omniture

SIRVA Perkukuh Rangkaian Eropah Menerusi Pemerolehan InHouse Relocation

SIRVA Worldwide, Inc.
2014-03-20 21:15 160

CHICAGO, 20 Mac 2014 /PRNewswire/ -- SIRVA Worldwide, Inc., penyedia mobiliti global yang menerajui bagi perkhidmatan perpindahan serta penempatan semula di seluruh dunia, mengumumkan pemerolehan InHouse Relocation, syarikat pengurusan penempatan semula yang berpusat di Munich, Jerman.

InHouse Relocation menyediakan pelbagai perkhidmatan pengurusan penempatan semula dan perpindahan kepada organisasi multinasional, jabatan Sumber Manusia korporat dan juga pemegang serah hak di Jerman serta di seluruh dunia. Perkhidmatan yang disediakan termasuklah pengurusan penempatan semula, pentadbiran imigresen & visa, perkhidmatan perjalanan, perumahan sementara, pencarian kediaman, perkhidmatan untuk berpindah, pengurusan penyewaan, pengurusan memindah barangan rumah dan juga latihan antara budaya & bahasa.

"Rangkaian global SIRVA serta portfolio perkhidmatannya yang menyeluruh merupakan pelengkap yang mantap kepada kebolehan tempatan kami di Jerman," kata Oliver Schilling, Pengarah Urusan InHouse Relocation. "Hubungan yang diperluas ini mampu mengukuhkan lagi perkhidmatan yang kami tawarkan di Eropah dan juga di seluruh dunia. Khususnya, ia menyediakan akses kepada platform teknologi SIRVA yang menerajui industri serta kepakaran global di 170 negara kepada para pelanggan kami di Jerman, lalu membolehkan kakitangan mereka untuk melakukan penempatan semula dengan mudah dan jayanya di seluruh dunia."

"Eropah merupakan pasaran yang strategik untuk syarikat kami serta para pelanggan kami," ujar Steve Marshall, Pengarah Urusan SIRVA Eropah. "Dengan menambah baik operasi penempatan semula kami, kami mampu memberikan khidmat yang lebih baik kepada para pelanggan baharu di Jerman dan seluruh Eropah, serta menyediakan lebih sumber dan kebolehan tempatan kepada pelanggan sedia ada kami bagi menyediakan pengalaman penempatan semula yang tidak akan dilupakan."

Terma kewangan pemerolehan ini tidak dinyatakan.

Bagi mengetahui dengan lebih lanjut tentang SIRVA, hubungi +1-800-341-5648/ +44-1793-619-555/ +852-2104-6668 atau layari www.sirva.com.

Latar Belakang SIRVA Worldwide, Inc.
SIRVA Worldwide, Inc. (www.sirva.com), penyedia yang menerajui dunia bagi penyelesaian mobiliti, menyediakan lebih 230,000 perkhidmatan penempatan semula setiap tahun kepada syarikat, kakitangan kerajaan dan juga pelanggan individu menerusi kumpulan syarikatnya. SIRVA juga merupakan penyedia yang menerajui bagi perkhidmatan perpindahan serta penempatan semula yang menyeluruh pada peringkat global, dengan menawarkan lebih 50 penyelesaian mobiliti di 170 negara menerusi pengurusan lengkap rantaian bekalan global, operasi global yang menerajui dunia, proses pengurusan risiko yang menerajui industri, dan juga kebertanggungjawaban penuh serta ketelusan kos. Kumpulan syarikat SIRVA termasuklah Allied, Allied International, Allied Pickfords, DJK Residential, Global, northAmerican, northAmerican International, SIRVA Mortgage, SIRVA Relocation, SIRVA Move Management, SIRVA Global Relocation dan juga SIRVA Settlement.

Source: SIRVA Worldwide, Inc.
Related Links:
Keywords: Banking/Financial Service Transportation Travel Acquisitions, mergers, takeovers