omniture

John B. Veihmeyer Dilantik sebagai Pengerusi Global KPMG

KPMG International
2014-03-18 12:04 126

NEW YORK, 18 Mac 2014 /PRNewswire/ -- KPMG International (KPMGI) mengumumkan pada hari ini pemilihan John B. Veihmeyer sebagai Pengerusi Global telah disahkan oleh Majlis Global firma berkenaan. Pelantikan Veihmeyer, yang merupakan pilihan sebulat suara oleh Lembaga Global KPMG International pada 27 Februari, berkuat kuasa serta-merta.

"Saya berbangga kerana diberikan peluang untuk memimpin KPMG pada peringkat global," kata Veihmeyer yang telah memulakan kerjaya beliau bersama KPMG di A.S. "Saya akan menumpukan usaha saya untuk terus mengukuhkan reputasi global kami yang berkaitan kualiti dan profesionalisme, serta status kami sebagai salah satu firma terbaik dunia untuk bekerja dan membina kerjaya. Ini merupakan saat keemasan buat KPMG. Rangkaian global kami benar-benar mantap untuk bertindak balas terhadap pasaran yang dinamik serta memainkan peranan kami dalam sistem pasaran modal."

Veihmeyer telah berkhidmat sebagai Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif firma KPMG di A.S. sejak tahun 2010 dan akan terus berkhidmat menerusi peranan beliau sebagai Pengerusi Global. Beliau akan kekal menjalankan tugas di New York. Sebelum ini, beliau telah memangku pelbagai tugas kepimpinan lain di KPMG, termasuklah sebagai salah seorang ahli pasukan eksekutif global KPMG; Pengerusi di rantau Amerika; Timbalan Pengerusi di A.S., rakan pengurusan bagi operasi di KPMG Washington, D.C. serta Ketua Pengurusan Risiko dan Kawal Selia Global.

Veihmeyer merupakan siswazah dari University of Notre Dame dan tinggal bersama isteri beliau di Maryland. Beliau mempunyai tiga anak.

Latar Belakang KPMG

KPMG merupakan rangkaian global bagi firma perkhidmatan profesional yang menyediakan perkhidmatan Audit, Cukai dan juga Nasihat. Kami beroperasi di 155 negara dan turut mempunyai lebih 155,000 kakitangan yang bertugas dalam firma anggota di serata dunia. Firma anggota bebas bagi rangkaian KPMG ini turut bergabung dengan KPMG International Cooperative ("KPMG International"), entiti dari Switzerland. Setiap firma anggota KPMG ini ialah entiti yang tersendiri dan berasingan.

 

 

Source: KPMG International
Keywords: Banking/Financial Service Outsourcing Businesses Personnel announcements