omniture

Persidangan "Understanding China - GBA Dialogue" Bincangkan Paradigma Pembangunan Baharu dan Penyelesaian untuk Pertumbuhan Global

China Institute for Innovation & Development Strategy
2023-05-05 08:31 27

Diadakan pada 19 April di Guangzhou, China, acara tersebut menonjolkan kemungkinan pembangunan baharu dan keperluan untuk membina ekonomi dunia yang disokong oleh keseimbangan, keterangkuman dan toleransi.

GUANGZHOU, China, 5 Mei 2023 /PRNewswire/ -- Satu seminar persidangan "Understanding China – GBA Dialogue" ("Memahami China – Dialog GBA") tahunan baru-baru ini menghimpunkan tokoh-tokoh terkemuka dalam bidang politik, akademik dan perniagaan bagi memberi pencerahan tentang peluang kerjasama yang menanti di hadapan China dan dunia bagi meningkatkan pemulihan ekonomi dalam era pasca-pandemik.

Diadakan pada 19 April di Guangzhou, China, acara tersebut menonjolkan kemungkinan pembangunan baharu dan keperluan untuk membina ekonomi dunia yang disokong oleh keseimbangan, keterangkuman dan toleransi.
Diadakan pada 19 April di Guangzhou, China, acara tersebut menonjolkan kemungkinan pembangunan baharu dan keperluan untuk membina ekonomi dunia yang disokong oleh keseimbangan, keterangkuman dan toleransi.

Memberi tumpuan secara tematik kepada "Paradigma Pembangunan Baharu serta Pembangunan Ekonomi Global yang Seimbang, Diselaraskan dan Inklusif", acara berkenaan, dianjurkan secara bersama oleh China Institute for Innovation & Development Strategy, memberi sebuah platform kepada pemimpin-pemimpin global untuk mendalami topik-topik berkenaan dengan cabaran penting hari ini serta peranan China dalam mempermudah perdagangan global dan pemulihan ekonomi.

Meskipun ekonomi global agak pulih, ancaman yang berterusan daripada tekanan menurun yang didorong oleh krisis tenaga serta pergeseran politik terus berlarutan, dengan ketegangan antarabangsa yang semakin meningkat memperkenalkan ketidakpastian selanjutnya yang mengaburi prospek pertumbuhan global.

Berlatarbelakangkan hal ini, seminar ini bertujuan untuk mewujudkan ruang yang dapat menghimpunkan ahli politik global, ahli akademik, pemikir dan pemimpin perniagaan untuk mengimbas kembali sumbangan China bagi memacu kemajuan sosial dan ekonomi serta mengkaji kemungkinan baharu untuk China dan selanjutnya bagi membuka fasa pertumbuhan yang seterusnya.

Penceramah-penceramah mengiktiraf usaha China dalam menyuntik tenaga yang baharu ke dalam ekonomi dunia 2023 dan dasar respons COVID-19 yang dioptimumkan membantu meningkatkan permintaan global dan melonggarkan sekatan rantaian bekalan.

Semasa ucapan beliau, bekas Perdana Menteri British Gordon Brown turut mengetengahkan pencapaian China dalam pembangunan sosial sambil menekankan keperluan segera terhadap kerjasama global dalam menangani cabaran yang paling mendesak di dunia.

Beliau menyeru kuasa-kuasa utama untuk berusaha bersama-sama bagi menjalin kolaborasi berbilang hala yang lebih baik, menggalakkan pembaharuan untuk institusi-institusi antarabangsa, menambah baik sistem tadbir urus ekonomi antarabangsa dan berusaha membina masa depan yang lebih makmur, sama rata dan mampan.

Lord O'Neill of Gatley, Penasihat Kanan Royal Institute of International Affairs di UK, berkongsi sentimen Brown, menegaskan bahawa semangat kerjasama global dalam kalangan G20 harus dihidupkan semula sebagai respons kepada masalah global seperti kemelesetan ekonomi, konflik serantau, perubahan iklim dan kesihatan awam.

Timbalan Pengarah Jabatan Ekonomi China's National Academy of Governance, Xu Zhengzhong, menyatakan bahawa pelan tindakan pembangunan baharu China akan membantu merangka semula peta inovasi global dan membentuk semula struktur ekonomi global, memperhalusi piawaian dan norma antarabangsa sekali gus membolehkan lebih banyak negara menikmati hasil daripada globalisasi ekonomi.

Pengarah China Economic Research Center di China Institute for Innovation and Development Strategy, Liu Xinghua, menegaskan bahawa menjadi tanggungjawab bersama daripada semua negara untuk meneruskan jalan pembangunan yang aman dan berkolaborasi dalam menyelesaikan masalah ekonomi global. Beliau menegaskan kepentingan mewujudkan rangka kerja ekonomi global yang adil dan saksama yang mengutamakan keseimbangan, penyelarasan, keterangkuman, kerjasama dan kemakmuran bersama.

Source: China Institute for Innovation & Development Strategy
Keywords: Banking/Financial Service Publishing/Information Service