MILAN, 18 Mac 2014 /PRNewswire/ -- Pada tahun ini, Glen Grant bakal mengeluarkan edisi yang luar biasa dan jarang didapati, Glen Grant 50 Year Old – penghargaan yang sesuai dengan inovasi dan seni hasil tangan wiski yang terukir dalam legenda Glen Grant.
Bagi melihat Siaran Berita Multimedia, sila klik: http://www.multivu.com/mnr/65033-campari-glen-grant-50
Pada 28 Oktober 1963, tong kayu yang istimewa telah diisi oleh anak muda yang, pada masa itu, masih belum menyedari emas cecair itu akhirnya bakal membentuk takdir beliau. Ia akan menapai perlahan-lahan selama 50 tahun sehinggalah 25 November 2013, apabila ia mencapai waktu puncaknya – minuman malt yang padat dengan rasa, mantap, dengan keseimbangan sempurna penuh cita rasa tinggi.
Anak muda itu, Dennis Malcolm, menjadi Pakar Penyuling untuk salah satu kilang penyulingan terbaik di Scotland, Glen Grant. Tong yang beliau perhatikan selama lebih separuh abad itu, yang mengandungi mahakarya agung, kini sudah sedia diperkenalkan kepada dunia - sekali lagi membuktikan yang Glen Grant memang pakar dalam menghasilkan malt tunggal - daripada biji barli sehinggalah kepada hasil akhirnya.
Dennis Malcolm memberi komen, "Hanya masa dapat mengukur usaha kami dalam mencapai kesempurnaan. Penapaian tidak boleh digesa-gesa. Seperti manusia, tong minuman keras akan menapai mengikut masanya sendiri. Saya telah melindungi dan menjaga tong ini selama 50 tahun, membenarkan udara melaluinya dan turut menanti dengan sabar untuk keajaiban dan interaksi antara wiski dan juga unsur kayu."
Hanya 150 botol item pengumpul eksklusif yang tak lapuk dek zaman ini akan dikeluarkan pada peringkat global. Setiap botol bersifat tersendiri dan juga dihasilkan dengan tangan dalam semua aspek – dijual dalam botol kaca kristal yang ditiup dengan tangan, dicipta penuh teliti dan diperhalusi secara individu oleh pakar kraf tangan di Glencairn Crystal, syarikat kaca kristal dimiliki keluarga yang terakhir di Scotland. Setiap botol kaca diukir dengan tangan, ditulis nombor dengan tangan dan turut disempurnakan dengan nombor 50 dalam tulisan emas 18 karat. Reka bentuk botol kaca ini ialah replika yang serupa dengan kendi penyulingan Glen Grant yang tinggi dan tirus – ciptaan penginovasi penuh legenda Glen Grant, James 'The Major' Grant.
Ia ditempatkan di dalam kotak kayu oak Scotland yang dilapisi tembaga – diperbuat daripada kayu oak baharu, dihasilkan oleh pembuat kabinet berkemahiran tinggi dengan tangan seni pertukangan kayu berpengalaman serta ketelitian terhadap perincian.
Setiap botol Glen Grant 50 Year Old didatangkan dengan sijil pengesahan ketulenan, yang ditandatangani oleh Dennis Malcolm dan setiap tukang tangan yang terlibat.
Dalam zaman yang asyik diasak untuk kepuasan serta-merta, apa yang terhasil daripada seni buatan tangan yang pakar – dengan kemahiran yang ditajamkan dan turut disampaikan sejak turun-temurun – adalah sesuatu yang sangat jarang didapati.
Glen Grant 50 Year Old ialah pengagungan untuk seni buatan tangan yang pakar: kepelbagaian kemahiran lama yang bersama-sama mencipta mahakarya yang tidak boleh dinilai dalam angka. Ia sudah matang dan tidak akan lapuk dek zaman. Tetapi kini, masanya sudah tiba.
Glen Grant 50 Year Old akan dilancarkan dalam Pasaran Runcit Kembara Asia. Kini ia boleh didapati di Hong Kong dari 21 Mac hari Jumaat dan seterusnya akan didapati di Singapura, Seoul, Shanghai, Beijing serta Taipei. Setakat bulan Jun 2014, ia akan dilancarkan pada peringkat antarabangsa dalam pasaran bebas cukai serta domestik lain.
Harga: Mengikut Permintaan
- TAMAT -
Nota kepada Para Editor
Latar belakang Glen Grant
Glen Grant menjadi sebahagian daripada portfolio Gruppo Campari pada tahun 2006. Rangkaian Glen Grant termasuklah Major's Reserve yang diperhalusi, 10 Year Old, 16 Year Old, 1992 Cellar Reserve, Edisi Terhad Ulang Tahun ke-170, Edisi Lima Dekad dan juga Glen Grant 50 Year Old. Glen Grant telah diasaskan pada tahun 1840 di Speyside, Scotland, oleh adik beradik yang merupakan bekas penyeludup, John dan James Grant. Rasanya yang tersendiri dan menggoda jiwa yang membuatkan Glen Grant dikenali ramai ialah hasil daripada kendi penyulingan tinggi tirus yang inovatif dan juga penyaring khas yang diperkenalkan oleh James 'The Major' Grant, anak kepada saudara pengasas James Grant, lebih satu abad yang lepas dan yang masih digunakan sehingga ke hari ini.
Latar belakang Gruppo Campari
Davide Campari-Milano S.p.A., bersama rakan gabungannya ('Gruppo Campari') ialah pemain besar dalam sektor minuman global, berdagang di lebih 190 negara seluruh dunia dengan kedudukan peneraju di Eropah dan negara benua Amerika. Kumpulan itu diasaskan pada tahun 1860 dan hari ini merupakan pemain keenam terbesar seluruh dunia dalam industri minuman keras premium. Portfolio Kumpulan itu, dengan lebih 50 jenama, merentasi minuman keras, perniagaan terasnya, wain dan juga minuman ringan, Jenama mereka yang dikenali pada peringkat antarabangsa termasuklah Aperol, Appleton, Campari, Cinzano, SKYY Vodka serta Wild Turkey. Beribu pejabat di Sesto San Giovanni, Itali, Campari memiliki 15 loji dan 4 kilang penghasilan wain seluruh dunia dan turut mempunyai rangkaian pengedarannya sendiri di 16 negara. Kumpulan itu menggajikan lebih 4,000 orang. Syer syarikat induknya, Davide Campari-Milano S.p.A. (Reuters CPRI.MI - Bloomberg CPR IM), disenaraikan dalam Bursa Saham Itali sejak tahun 2001. Bagi maklumat lanjut: http://www.camparigroup.com/en
Sila nikmati minuman kami dengan berhemah