omniture

Linguaskill cecah 1 juta titik capai

Cambridge University Press & Assessment
2023-04-18 14:51 161

SINGAPURA, 18 April 2023 /PRNewswire/ -- Sebanyak  sejuta ujian bahasa Inggeris Linguaskill telah diambil di serata dunia sejak Cambridge melancarkan ujian tersebut pada tahun 2018. Ujian berkenaan, yang dibangunkan oleh pakar di Cambridge University Press & Assessment, ialah ujian bahasa Inggeris dalam talian pantas yang dikuasakan oleh Kecerdasan Buatan (AI) dan algoritma adaptif.

Linguaskill cecah 1 juta titik capai
Linguaskill cecah 1 juta titik capai

Sejak Cambridge melancarkan Linguaskill, permintaan terhadap ujian tersebut dilihat semakin meningkat. Ia digunakan oleh golongan profesional sumber manusia (HR) untuk membuat keputusan penting tentang perekrutan, pembangunan dan latihan kakitangan. Ia juga digunakan oleh sekolah dan universiti untuk menyemak tahap bahasa Inggeris bagi tujuan penempatan kursus, pengukuran kemajuan dan pengijazahan.

Ujian berbilang peringkat ini dibangunkan untuk menyemak tahap bahasa Inggeris individu dan kumpulan calon. Ia meliputi keempat-empat kemahiran bahasa - bertutur, membaca, menulis dan mendengar - serta memberi keputusan yang tepat dalam tempoh 48 jam. Keputusan diselaraskan dengan Rangka Kerja Rujukan Eropah Bersama (Common European Framework of Reference, CEFR), piawaian antarabangsa untuk menggambarkan kebolehan berbahasa.

Pengiktirafan yang semakin meningkat

Ujian ini diiktiraf secara rasmi oleh lebih daripada 1,300 organisasi di seluruh dunia termasuk institusi pengajian tinggi, kementerian kerajaan dan sektor korporat. Ini termasuk nama besar seperti University of Barcelona (Spain) dan TAP Air (Portugal). Kementerian Pendidikan, Kebudayaan, Sukan, Sains dan Teknologi (MEXT) Jepun.

Di Asia, ini termasuk MEXT Jepun (Kementerian Pendidikan, Kebudayaan, Sukan, Sains dan Teknologi), Kementerian Pengajian Tinggi dan Jabatan Pendidikan Swasta di Malaysia, Kementerian Pendidikan Thai, Kementerian Pendidikan Vietnam dan Institusi Perkhidmatan Pengajian Tinggi, wilayah DKI Jakarta.

Dari segi organisasi korporat, Linguaskill telah diterima pakai oleh lebih daripada 40 organisasi bereputasi baik di Asia untuk perekrutan, latihan dan pembangunan kakitangan. Organisasi-organisasi ini termasuk Japan Airlines, DHL Asia Pacific, Le Meridien Hotel Jakarta, Tokyo Olympics, PT Kino Indonesia TBK, PT Sinar Sosro, PT Mayora Indah TBK, Malaysian Dietary Supplement Association, Prince Court Medical Center Malaysia, antaranya.

Uji kemahiran komunikasi bahasa Inggeris pekerja anda dengan Linguaskill - YouTube

Pengujian bahasa yang mudah dan andal

Linguaskill boleh dijalankan dengan mudah dan diawasi di tempat-tempat organisasi itu sendiri yang hanya memerlukan sebuah komputer, sambungan internet, mikrofon dan set fon kepala. Ia juga boleh diambil oleh individu di rumah menggunakan perkhidmatan pengawasan dalam talian. Kefleksibelan ini membolehkan Linguaskill dijalankan secara meluas sepanjang pandemik global. Bahkan, tidak ada satu hari pun ujian Linguaskill tidak diambil sejak empat tahun yang lalu.

