omniture

ADAYO Memperluas Bahagian Pasaran Sistem Automedia di Malaysia

ADAYO
2014-03-18 19:56 717

HUIZHOU, China, 18 Mac 2014 /PRNewswire/ -- ADAYO yang berpusat di China terus memperluas bahagian pasarannya di Malaysia menerusi pelancaran produk baharu di rantau ini.

(Foto: http://photos.prnasia.com/prnh/20140317/0861401568 )

ADAYO turut memperkenalkan model baharu bagi navigasi GPS kereta yang terdiri daripada peringkat universal sehinggalah kepada model DOP, yang telah direka khas untuk memenuhi keperluan tertentu para pengguna tempatan, kata pengurus besar jualan luar negara.

"Para pengguna dari Malaysia boleh membeli navigasi GPS daripada wakil pengedar tempatan kami - Eleven A Automart Sdn Bhd," kata pengurus serantau, En. Song yang turut berkata Automart sebagai pengedar tempatan yang cemerlang amat mementingkan kualiti perkhidmatan pemasaran dan kepenggunaan. Menerusi sokongan daripada ADAYO, perkhidmatan dan pengalaman pengguna yang terbaik mampu diberikan kepada para pelanggan.

"Memandangkan kerajaan telah mengurangkan sekatan ke atas pasaran automotif, pertumbuhan yang agresif telah berjaya diwujudkan dalam industri ini," kata En. Song. "Di Malaysia, ADAYO telah mencapai keuntungan yang signifikan daripada segi bahagian pasaran bagi tempoh dua tahun lalu dengan kadar pertumbuhan yang lebih tinggi. Menerusi produk terkini dan juga permintaan yang kian bertambah, kami berhasrat untuk menjadikan nama jenama kami yang terbaik di Malaysia."

Beliau turut menyatakan penghantaran pertama telah pun tiba di Nilai. Model DOP seperti CE4K55 untuk TOYOTA Corolla dan juga CE6AH2 untuk HONDA Accord amat popular dalam pasaran ini manakala model universal yang lain seperti CE4M01 & CE4K02 pula semakin mendapat tempat.

En. Song turut berkata, "Pada tahun 2014, ADAYO berhasrat untuk menawan pasaran Asia Tenggara secara berturut-turut. Vietnam, Indonesia, Negara Thai, Filipina dan sebagainya akan menjadi sasaran seterusnya."

Latar Belakang ADAYO:

ADAYO merupakan jenama bebas Foryou Corporation. Foryou Corporation telah ditubuhkan pada tahun 1993. Dengan lebih 10 syarikat subsidiari, Foryou Corporation merupakan salah satu pengeluar mekanisme & pikap DVD terbesar di dunia. Ia juga merupakan pengeluar kelengkapan autoelektronik terbesar dengan rantaian perindustrian penuh di China. Jenama "ADAYO" telah dinobatkan sebagai "500 Jenama Paling Berpengaruh di Asia", "500 Jenama Paling Bernilai di China" dan juga "100 Syarikat Maklumat Elektronik China yang Terbaik".

Laman Web: http://en.foryougroup.com/

SUMBER: ADAYO

Source: ADAYO
Keywords: Computer/Electronics Electronic Commerce Internet Technology Multimedia/Online/Internet New products/services