MUMBAI, SINGAPURA, JOHANNESBURG dan DUBAI, 20 Mac 2014 /PRNewswire/ --
Menyampaikan lebih 100 aplikasi ke dalam pasaran pertumbuhan utama, Perkongsian dengan lebih 30 Penerbit Cetakan
Vserv.mobi, bursa pengiklanan mudah alih yang memenangi anugerah, hari ini mengumumkan strategi kejayaannya dalam membantu lebih 30 penerbit cetakan yang menerajui dengan memperkasa kandungan mereka menerusi aplikasi dalam pasaran baharu. Inisiatif "Appification" ini merupakan tawaran utama Vserv.mobi dan telah membolehkan pelbagai penerbit cetakan seperti India Today group, Vaartha, Pioneer Book Co, Rajasthan Patrika, Detikcom, Antara, Utusan dan banyak lagi menarik perhatian lebih ramai pembaca menerusi aplikasi mudah alih. Vserv.mobi akan mengeluarkan lebih 100 aplikasi secara besar-besaran yang terdiri daripada pelbagai bahasa, kategori dan juga sistem operasi menerusi inisiatif ini.
(Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20120725/546333 )
"Menjelang awal tahun 2013, kami menyedari potensi mudah alih dalam menyediakan kandungan tertentu merupakan fasa penting yang baharu bagi industri ini. Dengan peralihan sejumlah pembaca cetakan, penerbit kandungan berusaha memilih pelbagai pendekatan tertentu untuk menangani peralihan pembaca yang kian meningkat dalam pasaran baharu. Dengan peningkatan pengguna Internet mudah alih, penyelesaiannya adalah dengan menghasilkan aplikasi yang dapat memberi manfaat kepada industri ini," ujar Prashant Dixit, Pengarah Pembangunan Perniagaan Global, Vserv.mobi.
Penerbit premium seperti Rajasthan Patrika, Vaartha, India Today, Pioneer Book Co, Vikatan Group, Asianet, Bindiya Group, Upkar Prakashan, Eenadu, EFY Group, Cyber Media Group, Detikcom, Wolipop, Antara News, Suara Merdeka, KasaKusuk dan banyak lagi, telah memanfaatkan strategi ini bagi menyampaikan kandungan mereka menerusi aplikasi dalam pasaran baharu, selari dengan pertambahan bilangan pengguna Internet mudah alih yang tinggi.
Aman Malhotra, Ketua Pemasaran Digital, Samsung India berkata, "Memperkasa Kandungan Pelbagai Bahasa menerusi aplikasi (Appified) adalah penting bagi pertumbuhan penggunaan media mudah alih dalam Pasaran Baharu. Di Samsung, kami sentiasa mencari cara yang lebih bijak untuk mengiklankan produk kami kepada satu bilion pelanggan baharu, terutamanya kepada pelanggan yang benar-benar tepat. Strategi oleh Vserv ini dilaksanakan pada masa yang tepat untuk membantu para penerbit kandungan pelbagai bahasa memperkasa kandungan mereka menerusi aplikasi."
Menerusi inisiatif ini, Vserv.mobi telah memainkan peranan yang amat penting bagi membolehkan kandungan disediakan untuk para penerbit dalam pelbagai bahasa seperti Bahasa Inggeris, Hindi, Marathi, Tamil, Telugu, Gujarati, Punjabi, Bengali, Malayalam, Melayu, Swahili dan banyak lagi dalam masa terdekat. Selari dengan pembaca sasaran para penerbit, strategi appification ini turut disediakan menerusi pelbagai sistem operasi seperti Android, iOS, Windows dan sebagainya.
Hubungi: Rachita Vaid | +91-22-29275746/82 | press@vserv.mobi
Sumber: Vserv.mobi