Francesca Woodward, pengarah urusan global untuk bahasa Inggeris di Cambridge University Press & Assessment berkata:
"Linguaskill terbukti menjadi ujian dalam talian yang hebat untuk mengukur kebolehan berbahasa Inggeris dan kami gembira dapat meraikan pencapaian penting sedemikian. Pakar-pakar kami telah membangunkan ujian tersebut agar ia menggunakan teknologi AI yang terkini dan algoritma adaptif bagi memberi pengukuran kebolehan berbahasa Inggeris yang benar-benar tepat dengan cepat dan menjimatkan. Ia memberi akses kepada puluhan ribu orang di serata dunia terhadap jaringan peluang pendidikan dan pekerjaan yang lebih luas."

Teknologi canggih

Linguaskill dikuasakan oleh algoritma adaptif canggih yang bererti setiap ujian disesuaikan mengikut setiap calon. Teknologi yang memacu modul-modul membaca dan mendengar ujian ini dengan pantas memfokuskan kepada keupayaan sebenar calon, menjadi lebih mudah atau lebih sukar bergantung pada respons individu. Ciri ini membolehkan Linguaskill memberikan keputusan yang andal dan tepat menggunakan satu ujian pendek yang mencakupi berbilang tahap CEFR.

Modul Bertutur dan Menulis menggunakan ciri  penyemakan automatik AI yang berteknologi tinggi sebagai sebahagian daripada pendekatan penyemakan hibrid. Hibrid ini, atau model penyemakan 'manusia-dalam-lingkaran' ('human-in-the-loop') (yang melaluinya penyemakan auto digunakan dalam penilaian langsung, namun dengan penglibatan pemeriksa manusia, adalah tentang menggunakan kepakaran pemeriksa manusia bagi menyokong dan membangunkan lagi peyemak auto. Sistem penandaan canggih ini membolehkan keputusan yang pantas dan andal diberikan dalam tempoh 48 jam.

Video ini memperkenalkan Linguaskill dan menjelaskan faedah-faedah menggunakan ujian ini.

https://protect-eu.mimecast.com/s/WUCsCmQRRfzE5yPHDOs7m?domain=youtube.com

Kunjungi laman sesawang Cambridge English untuk maklumat tambahan.

https://protect-eu.mimecast.com/s/XUlMCnrQQIvMG93Up9UCc?domain=cambridgeenglish.org/
https://protect-eu.mimecast.com/s/ndqZCoQRRfExX2PU7tlfM?domain=cambridgeenglish.org/
https://protect-eu.mimecast.com/s/gFocCpQwwfmXz4OCxMKMJ?domain=cambridgeenglish.org/
https://protect-eu.mimecast.com/s/4X_3CqYRRHZmOYkUpB6mn?domain=cambridgeenglish.org/
https://protect-eu.mimecast.com/s/MMiCCvoqqFxMWwLsgvgck?domain=cambridgeenglish.org
https://protect-eu.mimecast.com/s/kt17CxvqqTkrJERfN2q5C?domain=cambridgeenglish.org
https://protect-eu.mimecast.com/s/okqTCzKPPt6JRWwCnKOdZ?domain=cambridgeenglish.org

Latar Belakang Cambridge University Press & Assessment

Mempelajari bahasa Inggeris adalah untuk menikmati dan mengalami pengalaman bahasa yang membuka peluang di seluruh dunia.

Bersama-sama guru dan rakan kongsi kami, kami melibatkan dan memberi inspirasi kepada berjuta-juta orang di sepanjang perjalanan pembelajaran bahasa Inggeris mereka, membantu mereka membuktikan kemahiran mereka dengan yakin kepada dunia.Sebagai sebahagian daripada sebuah universiti yang memiliki reputasi global atas kecemerlangan akademik, kami menghasilkan pandangan yang berasal daripada kajian mendalam, kepakaran dan juga pengalaman. Ini dapat memastikan pendekatan unik kami memenuhi keperluan pelajar dalam kehidupan sebenar melalui produk dan perkhidmatan yang inklusif dan boleh diakses.

Sebagai bahasa global, bahasa Inggeris membuka kunci pengalaman sepanjang hayat dan – memandangkan bahasa merupakan nadi hidup insan – kami membantu orang ramai di mana-mana sahaja berhubung, berkomunikasi dan menjadi semakin erat bersama-sama.

Di mana dunia anda berkembang.

