omniture

invendo medical Tutup Pembiayaan Modal Ekuiti Euro 20 Juta Diterajui oleh Xeraya Capital

invendo medical
2014-03-21 15:43 155

-- Pembiayaan penting bagi mempercepat pengindustrian dan pengkomersilan kolonoskop sekali guna invendo

KISSING, Jerman dan GARDEN CITY, New York, 21 Mac 2014 /PRNewswire/ -- invendo medical, pengeluar serta pengedar sistem kolonoskopi sekali guna dan bantuan komputer, hari ini mengumumkan penutupan pusingan pembiayaan sebanyak Euro 20.3 juta ($ 28 juta) yang diterajui oleh pelabur baharu, Xeraya Capital Sdn Bhd ("Xeraya Capital"), yang telah melabur melalui syarikat gabungan. German Family Office turut serta sebagai pelabur baharu manakala pelabur sedia ada, iaitu TVM Capital, Wellington Partner, 360° Capital dan para pengasas turut terlibat dalam pembiayaan tersebut, yang akan membenarkan invendo memulakan usaha pengindustriannya berkaitan sistem invendoscopy™ yang telah menerima kelulusan FDA.

invendoscope™ SC20 mempunyai beberapa ciri yang baharu untuk bidang kolonoskopi:

  • satu-satunya kolonoskop sekali guna yang telah menerima kelulusan untuk dipasarkan
  • ia tidak perlu ditolak ke dalam atau ditarik ke luar, sebaliknya menggunakan teknologi pemacu lembut bantuan komputer (robot)
  • kesemua fungsi endoskopi dilaksanakan menggunakan peranti boleh pegang dan
  • ia mengenakan daya yang lebih rendah terhadap dinding kolon.

Seperti endoskop lain, invendoscope™ membenarkan intervensi prosedur dalaman menerusi saluran yang berfungsi.

Berthold Hackl, Ketua Pegawai Eksekutif invendo medical berkata, "Kami amat teruja apabila Xeraya Capital dan pelabur lain berhasrat untuk menyokong kami menerusi pembiayaan baharu ini yang diputuskan pada saat yang amat tepat memandangkan kami sedang berusaha untuk membina pemasangan pertama dan juga penggunaan awal di A.S. Kolonoskopi merupakan pasaran yang mempunyai potensi besar; dengan sekurang-kurangnya 16 juta prosedur dijalankan setiap tahun di A.S. sahaja, walaupun tahap pematuhan masih rendah. Kami berharap invendoscope™ akan memainkan peranan penting dalam mempertingkat kepatuhan terhadap pemeriksaan kanser kolorektal, memandangkan ia mampu menangani beberapa halangan utama untuk menjalani prosedur tersebut dalam kalangan pesakit. Buat julung kalinya, terdapat pilihan yang dibantu komputer dengan komponen robot yang mengenakan daya rendah ketika prosedur tersebut dijalankan. Akhir sekali, dalam kebanyakan bidang perubatan penggunaan peranti sekali guna biasanya selesai dengan jayanya dan invendoscope™ merupakan satu-satunya produk seumpamanya yang ada pada masa kini."

"Xeraya Capital menjalankan perniagaan perkhidmatan pengurusan pelaburan, khasnya dalam pelaburan ekuiti persendirian dan modal usaha niaga dalam sektor sains hayat," menurut Timo Hercegfi pula, Ketua Pegawai Kewangan, invendo medical. "Strategi mereka adalah untuk melabur dalam syarikat dengan teknologi mengubah potensi. Teknologi perubatan merupakan salah satu sasaran utama bagi pelaburan mereka. invendo medical menyasarkan pasaran yang luas dan mampu berkembang dengan produk proprietari yang berpotensi untuk meningkatkan jumlah prosedur yang dilakukan bagi mencegah kanser kolorektal, yang merupakan punca utama yang kedua bagi kematian yang disebabkan oleh kanser. Xeraya Capital dapat membantu memajukan syarikat tersebut kepada peringkat seterusnya."

Dana awal akan digunakan untuk mewujudkan infrastruktur pemasaran dan perkhidmatan di A.S., meningkatkan kapasiti penghasilan peranti tersebut dan turut menyokong projek pembangunan berterusan yang menumpukan perhatian terhadap aspek optik, kemudahan penggunaan dan lain-lain.

Latar belakang invendo medical - www.invendo-medical.com
invendo medical yang berpusat di New York, A.S. dan Kissing (berhampiran Munich), Jerman merupakan syarikat yang dikhususkan untuk menghasilkan produk endoskopi pakai buang yang selamat dan bersih bagi bidang gastroenterologi, dengan menggunakan teknologi bantuan komputer serta robot. Sejak beberapa tahun yang lalu, syarikat ini telah mengaplikasikan set teknologi proprietari ke dalam produk pertamanya iaitu invendoscope™ sekali guna, yang telah menerima kelulusan untuk dipasarkan di A.S. dan juga EU (Kesatuan Eropah).

Video - http://www.youtube.com/watch?v=c50csUE1QvQ

Source: invendo medical
Keywords: Health Care/Hospital Medical Equipment Medical/Pharmaceuticals Broadcast feed announcements Corporate Expansion Financing agreements