BEIJING, 19 Mac 2014 /PRNewswire/ -- Air China akan memulakan perkhidmatan penerbangan tanpa henti Shanghai-Munich pada 6 Jun 2014, lalu menambahkan destinasi penerbangan ke bandar di negara Eropah dari Shanghai supaya menjadi 4 destinasi. Frankfurt, Milan dan juga Paris merupakan tiga lagi bandar destinasi terlibat selain Munich. Kini, Air China beroperasi dari Shanghai, Beijing serta Chengdu ke Eropah dan merupakan pengendali terbesar bagi laluan China-Eropah.
Logo - http://photos.prnewswire.com/prnh/20080625/CNW017LOGO
Perkhidmatan empat kali seminggu CA827/8 akan beroperasi pada hari Selasa/Khamis/Jumaat/Ahad. Penerbangan keluar akan berlepas dari Shanghai pada pukul 01:00 pagi waktu Beijing dan dijangka tiba di Munich pada pukul 07:10 pagi. Penerbangan pulang pula berlepas dari Munich pada pukul 12:35 tengah hari waktu tempatan dan dijangka tiba di Shanghai pada pukul 05:45 pagi waktu Beijing pada hari berikutnya. Seperti laluan lain ke Shanghai, kapal terbang A330-200 berbadan lebar akan digunakan untuk laluan baharu ini. Kelas Perniagaan dilengkapi dengan tempat duduk selesa manakala semua kelas perkhidmatan menawarkan sistem hiburan peribadi serta alur keluar kuasa yang menjanjikan perjalanan yang benar-benar selesa dan menyenangkan.
Munich terletak di bahagian tengah Eropah dan turut menempatkan lapangan terbang kedua terbesar di Jerman. Perkhidmatan Shanghai-Munich baharu yang ditawarkan oleh Air China ini akan membolehkan para penumpang untuk terbang tanpa henti dari Shanghai ke Munich dan melakukan transit ke bahagian lain di Eropah melalui Munich, serta memberikan pilihan tambahan kepada para penumpang dari Eropah yang melakukan perjalanan ke atau dari bandar seperti Sydney, Taipei dan juga Fukuoka melalui Shanghai. Dengan cadangan Air China untuk memperkenalkan dua lagi perkhidmatan baharu termasuk Beijing-Vienna-Barcelona dan Beijing-Vladivostok pada tahun ini, perkhidmatan Shanghai-Munich akan menambahkan laluan perjalanan Air China ke Eropah supaya menjadi 25, lalu memberikan akses yang mudah kepada para penumpang yang mahu melakukan perjalanan ke 20 bandar utama di Eropah.
Air China memberi keutamaan kepada sinergi antara laluan dan produk. Ia telah memperkenalkan program "Zon Tempat Letak Kereta Percuma VIP" di Lapangan Terbang Antarabangsa Pudong Shanghai, menyediakan produk perhubungan darat-udara kepada lebih banyak bandar dan turut memulakan jadual perjalanan hubungan aliran udara dari Shanghai ke beberapa bandar di timur China, lalu memudahkan perjalanan para penumpang. Di samping itu, bagi laluan China-Eropah, Air China turut menyediakan hidangan gourmet dan juga pemindahan berpandu untuk para VIP. Persekitaran kabin kapal terbang adalah amat selesa dan menyediakan perkhidmatan yang amat teliti. Maka, Air China merupakan pilihan utama para pengembara antara China dan Eropah.