omniture

Sitecore Lantik Ahmed Rubaie sebagai Ketua Pegawai Kewangan

Sitecore
2014-03-25 20:03 118

SAN FRANCISCO, 25 Mac 2014 /PRNewswire/ -- Sitecore, peneraju global bagi perisian pengurusan pengalaman pelanggan, hari ini mengumumkan mengenai pelantikan Ahmed Rubaie, seorang veteran teknologi, sebagai Ketua Pegawai Kewangan. Berpusat di kawasan Teluk San Francisco, Rubaie akan memimpin bahagian kewangan dan operasi global syarikat ini.

Logo - http://photos.prnewswire.com/prnh/20140227/SF73524LOGO

Dengan pengalaman yang cukup luas dalam bidang kewangan korporat serta operasi, Rubaie telah memainkan peranan penting dalam membina pertumbuhan tinggi serta syarikat-syarikat pemodalan pasaran global bernilai berbilion dolar yang mengaut keuntungan tinggi.

Beliau baru sahaja menyertai Sitecore setelah sebelum ini berkhidmat di Fortinet, sebuah penyedia keselamatan rangkaian terkenal di mana beliau memainkan peranan sebagai Ketua Pegawai Operasi serta Ketua Pegawai Kewangan bagi syarikat berkenaan. Sebelum itu dan sejak tahun 2008 lagi, Rubaie merupakan Ketua Pegawai Kewangan Ariba, sebuah syarikat pengurusan penggunaan awan dan e-dagangan perniagaan terkemuka dengan lebih $400 juta hasil yang telah dijual kepada SAP sebanyak $4.3 bilion pada tahun 2012. 

"Saya telah lama mengagumi kebolehan Ahmed dalam menguruskan perniagaan serta menghasilkan keputusan yang konsisten selama beberapa tahun ini. Beliau turut membawa pengalaman operasi global yang luas serta reputasi yang tinggi bagi syarikat ini," kata David Yuan, Rakan Kongsi Am, Technology Crossover Ventures. "Saya amat berharap dapat beroleh manfaat daripada bakatnya. Sitecore dilengkapi dengan pasukan, teknologi dan capaian global sebagai pemimpin dalam pengurusan pengalaman pengguna bagi tahun-tahun mendatang."

"Sitecore mempunyai rekod prestasi yang terbukti dalam inovasi terkini serta pertumbuhan berterusan yang ketara adalah bukti terhadap nilai yang disediakan untuk para penggunanya di seluruh dunia," kata Rubaie. "Ini merupakan saat yang tepat untuk menyertai syarikat ini bagi membantu membawanya ke perbatasan baharu."

"Penyertaan Ahmed ke dalam pasukan kami adalah amat penting dalam mencapai matlamat perniagaan dan kewangan jangka pendek serta jangka masa panjang," kata Michael Seifert, Ketua Pegawai Eksekutif Sitecore. "Pengalaman pengurusan perniagaan yang melibatkan kewangan, operasi serta global yang akan dibawa oleh beliau akan menjadi sumbangan penting terhadap pertumbuhan dan kejayaan berterusan Sitecore."

Technology Crossover Ventures (TCV) merupakan penyedia modal terkemuka untuk syarikat-syarikat persendirian dan awam yang kian meningkat dalam industri teknologi. Firma tersebut merupakan pelabur minoriti besar di Sitecore.

Latar Belakang Sitecore

Sitecore merupakan peneraju global bagi perisian pengurusan pengalaman pelanggan. Syarikat ini menyediakan perkhidmatan yang melibatkan kandungan yang relevan serta pengalaman digital khusus yang dapat menggembirakan pelanggan, membina kesetiaan serta memacu perolehan. Menerusi platform pengalaman Sitecore ini, pemasar boleh mengendalikan pengalaman setiap pelanggan yang memilih jenama mereka bagi setiap saluran. Lebih daripada 3,500 jenama terkenal dunia – termasuk American Express, Carnival Cruise Lines, easyJet dan juga Heineken – memilih Sitecore untuk membantu mereka menyediakan interaksi berkesan bagi menarik lebih ramai pelanggan.

 

Hubungi:


Emily Iwan

Rod McLeod

Sitecore

Bateman Group untuk Sitecore

+1-415-326-7471

+1-415-697-2567

emi@sitecore.net

sitecore@bateman-group.com

 

Source: Sitecore
Related Links:
Keywords: Computer Software Personnel announcements