omniture

Kapasiti pembuatan 28GW TOPCon ditambah dalam Astronergy

Astronergy
2023-05-01 22:27 101

HANGZHOU, China, 1 Mei 2023 /PRNewswire/ -- Pangkalan pembuatan Astronergy menyaksikan kapasiti pembuatan TOPCon jenis-n 28GW meningkat pada 27 April, menandakan sekali lagi peningkatan dalam kekuatan pengeluaran TOPCon jenis-n syarikat ini selepas memuatkan kapasiti pembuatan modul TOPCon 5GW pada awal April tahun ini.

Projek fasa empat Pangkalan Pembuatan Astronergy menyaksikan perpindahan peralatan sel TOPCon jenis-n 8GW dan peralatan modul TOPCon 12GW ke salah sebuah bengkel sel baharunya dan dua bengkel modul baharu pada 27 April. Dalam masa yang sama, peralatan sel TOPCon 8GW tiba di bengkel Pangkalan Pembuatan Fengyang Astronergy dan bersedia memulakan proses percubaan.

Foto menangkap peralatan modul TOPCon baharu dipindahkan dalam bengkel modul di Pangkalan Pembuatan Haining Astronergy. [Foto/Astronergy]
Foto menangkap peralatan modul TOPCon baharu dipindahkan dalam bengkel modul di Pangkalan Pembuatan Haining Astronergy. [Foto/Astronergy]

Memuatkan kapasiti pembuatan TOPCon baharu dalam dua pangkalan pembuatan secara serentak, keyakinan dan kekuatan mutlak Astronergy pada teknologi TOPCon dan modul TOPCon adalah jelas.

Lonjakan kapasiti TOPCon di Pangkalan Pembuatan Haining – ibu pejabat global Astronergy dan pusat R&D membuatkan pangkalan itu mencapai kapasiti pengeluaran lebih 17GW sel PV dan lebih 24GW modul PV.

Menurut Haiyan Huang, Naib Presiden Eksekutif & Ketua Pegawai Strategi di Astronergy, peralatan sel TOPCon 8GW dan peralatan modul TOPCon12GW dijangka berjalan secara berperingkat-peringkat pada muatan penuh 60 hari kemudian dan Pangkalan Haining bermatlamat untuk mencapai sasarannya untuk menggandakan kapasiti pengeluaran serta nilai pengeluaran sebelum tahun 2025.

Sebagai pangkalan pembuatan Astronergy yang baru didedahkan dan yang keenam, Pangkalan Pembuatan Fengyang berada di wilayah Anhui, China, memfokuskan kepada pengeluaran sel TOPCon. Sejurus selepas peralatan disediakan, pangkalan pembuatan itu akan menyaksikan pengeluaran sel TOPCon unit pertamanya pada lewat bulan Mei dan dijangka berjalan pada kapasiti penuh dalam bulan Jun.

Sebagai perintis bagi modul PV TOPCon jenis-n, Astronergy menyasarkan untuk menjadikan modul TOPCon sebagai salah satu produk utamanya. Menambah kapasiti TOPCon yang baharu dalam sel dan modul pastinya merupakan satu langkah teguh ke hadapan bagi menjadi pembekal modul PV yang kompetitif di seluruh dunia.

 

 

 

Source: Astronergy
Keywords: Computer/Electronics Environmental Products & Services Green Technology Mining/Metals Oil/Energy Utilities New products/services