omniture

FOUR - Majalah Makanan Terbaik Dunia Mengumumkan Anugerah Bintang Harapan

FOUR - The World's Best Food Magazine
2014-03-19 10:30 138

LONDON, 18 Mac 2014 /PRNewswire/ -- FOUR dengan sukacitanya mengumumkan Anugerah Bintang Harapan antarabangsanya, yang dengannya empat tukang masak berbakat yang menyinar dari Amerika Latin, Amerika Utara, Eropah dan juga Asia & Australasia telah diberi gelaran Bintang Harapan 2014

Setiap rantau diketuai oleh seorang hakim terkemuka: Andrea Petrini mewakili Eropah; Alexandra Forbes mewakili Amerika Latin; Mitchell Davis mewakili Amerika Utara; Melinda Joe mewakili Asia & Australasia. Tiga ahli panel serantau menyertai setiap hakim, dengan menghantar senarai 10 tukang masak Bintang Harapan pilihan mereka. Setiap senarai telah dihantar pada tahun ini, dirujuk silang dan turut dikecilkan sehingga menjadi empat nama sahaja.

(Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20140319/674950-a
(Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20140319/674950-b )

Bintang Harapan

Naib Pemenang: Daisuke Kaneko, Haruhiko Yamamoto, Matt Abergel

Naib Pemenang: Paul Qui, Danny Bowien, Nick Barker

Naib Pemenang: Rodrigo Oliveira, Pia Leon, Jorge Vallejo

Naib Pemenang: Magnus Nilsson, Bertrand Grébaut, Isaac McHale

Latar Belakang Anugerah Bintang Harapan 

Diadakan buat julung kalinya pada tahun ini, Anugerah Bintang Harapan FOUR ialah sambutan rintis bagi meraikan bakat yang bersinar dalam arena santapan mewah antarabangsa.

Selain empat hakim itu, panel yang terdiri daripada tiga hakim lain menyokong pilihan bintang harapan di setiap rantau. Setiap ahli panel telah menghantar senarai sepuluh Bintang Harapan, yang telah dikecilkan sehingga menjadi senarai empat tukang masak Bintang Harapan yang mewakili setiap rantau.

Latar Belakang Para Hakim Bintang Harapan

  • Andrea Petrini: Pengerusi 50 Terbaik di Dunia, pengarah kreatif Cook it Raw, pengarah bersama Paris des Chefs, dan juga penulis makanan berpengalaman.

Ahli Panel: Anna Morelli, Severin Corti, Mattias Kroon

  • Alexandra Forbes: Penulis makanan dan kembara anak jati Brazil serta editor makanan di GQ Brasil.

Ahli Panel: Marcela Baruch, Ivanova Gambus, Dr. Luiz Kimura

  • Mitchell Davis: Naib Presiden Eksekutif Yayasan James Beard, penulis makanan, restoran dan kembara berpengalaman serta penulis buku masakan.

Ahli Panel: Bonnie Stern, Andrew Knowlton, Kate Krader

  • Melinda Joe: wartawan makanan dan minuman berpusat di Tokyo dan juga penyumbang kepada CNNGo dan Japan Times.

Ahli Panel: Izumi Shibata, Michael Ryan, Poonperm Paitayawat

Syarat Bintang Harapan

  • Tukang masak: berusia 35 tahun atau ke bawah pada 17 Januari 2014; memegang jawatan itu selama kurang lima tahun dan di rantau itu untuk sekurang-kurangnya dua tahun (tidak semestinya orang tempatan).
  • Ahli panel telah melawat restoran mereka dalam tempoh 12 bulan lepas.
  • Bintang Harapan ditentukan oleh skim mata. Setiap ahli panel memberi mata kepada tukang masak bagi menentukan kedudukan mereka.

Ketahui lebih lanjut di http://www.four-magazine.com/risingstars.

Hubungi Sophie Cater:
sophie@four-magazine.com
+44(0)20-8947-5511

Sumber: FOUR – Majalah Makanan Terbaik Dunia

Source: FOUR - The World's Best Food Magazine
Keywords: Food/Beverages Magazines Publishing/Information Service Awards