omniture

Pemenang Anugerah Antarabangsa Ibsen 2014: Peter Handke

The National Theatre in Oslo
2014-03-20 20:00 134

OSLO, Norway, 20 Mac 2014 /PRNewswire/ --

Anugerah Antarabangsa Ibsen, anugerah teater yang menerajui dunia, dianugerahkan kepada individu atau institusi yang telah berjaya menyumbang kepada kejayaan teater sebagai satu bentuk seni. Pemenang turut menerima hadiah wang tunai berjumlah NOK 2.5 juta.

(Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20140320/675274 )

Anugerah tersebut telah diwujudkan oleh Kerajaan Norway pada tahun 2007 dan sebelum ini telah dianugerahkan kepada Peter Brook, Ariane Mnouchkine, Jon Fosse dan juga Heiner Goebbels. Petikan daripada juri menyatakan Anugerah Antarabangsa Ibsen 2014 ini disampaikan kepada Peter Handke atas "hasil karya beliau yang tiada tandingan menerusi refleksi keindahan serta kebijaksanaannya", dan berkata lagi: "Jika Ibsen merupakan penulis drama model bagi zaman borjuis yang masih belum berkesudahan, pastinya Peter Handke merupakan penyair epik teater paling terkenal." Bagi mendapatkan petikan penuh juri, sila layari http://www.internationalibsenaward.com

Video: https://vimeo.com/89543851

Kata Laluan: ibsen

Latar Belakang Peter Handke

Peter Handke telah dilahirkan di Kärnten, menyambung pengajian dalam bidang undang-undang di Universiti Graz bermula pada tahun 1961 hingga 1965, tetapi telah berhenti belajar apabila manuskrip novel pertama beliau diterima pada tahun 1965 (Die Hornissen, 1966). Pada tahun yang sama juga, drama legenda Publikumsbeschimpfung (Offending the Audience) telah dijayakan di Frankfurt, di bawah arahan Claus Peymann. Sejak itu, beliau telah menerbitkan lebih tiga puluh novel dan karya prosa serta menulis beberapa drama dan juga skrip lakon layar termasuklah lakon layar untuk Der Himmel über Berlin (Wings of Desire atau The Sky Above Berlin, 1987) karya Wim Wender yang terkenal dan telah memenangi anugerah. Beliau turut berjaya meraih pelbagai anugerah antarabangsa bagi karya sastera beliau dan kini dikenali sebagai salah seorang penulis ternama bagi penulisan sastera Eropah. Handke menetap di Chaville, di kawasan luar Paris.

Latar Belakang Anugerah Antarabangsa Ibsen

  • Majlis anugerah akan berlangsung pada 21 September bersempena dengan Pesta Ibsen di Teater Kebangsaan Oslo. Immer noch Sturm oleh Peter Handke akan merasmikan majlis penutup pesta tersebut.
  • Anugerah tersebut ditaja oleh Kerajaan Norway melalui Kementerian Kebudayaan dan dianugerahkan dengan kekerapan dua tahun sekali pada hari ulang tahun kelahiran Henrik Ibsen.
  • Jawatankuasanya terdiri daripada Per Boye Hansen (Pengerusi), Therese Bjørneboe (Timbalan Pengerusi), Hanne Tømta, Christiane Schneider, Sir Brian McMaster, Dr Thomas Oberender, dan juga Roman Dolzhanskiy.
  • Sebelum ini, anugerah tersebut berjaya diraih oleh Peter Brook, Ariane Mnouchkine, Jon Fosse serta Heiner Goebbels.
  • Henrik Ibsen telah dilahirkan di Skien pada 20 Mac 1828.

Bagi maklumat lanjut tentang anugerah tersebut, pemenang bagi tahun ini serta foto, sila layari http://www.internationalibsenaward.com

Bagi maklumat lanjut, sila hubungi Anne Berentsen, +47-99-52-44-38 / anne.berentsen@kulturmeglerne.no

Sumber: Teater Kebangsaan Oslo

Source: The National Theatre in Oslo
Keywords: Art Entertainment Awards