omniture

Yeastar bakal Tonjolkan Platform Tempat Kerja Fleksibel diutamakan untuk Kerja Hibrid di InfoComm Asia 2023

Yeastar
2023-05-10 10:00 64

XIAMEN, China, 10 Mei 2023 /PRNewswire/ -- Yeastar (www.yeastar.com), penyedia penyelesaian Komunikasi Disatukan dan penginovasi Tempat Kerja Digital terkemuka global, mengumumkan pada hari ini bahawa ia akan mengadakan pameran di InfoComm Asia 2023 (IFAsia 2023) di Bangkok, Thailand, 24-26 Mei 2023.

Di InfoComm Asia 2023, pameran dan sidang kemuncak audiovisual profesional (Pro-AV) unggul dan teknologi transformatif, Yeastar akan mempamerkan Yeastar Workplace, barisan lengkap penyelesaian pengurusan tempat kerja pertama yang fleksibel kepada khalayak global profesional, saluran AV dan IT serta pengguna akhir pasaran vertikal.

Beberapa sorotan yang boleh dinantikan termasuk:

  • Platform dalam talian yang komprehensif dengan 3 mod fleksibel—tempahan bilik, tempahan meja dan pengurusan pelawat yang dapat memenuhi pelbagai keperluan perniagaan seperti kembali-ke-pejabat, meja panas (hot desking), mengurangkan kos hartanah, dsb.
  • Pelbagai jenis peranti untuk membawa pengalaman pekerja dan penggunaan ruang ke peringkat seterusnya, bermula daripada penjadual bilik, skrin meja e-dakwat dan skrin pelawat hinggalah sensor pintar untuk mengesan penghunian, mengira bilangan orang dan mengukur keselesaan bilik.
  • Penyepaduan langsung dengan Microsoft Teams, Outlook Calendar, Active Directory, Exchange, Google Workspace dan banyak lagi untuk mempermudah pengalaman pengguna yang lebih lancar tanpa bertukar-tukar platform.

"Peningkatan susunan kerja yang lebih fleksibel mendorong permintaan untuk mengatur semula ruang pejabat dan menampung pekerja yang tangkas bekerja," kata Prince Cai, Naib Presiden Yeastar. "Memandangkan kerja hibrid semakin mendapat tarikan, kami teruja untuk berhubung dengan golongan profesional AV di InfoComm Asia 2023 untuk membincangkan sejauh mana Yeastar Workplace dapat membantu mereka berkembang maju dalam landskap teknologi yang semakin berkembang ini dengan memperkasa perniagaan untuk menyesuaikan tempat kerja mereka dengan masa depan kerja."

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Yeastar Workplace, kunjungi reruai D18 untuk demonstrasi langsung dan pengalaman praktikal. Yeastar juga akan memilih 3 pelanggan bertuah dan menghadiahkan skrin paparan atau sensor keselesaan bilik. Daftar di sini untuk masuk percuma ke pameran ini.

Latar Belakang Yeastar

Yeastar membantu perniagaan merealisasikan nilai digital dengan menjadikan penyelesaian komunikasi dan tempat kerja mudah diakses bermula daripada pemilikan dan penerimaan hingga penggunaan dan pengurusan harian. Yeastar telahpun mengukuhkan kedudukannya sebagai penyedia penyelesaian UC yang utama dengan jaringan rakan kongsi global serta lebih 450,000 pelanggan seluruh dunia. Komited untuk menyampaikan teknologi yang tepat kepada perniagaan berorientasikan nilai, Yeastar menawarkan produk dan perkhidmatan untuk UC&C, penjadualan tempat kerja dan tempat kerja hibrid bagi membolehkan mereka berjaya dalam dunia digital yang moden ini. Untuk maklumat lanjut tentang Yeastar atau untuk menjadi rakan kongsi Yeastar, sila kunjungi www.yeastar.com.

Aviva Li
+86-592-5503309
marketing@yeastar.com

Source: Yeastar
Keywords: Computer/Electronics Household/Consumer/Cosmetics Multimedia/Online/Internet Office Products Retail Workforce Management/Human Resources Trade show news