omniture

Arrow Electronics Sertakan Penambahbaikan Carian Pintar Unggul dan Pilihan Bahasa Asia kepada Platform Perkhidmatan Kitaran Hayat Produk Berasaskan Web

Arrow Electronics, Inc.
2014-03-19 11:00 87

HONG KONG, 19 Mac 2014 /PRNewswire/ -- Arrow Electronics, Inc., mengumumkan tambahan penambahbaikan carian pintar serta pilihan bahasa Asia telah diperkenal menerusi enjin perkhidmatan kitaran hayat produk dalam talian bersepadu pertama syarikat tersebut untuk bahagian elektronik. Dikuasakan oleh salah satu pangkalan data paling menyeluruh dalam industri tersebut berserta keupayaan reka bentuk interaktif, platform ini juga boleh didapati dalam bahasa Cina dan Korea yang ringkas dan tradisional, di samping bahasa Inggeris serta beberapa bahasa utama Eropah, melalui arrow.com.

Platform berasaskan web berpusat dan bersepadu ini menyediakan pelbagai pilihan bahasa, peralatan reka bentuk unggul, pustaka rujukan reka bentuk, carian pintar, alat pengurusan BOM dan juga keupayaan e-Dagang. Jurutera reka bentuk dan pembeli dari seluruh dunia tidak perlu lagi melayari pelbagai laman web, memandangkan kini mereka boleh mencari maklumat serta bekerjasama secara maya menerusi platform tunggal Arrow bagi memenuhi semua keperluan komponen elektronik mereka.

Platform Arrow turut menyediakan penyelesaian kejuruteraan aplikasi awan terbaik serta sokongan reka bentuk dalam talian untuk industri ini. Alat web Arrow pula membolehkan jurutera reka bentuk untuk memanfaatkan perpustakaan rujukan reka bentuk yang komprehensif serta memindahkan aliran kerja mereka kepada platform berasaskan awan bagi memudahkan perkongsian dan juga kerjasama dengan rakan setugas mahupun rakan kongsi perniagaan berkaitan kitaran reka bentuk mereka di mana-mana dan pada bila-bila masa sahaja.

"Platform ini bertujuan untuk memudahkan dan turut melengkapkan jurutera reka bentuk serta pembeli dengan alatan pintar bagi melancarkan keputusan kejuruteraan dan pembelian terbaik," ujar Jim Ricciardelli, naib presiden strategi e-Dagang di Arrow. "Arrow mempunyai keupayaan untuk berhubung dengan para pelanggan pada pelbagai peringkat. Bagi melengkapkan jejak global kami, kini kami menawarkan platform web 24/7 dengan pertambahan nilai serta pengalaman web baharu bagi membantu para pelanggan kami pada peringkat yang paling tinggi sekali."

"Kami memahami segala cabaran dan dinamik yang dihadapi oleh jurutera serta pembeli di rantau Asia Pasifik ini seperti momentum pasaran, permintaan teknologi dan juga persaingan berkaitan tempoh pemasaran," kata Simon Yu, presiden perniagaan komponen Arrow bagi rantau Asia Pasifik. "Menerusi platform berasaskan web berpusat ini, kami dapat membantu jurutera dan pembeli di rantau Asia Pasifik untuk menguruskan kesemua aspek kitaran hayat teknologi dengan lebih bijak, lebih berkesan serta lebih berinspirasi. Daripada kejuruteraan reka bentuk hinggalah kepada perkhidmatan penyepaduan, bermula pada peringkat pasca pengeluaran kepada logistik dan juga rantaian bekalan, pasukan pakar kami sentiasa berfikir sejauh Tempoh Lima Tahun Akan Datang serta menyediakan penyelesaian yang praktikal bagi membolehkan para pelanggan untuk memberi tumpuan terhadap perkara yang dapat dilakukan dengan terbaik."

Maklumat lanjut boleh didapati di parts.arrow.com/take-a-tour.

Latar Belakang Arrow Electronics

Arrow Electronics (http://www.arrow.com/) merupakan penyedia global bagi produk, perkhidmatan dan juga penyelesaian kepada para pengguna perindustrian serta komersil yang berkaitan dengan komponen elektronik dan juga penyelesaian pengkomputeran syarikat. Arrow bertindak sebagai rakan kongsi saluran bekalan untuk lebih 100,000 pengilang peralatan asli, pengilang kontrak dan juga para pelanggan komersil menerusi rangkaian global yang terdiri daripada lebih 460 lokasi di 58 negara.

Maklumat Perhubungan Media:
Grace Kung
Pengurus Komunikasi Pemasaran Kanan
Tel: (852) 2484 2682
E-mel: grace.kung@arrowasia.com

SUMBER Arrow Electronics, Inc.

Source: Arrow Electronics, Inc.
Keywords: Computer/Electronics Electronic Commerce Electronic Components Web Site New products/services