************************************************************

Cambridge English ialah pengusaha dan pemilik bersama yang megah bagi IELTS, ujian bahasa Inggeris yang terkemuka di dunia untuk penghijrahan dan pengajian tinggi. Kami membantu berjuta-juta orang mempelajari bahasa Inggeris dan membuktikan kemahiran mereka kepada dunia.

Sebagai sebahagian daripada University of Cambridge, kami menyediakan pelbagai jenis kelayakan dan ujian yang terkemuka di dunia untuk pelajar dan guru bahasa Inggeris. Bagi kami, mempelajari bahasa Inggeris adalah lebih daripada sekadar peperiksaan dan gred. Ia melibatkan keyakinan untuk berkomunikasi dan mengakses pengalaman dan peluang sepanjang hayat yang memperkayakan.

Sama ada anda merancang untuk menetap, bekerja atau belajar di negara anda sendiri atau di luar negara, kami boleh memberikan kemahiran bahasa Inggeris kepada anda untuk berjaya. Kami menyediakan pelbagai jenis kelayakan dan ujian yang terkemuka di dunia untuk pelajar dan guru bahasa Inggeris. Diiktiraf secara global oleh lebih daripada 25,000 universiti yang terkemuka, majikan dan kerajaan, penilaian kami yang berasaskan kajian merupakan lambang kecemerlangan yang membuka peluang.

Bahasa Inggeris dituturkan di setiap pelosok dunia: bermula dari kafe hingga kampus, pasar hingga bilik mesyuarat dan di mana-mana sahaja di antaranya. Kami menjalankan peperiksaan di lebih 130 negara kepada lebih 5.5 juta orang setiap tahun. Kami menawarkan persiapan yang komprehensif, bahan sokongan dan sumber untuk mempelajari dan mengajar bahasa Inggeris. Melalui kajian selama bertahun-tahun, kami memperoleh pemahaman yang mendalam tentang cara orang ramai belajar bahasa. Ini membolehkan kami membangunkan penilaian yang membantu pelajar memperoleh kemahiran yang tepat berdasarkan kepada bagaimana orang ramai menggunakan bahasa Inggeris pada hari ini.

Usaha kami disokong di seluruh dunia oleh jaringan 2,800 pusat peperiksaan, lebih 50,000 sekolah dan puluhan ribu pemeriksa, guru, pakar pendidikan dan penerbit. Dengan saling bekerjasama, kami memberi inspirasi kepada pelajar untuk melangkah lebih jauh.

Dengan sokongan yang betul, mempelajari bahasa merupakan suatu perjalanan yang mengujakan. Kami bersama-sama anda dalam setiap langkah perjalanan anda.

*************************************************************

Apa yang kami percaya – Mempelajari bahasa Inggeris adalah untuk berseronok dan merasai pengalaman bahasa yang membuka peluang di seluruh dunia.

Apa yang kami tawarkan – Bersama-sama guru dan rakan kongsi kami, kami melibatkan dan memberi inspirasi kepada berjuta-juta orang dalam seluruh perjalanan pembelajaran bahasa Inggeris mereka, membantu mereka membuktikan kemahiran mereka dengan yakin kepada dunia.

Bagaimana kami melaksanakannya dan apakah impak kami – Sebagai sebahagian daripada sebuah universiti yang memiliki reputasi global atas kecemerlangan akademik, kami menghasilkan pandangan yang berasal daripada kajian mendalam, kepakaran dan juga pengalaman. Ini dapat memastikan pendekatan unik kami dapat memenuhi keperluan pelajar dalam kehidupan sebenar melalui produk dan perkhidmatan yang inklusif dan boleh diakses.

Peranan global bahasa Inggeris – Sebagai bahasa global, bahasa Inggeris membuka kunci pengalaman sepanjang hayat dan – memandangkan bahasa merupakan nadi dalam menjadi insan – kami membantu orang ramai di mana-mana sahaja berhubung, berkomunikasi dan menjadi semakin erat bersama-sama.

Apa yang kami janjikan - Di mana dunia anda berkembang.

- TAMAT -

Source: Cambridge University Press & Assessment
Keywords: Computer/Electronics Education Higher Education Multimedia/Online/Internet