tablet atau komputer peribadi;
  • Backyard – repositori yang menyimpan kod sumber terbuka yang sepadan, arahan penggunaan, dan juga peralatan untuk pembangunan lanjut, lalu membolehkan komuniti kejuruteraan berkongsi dan turut melakukan kolaborasi untuk aplikasi baharu.

Red Pitaya menyasarkan untuk merangsang kebebasan dan kreativiti, di samping membuatkan peralatan terbuka dan lebih mudah diakses kepada lebih ramai pengguna termasuklah para penggemar, pengendali radio amatur, pendidikan serta syarikat permulaan, selain daripada pengguna industri dan penyelidikan yang mantap.

Pengeluaran komersil pertama peralatan dan aplikasi Red Pitaya boleh didapati secara eksklusif daripada RS lewat tahun ini. Red Pitaya adalah berdasarkan sistem operasi GNU/Linux dan boleh diprogramkan pada tahap berbeza menggunakan pelbagai antara muka perisian, termasuklah HDL, bahasa pengaturcaraan C/C++, dan juga antara muka web berasaskan HTML.

"Red Pitaya ialah idea yang benar-benar inovatif dan bakal mengubah ruang ujian dan pengukuran," kata Philip Dock, Ketua Pengurusan Pembekal & Produk Global di RS Components. "Ia merupakan blok binaan yang padat dan berkuasa untuk aplikasi ujian dan pengukuran, namun pada harga yang kurang USD$500, ia akan menjadi produk peralatan yang pertama untuk memasuki pasaran yang boleh diakses oleh orang ramai. Peluang untuk terlibat dalam pelancaran produk sulung ini sebagai pengedar tunggal sangat menguja, dan kami tidak boleh menekankan lagi betapa kuatnya impak yang bakal berlaku terhadap kehidupan mereka yang berminat dalam bidang ini, sama ada sebagai alat ganti berkos rendah bagi golongan profesional berpengalaman, atau sebagai alat mengajar bagi jurutera yang mahu mula berjinak-jinak."

"Kerjasama dengan RS Components ini akan membenarkan Red Pitaya menumpukan perhatian terhadap kepakarannya, lalu membangunkan peralatan inovatif dan ekosistem sokongan bagi menggantikan banyak peralatan makmal yang mahal. Kami percaya ini akan membolehkan komuniti pembangun, dengan kreativiti mereka yang tiada sempadan itu, menghasilkan peralatan asli yang lebih baik," kata Borut Baricevic, Pengasas Bersama dan Pengurus Produk Red Pitaya.

Red Pitaya telah ditubuhkan pada bulan Jun 2013 oleh empat jurutera dengan latar belakang dalam bidang robotik dan diagnostik serta peralatan berprestasi tinggi untuk pemecut partikel. Syarikat permulaan itu berjaya mendapatkan pembiayaan yang melebihi USD$255,000 daripada projek Kickstarter tahun lepas, lalu membenarkan sokongan industri yang mantap untuk pendekatan inovatif syarikat itu terhadap pembangunan produk dalam sektor ujian dan pengukuran. Bagi maklumat lanjut, lawati http://www.redpitaya.com.

Latar Belakang RS Components

RS Components dan Allied Electronics ialah jenama dagangan Electrocomponents plc, pengedar dengan perkhidmatan tinggi yang menerajui dunia untuk produk elektronik dan penyelenggaraan. Dengan pengendalian di 32 negara, kami menawarkan kira-kira 500,000 produk melalui Internet, katalog dan juga di kaunter jualan kepada lebih satu juta pelanggan, dengan menghantar kira-kira 44,000 bungkusan setiap hari. Produk kami, disumberkan daripada 2,500 pembekal yang menerajui, termasuklah barangan elektronik, automasi serta kawalan, ujian dan pengukuran, komponen elektrik dan juga mekanikal.

Electrocomponents disenaraikan dalam Bursa Saham London dan pada tahun kewangan lalu yang berakhir pada 31 Mac 2013, mempunyai hasil sebanyak GBP 1.24 bilion.

Bagi maklumat lanjut, sila lawati laman web di www.rs-components.com.

RS Components
Tan Soo Chun
Pengurus Perhubungan Awam - Asia Pasifik
E-mel: soochun.tan@rs-components.com
Telefon: +65-6391-5745

Edelman Public Relations (Singapura)
Yvette Yeo
Pengurus
E-mel: yvette.yeo@edelman.com
Telefon: +65-6347-2355

Maklumat lanjut boleh didapati melalui pautan berikut:
@RSElectronics; @alliedelec; @designsparkRS

RS Components pada Linkedin
http://www.linkedin.com/company/rs-components

RS Components pada Weibo
http://e.weibo.com/u/3206377000?type=0

Pautan Berkaitan:

Electrocomponents plc
http://www.electrocomponents.com

RS Components
http://www.rs-components.com

DesignSpark
http://www.designspark.com

Sumber: RS Components

Source: RS Components
Related Stocks:
LSE:ECM OTC:EENEY
Keywords: Computer/Electronics Electronic Components Semiconductors Licensing/marketing agreements